Halaman

Rabu, 20 Februari 2013

~workstation~

bile xde keje...
Inilah tmpt sy beribadat utk 8-10 jam di siang hari.. mengerah keringat dlm air-cond..

Mudah2an ada ganharan utk sy samada yg nyata mahupun ghaib.. hegege....
posted from Bloggeroid

Khamis, 27 September 2012

~Aku Yang Berdosa~

Assalamu'alaikum Warahmatullah
Selawat dan salam atas junjungan mulia Muhammad sollallahu 'alaihissalam, ke atas kaum keluarga baginda, para sahabat, tabi dan tabi'in..

Alhamdulillah, asih lagi diberi kesempatan untuk mengetuk papan kekunci di petang nan indah lepas waktu opis ni (wpun masih di opis)..


lately, kerap kedengaran di cuping telinga ni, esp bila drive pergi n balik keje (dah itu aje waktu buka radionya..huhu) ... lagu yang pada awalnya " hmm.. okla".. but then its change tu " lalalalalalaaa..." kat mulut ni, every day, klu boleh nak every seconds... uhukss...

boleh la kot dengar2 kot terbekenan plak ke kan..layanzzzz.....



Sejauh mana

Langkah ku di sana

Aku melupakan Mu



Seluas mana

Kau beri padaku

Masih ku angkuh pada-Mu



Segalanya dusta

Gelap mengaburi ku



Ya Allah

Apa yang bisa

Ku tebus kepada-Mu

Atas dosaku



Ya Allah

Ku hina terasa

Biar ku bersujud

Untuk ke syurga-Mu

Moga ada sinar keinsafan (uhukss...) lepas dah duk dengar atau mungkin bile duk nyanyiu lagu ni.. enjoy!!


~~kembara mencari CINTA (T_T)~~

Ahad, 23 September 2012

~Riadah di Pantai Bagan Lalang~

Assalamu'alaikum Warahmatullah
Selawat dan salam atas junjungan mulia Nabi Muhammad Sallallahu'alaihissalam, kepada ahli keluarga, para sahabat baginda,tabi dan tabi'in...

Alhamdulillah, hari ni dapat menunaikan hajat dan harapan adik2 untuk melihat dan merasai angin serta air laut.. jadi, selaku hadiah ulang tahun kelahiran adik2ku, Intan Basyirah ,10 Sept dan 'Ainatun Najihah, 15 Sept, aku pun mengambil dan membawa mereka mencari pantai yang terdekat.. dan yang dijumpai adalah Pantai Bagan Lalang, Sepang..
Suasana pantai  : Air surut time ni..

Hadiahnya jamu makan aje.. ini aje yang mampu, lom dapat gaji pertama lagi..

Selamat Ulang Tahun Kelahiran ke-18 ateh..

Selamat Ulang Tahun Kelahiran ke-22 Uda

Insan yang diraikan...

Ateh n Kakngah.. 

Pasir yang beralun dek pukulan ombak ke pantai..

'Kami'. Satukanlah hati-hati ini ya Allah...

Jam 5pm, bergerak pulang, singgah solat di masjid kuning, dan teruskan perjalanan ke UIAPJ yang agak kesesatan juga mencari jalannya, dan akhir sekali anta uda balik UPM.. alhamdulillah, jam 8.30 pm smplah ambe dirumah..


~~kembara mencari CINTA (T_T)~~

~Kecapekan~

Assalamu'alaikum warahmatullah dan salam sejahtera..

Selawat dan salam ke atas junjungan mulia Muhammad sallallahu'alaihissalam, kepada kaum keluarga baginda, para sahabat, tabi', tabi'in..

Setelah sekian lama laman sesawang ini menebalkan sawang2nya dan hampir kepada sawan, tergerak plak ati nak menulis..

Minggu lepas adalah minggu yang penuh dengan agenda, dari Khamis 6/9/12 hinggalah 17/9/12.. bermula dengan penerbangan ke Sabah (nnt cerita lain kali) hinggalah kepada penerbangan ummi ayah ke Mekah..

1.baru mula keje dengan bersungguh di tempat baru, banyak kene belajar benda baru..makanya, perlu amik lebih masa untuk membuat latihan dan dalam masa yg sama untuk siapkan keje.. oleh itu, keraplah saya pulang sekitar jam 8 gitu, pendek kata, smp xde org kat opis tu..

2. Tarikh ummi, ayah atuk n wan berangkat untuk menunaikan haji telah diawalkan daripada 19.9 kepada 17.9 dan berkebetulan, 16.9 tu adalah jamuan makan2 berjumpa sanak saudara n kawan2.. makanya, double keje perlu diselesaikan, barangan ke tanah suci n majlis itu sendiri. +plus keadaan rumah yang masih tak siap2 dikemas lagi.. huhuhu..

Andak mengemas kain baju ke tanah suci

Paksu selaku orang kuat untuk membasuh dan mengemas di bahagian porch..

Jiran tetanggaku tersayang.. mcik midah, mcik sapiah, mcik hajar (kot).. terima kasih sudi menziarah..

Ayah(berbaju ijo) khusyuk mendengar kata2 tunjuk ajar n nasihat dari paklong..

uda n kakteh, induk ana n maklong leha dah lapo.. selamat menjamu selera....

orang kuat-paksu n pakcik alan yang datang dari jauh...

kakteh, ambe n induk Ana redi untuk menjamu selera merasa makanan yang ada.

Sahabat bertahun lamanya kami bersama (4 orang) + anak buah umar (berpakaian kelabu)

majlis bacaan doa ringkas sebelum berangkat ke Kelana Jaya

Sewaktu azan dilaungkan.. semakin dekat waktu untuk berpisah (T_T)

Geng dari Jalor (Kg Ummi) datang membantu melancarkan majlis..

Kami bergerak ke Kelana Jaya sekitar jam 1 am, dan sampai sekitar jam 1.30am gitu.. kereta tak banyak, jadi takdela jammed/slow.. kami konvoi 7 kereta..menanti kaunter dibuka untuk mengambil kelengkapan jemaah ke Mekah, dan menanti untuk check in sekitar jam 5.30am.. sekitar jam 6am mcm tu, kami bergerak pulang..dan keretaku yang terakhir meninggalkan tapak Kompleks Tabung Haji berkenaan, menunggu sehingga adik2ku selesaikan kewajipan kepadaNya..

3. Alhamdulillah,aturan Allah itu memang yang terbaik tanpa kita mengetahui akannya..isnin public holiday, but then kami di atos bekerja mengikut negara kendalian masing2.. aku, handle untuk Singapore.. dan ditakdirkan Allah, petang Rabu, my TL said "Atikah, nest Monday U tak payah masuk keje ye, QA lain akan watkan tuk Singapore.." aku terkesima dan ligat berfikir.. memula ingtkan " taknak bg aku claim OT la tu, mementanglah baru" (claim OT rm 30/jam + mileage hokeh!!).
Khamis dapat fwded text msd dari ummi ".... penerbangan KT10 telah diawalkan kepada 17 September 2012 jam 5.30pagi............" aku jadi termenung.. masyaAllah, hebatnya aturanMu ya Allah..

Senin pagi, balik dari Kelana Jaya, lelap jap memandangkan hampir 24 jam aku tidak tidur.. aku n Muhaimin berpecah dua menghantar Andak n anak2 serta adik-adikku balik ke kampung n U masing2..dan aku balik semula ke Semenyih dari kampung di N9 sekitar jam 10.45pm dan smp kira jam 12.45am..

Alhamdulillah, semua urusan berkenaannya telah selesai dan syukur padaMU ya Allah atas pertolongan dan kemudahan yang kau berikan.. syukur ya Allah..

p/s: Bersangka baiklah dengan Allah.. Allah tak jadikan sesuatu itu hanya untuk sia-sia.. yakinlah dengan janji tuhanmu...



 ~~kembara mencari CINTA (T_T)~~

Rabu, 4 Januari 2012

~Kembali ke Sekolah~

Assalamu'alaikum Warahmatullah

Alhamdulillah, kembali bernafas seawal pagi 4hb Januari di tahun 2012M bersamaan 10 Safar 1433H.. sungguh pantas, dan sangat pantas masa itu berlalu sehingga tidak terasakan kepergiannya..

Bermula hari ini juga, semua adik-adik yang masih belum cukup umur (lbh kureng la tu) telah memulakan sesi persekolahan 2012.. wahh, agak teruja.. kepada cikgu-cikgi juga, 'welcome back to school'.. yeaaaahhaaaaa!!

Terasa macam baru aje bermula cuti sekolah, baru aje jalan menjadi lengang di kala pagi hari dan macam baru aje semalam semua sekolah sunyi sepi dari kegiatan seharian anak2 kecil dan adik2 remaja, tapi pagi ini jalan sudah mula  kembali sibuk..riuh rendah dari kawasan sekolah di sesi persekolahan 2012 ini telah mula kedengaran..wahh... suke..sukee.. suka mendengar hilai tawa kanak-kanak.. suka mendengar gaduh2 manja anak-anak, suka melihat wajah ceria anak-anak datang ke sekolah dan suka juga menyaksikan muka-muka comotzz anak2 tatkala pulang dari sekolah.. rasa macam comel je gitu... (tp yg sekolah menengah tu, idakla kan.. klu balik sekolah tu comot jugak, selekeh namanya.. uhukss...)

Persekolahan 2012


ODW ke opis di pekan ni tadi, seperti biasa akan melalui beberapa biji sekolah,sebiji SRK dan 3-4 biji SMK..Yang SMK tu tak berapa nak mencuit ati aku, tapi yg SRK tu sangat membuatkan aku "alahai..cutenye korang neyh.." gituu....Macam gambo yg dapat dipinjam kat bawah ni..aku rasa, adik yang no.2 dari kanan tu(yang lelaki tetengah pompuan tu)macam tengah nanes..huhu.. siap tercabut lagik baju dia, musti kene paksi ni eh.. sian ye..
gambar di cilok di sini.
Lalu depan SRK tu sekitar jam 8.15am macam tu..kawasan sekitar lampu isyarat (trefik lait) berhadapan dengan SRK berkenaan masih dihuni dengan kereta yang beratur. Tatkala berhenti di hadapan trefik lait itu, aku sempat menoleh dan memerhati ke dalam kawasan SRK..hehe..(kene hon siap beb,leka duk memerhati punye pasal)..huisshh... 

berduyun-duyun mok pok ada dalam sekolah tu..ada yang dikepit anaknye,ada yang duk memerhati aje anaknya, dan ada juga yang duk melambai2 anaknya tanda emosi si kecil dah stabil.. ahakss..aku dedolu, memang anak yang gagah dan berani..tak heran dah nak p sekolah (almaklumlah, dah skolah tadika smp 2 tahun, mane tak genius aku nih jadinyer..:p) tapi tadi takde plak aku terperasankan adik seperti gambo di atas atau menyaksikan suasana seperti di bawah ni....
 
Gambar ini dicilok di sini.
Apa eh nak wat bile anak-anak jadik gini..takmo p sekolah.. takmo..takmo..huhu...
Mungkin kita boleh *_*:

1. Sogokkan cerita yang indah-indah tentang belajar di sekolah (tapi janganlah over sangat, kang lebih khabar dari rupa, lagi naya)
2. Menghantar ke pre-sekolah@pasti@tadika seawal yang mungkin
3. Tiupkan obor-obor semangat ke dalam hatinya 
4. Kalau boleh, perkenalkan dengan anak kawan-kawan yang mungkin satu sekolah dengannya nanti (besenye bebdk ni awal-awal je takot, dapat geng, mok pok dah sampai pun suh tunggu jap, nak abihkan main dulu.. huhu~~~)
5. Berdoa agar diberikan keberanian pada anak-anak untuk ke sekolah dan tiada yang tak best terjadi pada anak2 di awal persekolahannya.
6. Tinggalkan anak dengan pesanan yang best seperti "belajar elok2 ye kat sekolah ni, Allah suka dengan orang yang berilmu, Aiman nak jadi orang pandai kan..." (contohnyer)


*Ni only my 2 cents.. yang dikutip dari pemerhatian sepanjang bergelar guru di sekolah rendah dedolu kala~~*wallahu'alam..


p/s: kepada semua yang bakal menghadapi peperiksaan utama pada tahun ini -->UPSR, PMR, SPM, STPM.. mulakan langkah anda dari sekarang (klu tak start lagi masa cuti skolah aritu).. masih ada waktu tuk menggilap ilmu yang ada dan menajam skills menjawab soklan peksa,






~~kembara mencari CINTA (T_T)~~

Selasa, 3 Januari 2012

~Coretan Tahun Baru Hijrah @Masehi..~

Assalamu'alaikum Warahmatullah   
Selamat Tahun Baru Hijrah dan Masehi
Alhamdulillah, syukur padamu ya Allah atas limpah dan rahmatMu, hambaMu ini masih mampu bernafas dan berjalan di atas muka bumi-Mu ini..
Menginjak ke tahun seterusnya,2012..apakah perasaan dan perkhabaran yang akan dibawa..?
Ntah mengapa, semenjak peralihan tahun Hijrah membawa kepada 1433 H pada 26 November 2011 yang lalu, aku menjadi nervous.. tak pasti kenapa nak kene berdebar2 macam ni, dan rasa itu terbawakan sehingga kepada peralihan tahun Masehi ni..huhh~~ apekah…?
Ada banyak kebarangkalian yang memungkinkan wujudnya perasaan itu, dan mungkin jugak korang merasakannya..jom kita p cek sesatu, kot2 blh resolve..
1.       Bakti dan Sumbangan Sebagai Khalifah Di Bumi Tuhan.. [2:30]
 Sepanjang usia menginjak dewasa ni,dan lebih spesifik berlalunya hari2 sepanjang 2011, apekah yang aku lakukan…? Adakah tanggungjawabku sebagai khalifah telah aku jalankan sepanjang titian hari2 sudah..? Adakah aku banyak merosakkan atau membaiki atau membela agamaku..? adakah dan adakah…? Bagaimana urusan dakwahku..? Bagaimanakah tanggungjawabku sebagai da’ie..? Tidak banyak yang telah aku lakukan untuk pengislahan untuk diri sendiri mahupun untuk saudaraku yang lain. Tidak ada yang perbuat untuk membangunkan jiwa yang kelesuan ini.. ya Allah…ampunilah hambaMu ini..
Dan akhirnya aku hanya berteleku mengenangkan sedikitnya usaha yang aku lakukan untuk semua ini.

2.       Ekonomi
Tahun 2011 juga merupakan tahun di mana aku Berjaya menjadi ‘PETANI’ yang sangat Berjaya. Setelah meletakkan jawatan sebagai guru di CUIS,dengan harapan untuk kerjaya yang lebih mantap dan diimpikan selama ini, akhirnya aku masih juga menjadi pemburu kerjaya. Sehingga detik 23:59, 31 Disember 2011 status ‘unemployed’ itu masih tidak Berjaya aku tukarkan lagi.
Jadinya, berinjaknya 2011 kepada 2012 membuatkan aku bertambah gusar.. graduan yang keluar semakin melambak di pasaran+ ktorg2 yang masih menjadi ‘job hunter’.. Semenjak menceburkan diri sebagai ‘PETANI’,pelbagai usaha dan langkah yang telah diambil untuk memastikan diri ini mendapat kerja yang seswai (memilihkah…?)..namun, percaturan itu masih tidak menampakkan hasilnya..
Orang kata, wang bukan segala-galannya, tapi segalanya2 yang membabitkan manusia memerlukan wang..even nak melakukan program pun memerlukan dana yang bukan sedikit. Takkanlah setiap kali nak berprogram asik nak memohon ihsan orang lain. Aku juga ingin menjadi salah seorang penyumbang ekonomi pada dunia islam, jika tidak secara nasional pun, memadailah bagiku bermula di dalam komuniti ku sahaja dulu.
Oleh itu, aku yakin dengan rezki yang Allah telah tetapkan untukku..aku yakin dan pasti, teramat pasti akan ada bahagaian rezkiku di dalam kerja dan pasti ianya adalah yang terbaik untukku..insyaAllah mungkin seawal tahun 2012 ini barangkali..ameen…
Dan ayat Allah ini menjadi menguat semangatku :
Maksud firman Allah “……… dan Engkau berikan rezeki kepada sesiapa yang Engkau kehendaki tanpa perhitungan. [3:27]

3.       Keluarga
Bertambahnya bilangan angka pada calendar, juga menunjukkan betapa Allah menyayangi aku dengan rahmat usia. Alhamdulillah… 2012 berjaya menaikkan angka usiaku juga (macam korang jugak la kan).. insyaAllah, andai diizinkanNya, genaplah 28thn usiaku mejelang 12 Jun nnt..dan, belum pun memasuki 2012, opismetku dah membayangkan usiaku yg menginjak ke angka 28.. huhuhu~~ soalnya “tahun depan dah 2012, akak dah 28, macamana kak..?” aku tersenyum dan bertanya kembali “macamana ape,kawen?”
Opismetku ketawa lantas menyambung soalnya “akak dah 28, tapi lom kawen lagi, cane kak..?” Tanya opismetku dengan tawa yang masih bersisa tatkala melihat reaksiku..
“hmm… klu awak Tanya akak 100x pun, akak tetap jugak takde jawapan.. akak takdelah runsing mane pun, insyaAllah ada jodoh akak di dunia, nnt akak jemputlah ye”..jawabku dengan intonasi yang kunun2 matang… ahakss…
Berbicara soal jodoh atau membina keluarga, ianya satu topic yang sangat luas dan sangat disukai oleh adik2 yang sedang meningkat dewasa..pastinya..(zaman ‘gelenya’ lah lebih kurang)..tapi, untuk aku yang insyaAllah telah mencapai usia matang ini, soal jodoh bukan takat di bibir saja.. Jujurnya, aku tidak runsing kerana tidak berpakwe  @berboipren @berspesel2 ni… Alhamdulillah, semoga hati ini terus kuat menahan diri dan aku aku berdoa agar dilindungi dari zina hati ini.. (kerana aku tahu, aku tidak kuat untuk menahan perasaan dari terus hanyut dengan perkara begini..)
walaupun kadangkala semacam sedih sket timbul di hati diketika melihat dan menatap gambar2 bahagia kosmet2 dr zaman sekolah sehingga ke ‘U’ bersama keluarga (suami@suami dan anak2), tapi aku tahu, masa yang sesuai untukku akan tiba juga.. insyaAllah, aku yakin dengan janji Allah, Perempuan baik untuk lelaki yang baik seperti firmannya ……………………………………………………………………………………………………
Masa yang Allah izinkan ketika aku bujang ini, adalah untuk aku terus memperbaiki diri menjadi lebih solehah. InsyaAllah, mudah2an yang datang nanti adalah calon yang soleh.. amen..
4.       Pengurusan Masa
Klu omputih sebut “time management”..  Ya , aku akui… bab2 time management ni mmg aku kene masuk skolah tingkatan enam atas balik..(dedolu smpt msuk lower 6 aje).. aku susah btol nak istiqamah dengan penggunaan masa yang aku sindrik telah jadualkan.. kekadang aku rasa bukan hangat2 taik ayam dah aku ni, taik ayam pun ade gak gunenye wat baja bunga.. tapi, aku rasa sometimes it like hangat2 pizza dalam ekon aje..huahua.. inialh cabaran terbesar aku untuk 1433H@2012M ini.. Pertingkatkan Disiplin dan optimumkan penggunaan masa.. insyaAllah, masih mencuba untuk memperelokkan penggunaannya.. if Berjaya, teringin jugak nak kongsi dalam ilhamkembara ni.. insyaAllah… aja2 fighting..

5.       Dan akhir sekali, pergantungan kepada Allah..  Cukuplah Allah bagi, tiada tuhan selain Allah.. aku yakin dengan setiap yang terjadi ini, pastinya ada hikmah yang tersembunyi, yang masih belum aku temui jawapannya.. insyaAllah, sooner or later, aku pasti akan ketemuinnya…
 “Dan milik Allah-lah apa yg ada di langit dan di bumi dan (pengetahuan) Allah meliputu segala sesuatu” [4:126]

Hmm.. hanya ada 5 tajuk besar aje yang mampu aku senaraikan untuk penambahbaikkan bagi tahun 1433@2012 ini..
Namun, hakikatnye, 5000 persoalan yang perlu aku lunaskan selagi Allah masih pinjamkan nyawa, jasad dan seluruh nikmatnya untuk aku menyelesaikannya.. semoga segala urusan dan pencapaian yang ingin digapai, dipermudahkan olehNya dengan kata kunci yang aku pegang erat “hablumminnallah dan hablumminnnas… insyaallah…
(entry gabungan 2 tahun baru,sessi usia baru… insyaAllah, cuba untuk menulis dengan aktif menjelang tahun baru ini..)

 ~~kembara mencari CINTA (T_T)~~

Isnin, 12 September 2011

~Dugaan~

Assalamu'alaikum Warahmatullah

`short sad story`

12 September 2011.. supposely ini hari batch ppsh 1/11 start practical.. sepatutnyee.. tapi, malangnyer, dan teramatlah malangnyer, aku masih kat umah.. suh ngadap lappy ni ha...huhuhu~~
Aku masih lagi tak cnfm tampat tuk practical..  sadis tak..?
memang sadisla kan... huahuahua....
memang dugaan..dugaan n ujian...
pengajarannya, jangan lepaskan ikan yg telah kita pancing bile mendengar dari pemancing sebelah, lubuk di seberang sana menjanjikan ikan yg lebih besar... kesudahannya, sekor ikan pun tak sangkut lagi kat pancing... walhal perut dah lapar tahap gaban...huhu...

semua yg terjadi adalah pilihan kita sendiri, namun sudah tentu dengan keizinan dari Allah...
dan ingatye atikah.. Allah tak menjadikan sesuatu itu hanya untuk sia-sia.. chayo'..
mungkin kurang berdoa, atau kurang bersilaturrahmi, atau mungkin juga kurang melaksanakan suruhanNya.. perbaiki lagi semuanya...

ok, nak bersiap p kuantan.. semuga ada rezeki ku di site en Anuar...
Daaa~~~

~~kembara mencari CINTA (T_T)~~

Selasa, 28 Jun 2011

~RM50 menjadi RM5000~

Assalamu'alaikum Warahmatullah..
selawat dan salam atas junjuangan mulia, nabi Muhammad sallahu'alaihissalam, ke atas kaum keluarga, para sahabat, tabi' dan tabi'in... dan semoga kita semua berada di dalam nikmat iman dan islam...

Kali ni nak bercerita tentang duit...duit...duit.. dan duit...hmmm....tapi ni bukan cerita skim cepat kayap mahupun skim-skim tamak haloba yang lain..layanzzz.zasss....
 
Kalau kita lihat, kehidupan dunia abad ini, duit adalah pemangkin kepada segala jenis keperluan dan kehendak..sampaikan keluar ayat " no money no talk"..jadinya "talk to hand" ajelah...iskk..iskk..memamng haru..

hidup sebagai pelajar, walaupun ada "elaun" sebanyak RM500 sebulan, tapinya smp ke saat ini, masih belum dikreditkan kepada semua pelatih.almaklumlah, bila ada byk prosedur, makanya kami terpaksalah beratur..dan nak dijadikan cerita duit gaji yang sepatutnya dibayar sewaktu bekerja di Pusat Tuisyen Cikgu Mariyam sebanyak ~10hari rm50/day itu juga masih tidak dibayar..janji kell..walaupun pemiliknye beragama islam..hak orang lain tetap juga perlu diberi...

Dan, aku bukannya nak bercerita mengenai duit yang tertangguh itum tapi tetang duit yang kedapatan.. dedolu, waktu bekerja di Cahaya **** Islamic School, walaupun gajinya kecil tapi cukup untuk menampung kehidupan bujang aku ni..dalam masa yang sama, Uda masih kat poly banting..saki baki duit yg ada tu, ada jugalah aku kirimkan tuk uda walaupun hanya RM50..huhuhu..wat malu aje, kakak takleh nak 'support' adik..tapi, itulah catatan rezkinya..

Seterusnya kejadian yang pada mulanya aku tak terfikir pun akan kejadian@hikmah disebaliknya.. dalam tempoh nak berhenti kerja tu, SUPREMEku berjaya dikeluarkan dari kilang perodua kira-kira seminggu sblm raya..kalau ikotkan logik akal, mana aku ada duit nak bayo d/payment kete sebanyak 10% tu..tapi, alhamdulillah ummi memberikan wang bernilai RM5000 untuk pendahuluan.aku tambah RM400 je.. itu satu kisah.. dan kini..disaat pengangguran untuk kerja yang lebih baik ini, ummi juga yang menggagahkan diri membayar ansuran supremeku sbyk RM500/mnth dan ummi juga memberi duit poket RM500..ayahh...?? ada juga memberi,duit untuk swa rumah..Syukur..

Subhanallah, maha suci Allah...yang menciptakan sesuatu itu tidak sia-sia...
 itu antara kejadian yang aku nampak dan alami sendiri kejadiannya..memula tak terfikir sebab duk kenang, ummi sendiri..tapi itula hakikatnya...duitku dari RM50 telah bertukar menjai RM5ribu dan RM500 dan semua RM ada ader nombor 5... hanya bermula dengan RM50 yang aku peruntukkan kepada uda beberapa bulan itu,Allah menggantikannya dengan yang lebih baik..percayalah....
"takkan berkurang harta kita dengan bersedekah" dan "Allah akan mendatangkan rezki kepada kita dari jalan yang tidak kita sangka"..
ayuh, tingkatkan usaha untuk bersedekah...bukan nilai yang dikira, tapi ape yang terbuku dan tertulis di hati itu lebih dipandang-NYA..

Bila mengenangkan pengorbanan ummi untuk diri ini, laju je permata berharga ini mencuri keluar dari kelanjarnya..lalu membasahi kelopak mata.. dah tak nampak nak menaip..kita jumpa lagi akan datang...ilalliqa' wama'assalamah...

 ~~kembara mencari CINTA (T_T)~~

Rabu, 4 Mei 2011

~Cintaku~

Assalamu'alaikum Warahmatullah


Tidak salah menyintai wanita bergelar isteri, selagi mana cinta itu didasari oleh satu makna yang padu: AGAMA. Lantaran Nabi SAW sahaja sudah memperingatkan, agar jodoh itu direalisasikan, dengan menjadikan agama sebagai sandaran dan landasan. Jika demikian agama itu hilang daripada peribadi si isteri, kecintaanmu padanya juga harus bertukar, agar cintamu tersemai seadanya sahaja.

"Cintailah manusia itu seadanya. mungkin suatu hari kamu akan membencinya .Bencilah manusia itu seadanya, mungkin suatu hari nanti kamu akan mencintainya". (Hadith riwayat at-Tirmidzi)

Demikian pula, tidak salah menyintai kerjaya dan pekerjaan, asal saja ia boleh menuntun kita untuk kekal beribadah dan segar dalam keimanan, lantaran perjuangan itu memang memerlukan kewangan yang utuh dan kepakaran yang jitu, untuk memacu agama kembali kepada keagungannya.

Bila agama itu hilang daripada pekerjaan , hingga saja menyebabkan ibadah kita terhalang, semangat dakwah padam, keistiqamahn terbelenggu, maka ucapkanlah "selamat tinggal" duhai pekerjaan, kerana harta mahu pun keluarga , tak akan boleh untuk memadamkan dasar pembina mahligai cinta: AGAMA.

Hai orang-orang yang beriman, janganlah harta-hartamu dan anak-anakmu melalaikan kamu dari mengingat Allah. Barang siapa yang membuat demikian maka mereka itulah orang-orang yang rugi.(Surah al-Munafiqun [63];9)
Selanjutnya

Ya...yang paling penting, pastikan saluran cinta itu.. cinta tanpa ijab dan qabul hanya sia-sia..hanya menambah titik hitam di hati dan membuatkan kita hanyut tanpa disedari.. konon cinta sampai mati,tapi hakikatnya dah mati masa bercinta...
semoga kita semua dilindungi dari fitnah dunia dan diampunkan dosa yang tidak tersengajakan mahupun dosa yang disengajakan (ade ke ek..)...

~~kembara mencari CINTA (T_T)~~

Ahad, 24 April 2011

~12 tahun~

Assalamu'alaikum Warahmatullah

Today is Sunday and supposedly family day ( a whole day with family)..but then, here i am..at my luvly office with my luvly students..huhu...
Bengkel 1 UPSR, fm 9am to 12.30pm.. maksudnye untuk kanak2 darjah 6 la kan..nak dijadikan cerita, separuh masa kedua (cam game la plak..) cikgu Amir tak dapat datang (frsut dgn cikgu Lingesh yang dinanti dari kul 8 smp 9.05 tidak kunjung tiba.. (huhuhu...janji harus ditepati, tp mungkin cikgu lingesh ada emergency, cuma gunakanlah teknologi yang ada,jgn smp termenyusahkan org lain..) dan secara tak langsung, i lah yang kene replace utk kelas tu...

hmm...ape ek nak wat...nak wat ape nih... dalam masa yang sama, Sophia murid tahun 6 tu jugak suggest main games.. ok set... kita nak main ape plak nih...dah lama tak join program2 nih..(kata ku di dalam ati...)huahuahua... at the end, gorang pisang jugak yg datang dalam pale ni.. n pale Sophia jugak.. makanya, anak2 yang seramai 10 org tu, bermainlah dengan rianya.. disambung pulang dengan game 'da bomb'..iskk..teruja btol aku nak main sekali.. (kang klu main skali, sape nak monitor dorang, takleh takleh..)..

tapi, mereka ni bebetol mengingatkan aku kepada aku yang 15 tahun dulu.. aku rasa Sophia ni ada skek2 ciri2 aku masa zaman tu.. agak pemalu bila ada murid2 lelaki..mungkin jugak masa tu hormon dah berubahkan..ahakss..iskk..tetiba aku terindu plak zaman sekolah dulu...macam nak masuk sekolah je rasa..

"cikgu, dulu cikgu nakal tak?"..
"isk, cikgu mana nakal, cikgu budak baik maa.."
"ye ke cikgu, tengok muka cikgu pun saya tau cikgu nakal"..
"ye la awak tu"..huhuhu..canne nih budak 12 thn leh tilik budak 27 thn nih..iskk..iskkk..haru btoll..
aminahani, cikgu memang nakal, tapi nakal yang baik.. adess...boleh ke gitu...belasah ajee...


 ~~kembara mencari CINTA (T_T)~~

Jumaat, 1 April 2011

~Aku Masih Di Sini~

Assalamu'alaikum Warahmatullah

Aku seorang pencari..
Mencari insan yang Allah ciptakan untuk hadir dalam hidupku setelah usia kematanganku..
Sama-sama berusaha memperbaiki diri untuk merebut syurga-NYA..

Aku seorang penunggu..
setia menanti saat yang mampu menggetarkan hati dan perasaanku..
yang membuatkan hatiku menjadi libang libu..dannn..


Aku seorang perindu...
yang terus merindui insan yang dikirimkan untukku..
merindui insan yang bakal membawaku ke syurga yang pasti
kerana aku yakin, Allah telah menciptakan pasangan untuk diriku..

namun, tika dan saat ini...
aku juga tidak berhenti berdoa, agar insan yang kucari itu adalah insan yang mampu menjaga ummi dan ayahku, yang bertanggungjawab ke atas keluarga kami semua dan yang mampu berdiri di atas kaki sendiri.. aku juga berdoa, agar insan yang kutunggu itu adalah insan yang mampu sama-sama membimbing menuju jalan Abadi..dan aku juga tidak pernah lupa berdoa, agar insan yang kurindui ini tidak jemu untuk berusaha memperbaiki diri menjadi insan yang akan kucintai selamanya kerana Allah..


~~kembara mencari CINTA (T_T)~~

Selasa, 29 Mac 2011

~Kerja~

Assalamu'alaikum Warahmatullah..
Selawat dan salam ke atas junjungan mulia nabi Muhammad sallahu'alaihissalam, ke atas kaum keluarganya, para sahabat, tabi' dan tabi'in..

Alhamdulillah, hari ini masih lagi diberi pinjaman usia dan semoga kita semua terus hidup dalam nikmat iman dan islam...

hmm... dah beberapa bulan, officially starting on 1 Dis 2010 aku berhenti kerja dari Cahaya Ummi yang tak berapa nak bercahaya..dan, walaupun my x-GB said -" sesiapa yang keluar dari CUIS ni sebenarnya keluar dari cahaya kepada gelapan"... namun, itu bukan urusan sesiapa untuk memjatuhkan hukuman mahupun mengklasifasikan orang lain...

Pada aku.. Alhamdulillah, aku menjadi lebih tenang dan semakin sehat apabila berada di dunia luar...walaupun aku masih tetap menjadi pemburu kerja, namun aku yakin rezeki Allah itu tetap ada untukku..cuma waktunya masih belum kunjung tiba... dan doaku juga tidak pernah kunjung malap untuk mendapat kerja seperti yang diingini... insyaAllah...bersangka baiklah pada Allah, dan jangan berputus harap 'Atikah...muga hati ummi segera menjadi senang dan tenang...

p/s: rezeki Allah tidak putus2 pada hambaNya sama ada melalui sedar atau tidak.. malahan, aku merasakan rezeki Allah itu turun kepadaku melalui jalan yang tidak pernah akuu fikirkan sebelum ini... masyaAllah..subhanallah..besarnya kurniaanMu terhadap hamba2mu...



~~kembara mencari CINTA (T_T)~~

Ahad, 27 Mac 2011

~Doa dan Wasiat~

Assalamu'alaikum Warahmatullah...
Aku menjumpai artikel ini saat aku melayari laman sosial 'muka buku'..
artikel ini di'share' oleh kawanku- kakmar (bahasa tak skemanya :FB)

DOA DAN WASIAT..

by Syeikh Subandari Alias on Saturday, March 26, 2011 at 12:14am

Aku tidak berdoa untuk anak-anakku
menjadi kaya
kerana kaya akan
membencinya orang tak punya

Aku tidak berdoa untuk anak-anakku
menjadi senang
kerana senang akan
menyesatkan jalan pulang

Aku tidak berdoa untuk anak-anakku
menjadi orang berkuasa
kerana yang berkuasa akan
merampas kebebasan manusia

Aku tidak berdoa untuk anak-anakku
menjadi orang terhormat
kerana mereka akan
membohongi isteri dan pengundinya

Aku hanya berdoa untuk anak-anakku
bahagia di dunia sentosa di akhirat
kerana bahagia di dunia
tak merampas wang ahli neraka
sentosa di akhirat
tak mencabut bahagia ahli syurga.

Suratman Markasan
Washington DC



~~kembara mencari CINTA (T_T)~~

Sabtu, 26 Mac 2011

~Aku Seorang Penunggu~

Assalamu'alaikum Warahmatullah


At this end of ages as belia ni..aku menjadi semakin pelik dengan orang sekitar..memanglah teman2 sepengajian semuanya sudah memiliki kerjaya yang stabil...ditambah dengan teman2 sepejuangan yang sudah mengelek anak ke hulu  ke hilir..itu ok lagi.. dah rezeki mereka..aku juga tumpang gembira, sebab anak menakan dah bertambah ramai...

tapiiiii........... paling tak tahan bila orang sekitar terutama kalau p umah orang2 yang dikenali..
aku sering ditanya soalan begini -
1)"ha, bila lagi.. jangan tunggu lama2...nanti xpired...."
2)"bila nak kawen ni...?takkan takde pakwe lagi kot...jangan buat dosa lama2"
===iskk..mana plak pakwenye..cuma takde org nak lagi cik..muga Allah lindungi saya dari dosa2 halus yang sedap nih...(sela-ku sambil menahan geram)==
dan paling best..
3)" kau ni memilih sangat tak..jangan jual mahal..nnt tak laku..."

hmm, orang kata don't too selective..tapi perkahwinan bukan sekadar kehidupan luaran semata.. dan perkahwinan bukan hanya melibatkan 2 orang sahaja.. dan, ditambah dengan faktor aku seorang perempuan.. makanya aku perlu memilih.. bukan memilih seorang yang kaya raya ataupun yang mempunyai rupa cantik menawan..tapi, memilih lebih dari itu.. seorang yang bertanggungjawab dan menjadikan 'deen sebagai cara hidupnya...kerana hidupku akan bergantung sepenuhnya kepada keputusan dan tindakannya nanti..

Dengan itu, aku akan tetap menjadi seorang yang selektif..
dan akan terus menunggu tika dan saat itu...

Dan yang pasti, jodoh itu Allah dah setkan timenya..keep on usha'ing 'atikah...chayo'...ahakss...





~~kembara mencari CINTA (T_T)~~

~Kak Mar~

Assalamu'alaikum warahmatullah..
Semoga kita semua terus tetap berada dalam nikmat iman dan islam...

seperti biasa, setiap tahun pasti akan ada permohonan untuk Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI), di mana pastinya berpuluh ribu graduan ijazah yang akan memohon..
step pertama : membeli no pin di BSN, then isi form online, waiting for a Mtest, if succeed of course u will be calling for an interview..after that, hv to wait until the result come out, if succeed then u will be giving a Maktab for placement and training...

and... the calling for the interview came out.. Kmar (my sister in Cahaya Ummi Islamic School) was 1 of the successful candidate to go to the interview... congrats Kmar..( me..? i'm not even attent the Mtest..)..after a few weeks, then the result of the interview came out...Kmar tak dapat..'Maaf, anda tidak berjaya'.. takziah kmar...saya faham perasaan itu...

selepas dari hari dapat result interview tu..kmar jadi sedikit pendiam.. Kmar selalu termenung.. melihat anak-anak didik bermain bola sambil bersandar di tiang seri, tanpa ada apa-apa perasaan..kebiasaannya mulutnya riuh mengusik dan memanggil nama mereka sambil ketawa melihat gelagat anak-anak... namun minggu ini, Kmar jadi sangat menyedih.. Aku?hanya mampu melihat dikejauhan, kerana aku sendiri tidak mampu untuk mengubati perasaan itu..hanya sekadar sepatahh dua kata untuk menyejukkan hatinya aje..Aku sedih melihat kakak yang kukenal cukup bersahaja dan selalu menyorokkan perasaan sedihnya itu, tidak lagi mampu tersenyum sepanjang minggu ini dek penangan keputusan KPLI yang ternyata bukan rezekinya... ya Allah, Kau kuatkanlah hati dan perasaan kak mar untuk terus bersyukur dan tabah di atas setiap rezekiMu dan setiap aturanMu...

merindui saat ini...namun ia tetap menjadi kenangan..kenangan untuk dikenang..

Be strong ye kak mar.. ill alwez be by your side.. luv u...


~~kembara mencari CINTA (T_T)~~

~Keje... Keje...(>_~)~

Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarokatuh
Selawat dan salam atas junjungan mulia nabi Muhammad Sallahu'alaihiwassalam, kaum keluarga, para sahabat, para tabi' dan tabi'in..

Semenjak menjadi guru, baru aku tahu ape erti pengorbanan dan terkorban untuk anak bangsa.. walaupun banyak 'kata-kata yang tak best' tentang guru berkeliaran di udara, namun itu bukan salah mereka yang mereka, tapi tetap jugak salah perbuatan kami, di mana segelintir guru yang tidak menjiwai bidang ini, yang hanya menjadikan bidang ini untuk mencari duit,harta dunia semata2... iskkk.... sedih, tapi itulah hakikat dunia pendidikan sekarang...

bukan mudah menjadi seorang pendidik dan pengajar di zaman ini, perlukan jiwa yang besar, minda yang sentiasa ligat berputar dan kreatif, badan yang sentiasa aktif ke sana sini dan mulut yang tak berhenti untuk memberi pelajaran dan pengajaran...namun, pada aku, ape yang lebih penting dari itu, adalah perbuatan pendidik itu sendiri...

keje...keje.... memamng guru-guru2 datang sekolah untuk mengjar, tapi sejauh mana pengajarannya...? hanya bermodalkan ayo liuq semata sajakah...? huhu... itulah yang berlaku tika ini di institusi pendidikan malaysia... guru2 hanya keluar masuk kelas konon2 untuk menyampaikan ilmu, tapi hakikatnya sekadar melepaskan batuk di tangga..hanya nak melepaskan diri dari dipanggil oleh pengetua ataupun sekadar ' aku dah masuk kelas dah, kira ok lah tu'.. huhhh..!!!

kesimpulannya, guru2 perlu bersihkan hati, betulkan niat kenapakah anda ingin menjadi guru, kalau sblm ini kerana tiada kerja then kembalilah kepada niat yang sebenar yang perlu ada sebagai seorang pendidik...and, lastly fokus..jangan 'double-standard'kan anak-anak didik..kita juga punyai keturunan..tidak musti kita juga akan diuji punyai keturunan yang akan di'double-standard'kan hasil dari perbuatan kita yang dulu... and the best way, kembalilah bertaubat...menjadi guru yang sebenar2 guru untuk anak bangsa...

~~kembara mencari CINTA (T_T)~~

~Yang diRindui~

Assalamu'alaikum warahamatullahi Wabarokatuh...
Selawat dan salam ke atas junjungan besar, Nabi Muhammad SAW, kaum keluarganya, para sahabat, para tabi' dan tabi'in...

ya, aku merinduinya... aku merindui saat itu.. aku merindui aktiviti itu.. dan aku sangat merindui untuk hadir dalam kelompok itu...aku sangat ingin menghadiri perbincangan itu..

tapii.............. aku masih tetap dan tidak berganjak hatta seinci pun untk ke situ...

dannn... rindu itu terus memekar dan terperosok di dasar hatiku... (T_T)

Semoga kita semua masih dan akan terus tetap berada di dalam nikmat iman dan islam..



~~kembara mencari CINTA (T_T)~~

~All4USIS kembali~

Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarokatuh
Selawat dan salam atas junjungan mulia nabi Muhammad Sallahu'alaihiwassalam, kaum keluarga, para sahabat, para tabi' dan tabi'in..

sekitar jam 7.45pm..
telefon..telefon berbunyi..nada dering wonderpets ke udara dengan riang sekali..
"Assalamu'alaikum kak Ada..malam ni kita buat kat lua tau..KN tak dapat contact Ciknor, jadi KN kata buat sambil makan2,kat mana Mal tak tau.."
"erk, ya Allah, kak Ada lope la plak malam ni, mujur mal kol kak Ada.terima kasihla eh.." (sayang mal(>_<))

adik usrahku,Ikmal mengingatkan aktiviti malam ni.iskk..cane tak ingt plak ni,selalu letak dalam program list.adeii..paper nk 'rait' banyak plak tu bawak balik, ni kompem tak sempat nak sentuh perabih ni..huhuhu~~hepp..'atikah, takmo bagi alasan bebanyak..nak seribu daya,taknak pun seribu daya jugak untuk menolak..~~

hmm...kenapa kita perlukan usrah..?makna kata, kenapa kita memerlukan tarbiyah..?kenapa kita mesti dalam kumpulan atau lebih halus lagi, kenapa perlunya kita di dalam jemaah..?jom kita fikir sensama meh..




~~kembara mencari CINTA (T_T)~~

Khamis, 19 Ogos 2010

~Ramadhan Kareem~

Assalamu'alaikum Warahmatullah

Selamat menunaikan ibadah puasa,selamat menghidupkan ibadah malam, selamat meningkatkan ibadah2 sunat dannnnnn selamat berpesta ibadah...

Sedar tak sedar, pejam celik pejam celik..dah nak masuk 9 hari umat islam menunaikn ibadah puasa..terasa macam masih terasa makanan di kedai makan ikan merah yang mahal di 'food court' Nilai 3 yang ummi belanja, sehari sebelum berpuasa, terasa macam baru je acik hantar ke KTM bangi lama tuk pulang setelah MC habis..terasa singkat sungguh perjalanan  masa tika ini..

Marhaban Ya Ramadhan
tapi, tempoh 8 hari 9 malam yang telah dijalani ini, apakah yang telah dilakukan...? mutabaah amal bukan main besar lagik tampal di dinding, knun senang nak tanda, namun, berjayakah...? tak cukup yang di dinding, tambah pula mutabaah amal dalam bentuk softcopy yang di'post' sahabat melalui 'group net'..tapi, berapakah peratusan yang berjaya dilakukan...? dan, yang paling penting, berapakah peratusan amalan yang berjaya di'istiqamah'kan pelaksanaannya..? huhuhu.. tepuk dada tanyalah imanmu wahai atikah...

rasanya, tahun ni pertama kali jadi guru bertugas di bulan Ramadhan..walaupun anak-anak kat sekolah tu pun berpuasa,tapi tetap jugak aktif dan tak ketinggalan juga hyperaktif..lepas tu, belum sampai jam 3, dah mula kedengaran suara2 ini-->''cikgu, saya haus'',''cikgu, saya lapar'',''cikgu,boleh tak saya nak puasa sikit-sikit'', ''cikgu, pagi tadi saya tak sahur, boleh buka tak'' huahuahuahua... cikgunya pun, jawab auta je lebih... adess.. nasibla korang...walaupun letih, kenangkan keletah murid-murid ni, boleh ketawa sendiri.. bukan senang menjadi pendidik rupanya..

seafood lasagna


 p/s: teringinnya nak makan lasagna..teringin..teringin sangat sangat...huaaaarrrggghhhh....(T_T)

p/s/s: hm, minggu depan dapat gaji, tak sabo plak rasa..ahakss..bukan ape, nak bayo utang piutang (macam banyak aje bunyinyer)..



~~kembara mencari CINTA (T_T)~~

Isnin, 2 Ogos 2010

~Dinner Bersama Teman seperjuangan~

Assalamu'alaikum Warahmatullah

Alhamdulillah, berjalan dengan lancar juga dinner tak rasmi kitorang malam ni..

Bertempat di Restoren Nelayan, Tasik Titiwangsa.. bermula sekitar lepas maghrib sehinggalah jam 10.30pm tadik.. itu, termasuklah dengan sesi bergamba sekali... biasalah kan... hehehe...

 Objektif: Mengeratkan silaturahim sesama kami.. time ginilah nak berkumpul semua sekali sambil kenal2 famili...tanpa memikirkan masalah yang bersarang di kepala mengenai sekolah mahupun ape saja yang berkaitan dengan keje... (kejap je pun releasenyer... jadilah....)

Sedikit gambo, yang lain kat kamera cikgi2 lain.. xdan nak 'gigibiru' gambar2 tu... huhuhu..

Mula makan..tunggu second trip mknn masak...nyumm nyumm..
Selesai makan.. nape plak kak fiza tuh, kekenyangan barangkali... ahakss..

Menikmati makanan, sesambil bergamba konon2 best sangat la tuh...
 Best jugak makanan kat situ, tapi semua pun 'seefood' seafood aje.. sekali sekala ok lah.. macam kami nih...
Jazakumullahu khayran katheera pada Kakmar yang menguruskan semuanya, dan pada abang Fir yg sudi menjemput kami (kak Tikah, saya dan kak Idah..).. alhamdulillah...

p/s: perut dah mula memulas... adess...


~~kembara mencari CINTA (T_T)~~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

~Siapa Saya~

Foto saya
semenyih, selangor darul ehsan, Malaysia
Servant of Allah,Full Timer Da'ei(insyaAllah),unexpected person,happy go lucky,outgoing,outspoken

~Meh masuk ehh...~