Halaman

Memaparkan catatan dengan label umum. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label umum. Papar semua catatan

Khamis, 22 Oktober 2015

Jerebu Oh Jerebu

Assalamu'alaikum Warahmatullah
Allahumma solli 'ala Muhammad..

Alhamdulillah, sudah hampir 4 minggu Malaysia terus diselubungi debu dan asap kesan kebakaran hutan di negara jiran.Terasa sesak dan pedihnya mata apabila berada lama di tempat terbuka. Sekolah pun, ini minggu ini sahaja sudah hari ke-empat ditutup. Ini baru sikit je kepulan asap dan debu yang singgah di bumi bertuah ni, bagaimana lah keadaan mereka yang memang di kawasan kebakaran berkenaan. Semoga Allah terus memberikan kalian ketabahan, kekuatan dan kesihatan. Maafkan kami yang tidak mampu melakukan apa-apa pertolongan pun untuk kalian.


Semoga Allah melindungai kita, rakyat Malaysia dan negara-negara yang terlibat dari musibah yang leih teruk dan tidak dapat dibendung.Ya Allah bantulah kami menghadapi situasi ini.

Sedikit perkongsian mengenai jerebu:

Sekiranya kalian menghadapi situasi berikut dan berlanjutan, segeralah berjumpa doktor untuk rawatan pencegahan dari awal:

1.Sakit tekak
2.Batuk
3.Lelah /Athma
4.Mengalami masalah kesukaran bernafas
5.Mata pedih,merah dan berair

Kalian juga boleh mengambil langkah pencegahan awal antaranya:
1. Banyakkan minum air kosong
2. Memakai topeng (seeloknya N95) ketika berada di tempat terbuka/luar bangunan
3. Mengurangkan aktiviti luar
4. Segera berjumpa doktor sekiranya mengalami gangguan kesihatan.


Untuk bacaan lanjut mengenai jerebu ini , tuan dan cikpuan boleh mendapatkan maklumat di sini.




 ~~kembara mencari CINTA (T_T)~~

Jumaat, 27 Mac 2015

Yuk!! Sharing ilmu bersama saya..

Assalamu'alaikum Warahmatullah

Berbulan lama rasanya tiada update.. hehe...
Berbulan juga hidup ini di'sara' oleh ayahanda bunda... alhamdulillah..
walaupun malu, namun hidup terpaksa diteruskan jua..


selepas pemergian wan n atuk.. dan acik telah kembali sehat...
saya mula mencari pekerjaan dengan serius.. saya suka kerjaya yang memerlukan saya berkomunikasi dengan ramai orang.. kerjaya yang dapat membantu orang lain.. kerjaya yang membolehkan ilmu syang diturunkan digunapakai oleh si penerima.. dan juga kerjaya yang membuatkan orang lain senang hati dan saya pun akan senang hati.. saya mencari pekerjaan as a pendidik.. tapi tiada rezeki saya di situ.. yang dimohon tak dapat.. yang dah dapat terpaksa ditolak atas sebab tertentu.. ujian untuk saya..

Dan akhirnyaa...Team saya Muzzafar Shah Soleh membawa saya ke QTeam agency..
Di sinilah saya menapakkan diri dan mempasakkan niat.. All in one.. saya boleh bantu orang lain merancang dana persediaan ditimpa musibah, saya boleh share ilmu yang saya ada, saya boleh berjumpa dengan ramai orang dan saya boleh taking care ummi n ayah dengan lebih baik.. insya Allah...

26 Februari 2015, Exam TBE di Open University Bangi, Pass..
Officially, 6 Mac 2015 saya mendapat kod ejen di bawah Etiqa Takaful.
Dipantau dan diturunkan ilmu oleh sifu Mohd Tamsir Ali.

Insya Allah, doakan saya untuk lebih maju..
Target saya dengan wang gaji dari takaful ini saya mampu berinfaq dengan lebih konsisten, melangsaikan hutang PTPTN dan mempunyai kebebasan kewangan.. insya Allah... allahumma amiin...


Berminat untuk knowledge sharing bersama saya..

Jangan malu-malu(>_0) hubungi saya untuk temujanji :

 'Atikah 013-9122345 (Whatsapp only) /019-2623941 (Call only)


 ~~kembara mencari CINTA (T_T)~~

Rabu, 20 Februari 2013

~workstation~

bile xde keje...
Inilah tmpt sy beribadat utk 8-10 jam di siang hari.. mengerah keringat dlm air-cond..

Mudah2an ada ganharan utk sy samada yg nyata mahupun ghaib.. hegege....
posted from Bloggeroid

Khamis, 27 September 2012

~Aku Yang Berdosa~

Assalamu'alaikum Warahmatullah
Selawat dan salam atas junjungan mulia Muhammad sollallahu 'alaihissalam, ke atas kaum keluarga baginda, para sahabat, tabi dan tabi'in..

Alhamdulillah, asih lagi diberi kesempatan untuk mengetuk papan kekunci di petang nan indah lepas waktu opis ni (wpun masih di opis)..


lately, kerap kedengaran di cuping telinga ni, esp bila drive pergi n balik keje (dah itu aje waktu buka radionya..huhu) ... lagu yang pada awalnya " hmm.. okla".. but then its change tu " lalalalalalaaa..." kat mulut ni, every day, klu boleh nak every seconds... uhukss...

boleh la kot dengar2 kot terbekenan plak ke kan..layanzzzz.....



Sejauh mana

Langkah ku di sana

Aku melupakan Mu



Seluas mana

Kau beri padaku

Masih ku angkuh pada-Mu



Segalanya dusta

Gelap mengaburi ku



Ya Allah

Apa yang bisa

Ku tebus kepada-Mu

Atas dosaku



Ya Allah

Ku hina terasa

Biar ku bersujud

Untuk ke syurga-Mu

Moga ada sinar keinsafan (uhukss...) lepas dah duk dengar atau mungkin bile duk nyanyiu lagu ni.. enjoy!!


~~kembara mencari CINTA (T_T)~~

Ahad, 23 September 2012

~Kecapekan~

Assalamu'alaikum warahmatullah dan salam sejahtera..

Selawat dan salam ke atas junjungan mulia Muhammad sallallahu'alaihissalam, kepada kaum keluarga baginda, para sahabat, tabi', tabi'in..

Setelah sekian lama laman sesawang ini menebalkan sawang2nya dan hampir kepada sawan, tergerak plak ati nak menulis..

Minggu lepas adalah minggu yang penuh dengan agenda, dari Khamis 6/9/12 hinggalah 17/9/12.. bermula dengan penerbangan ke Sabah (nnt cerita lain kali) hinggalah kepada penerbangan ummi ayah ke Mekah..

1.baru mula keje dengan bersungguh di tempat baru, banyak kene belajar benda baru..makanya, perlu amik lebih masa untuk membuat latihan dan dalam masa yg sama untuk siapkan keje.. oleh itu, keraplah saya pulang sekitar jam 8 gitu, pendek kata, smp xde org kat opis tu..

2. Tarikh ummi, ayah atuk n wan berangkat untuk menunaikan haji telah diawalkan daripada 19.9 kepada 17.9 dan berkebetulan, 16.9 tu adalah jamuan makan2 berjumpa sanak saudara n kawan2.. makanya, double keje perlu diselesaikan, barangan ke tanah suci n majlis itu sendiri. +plus keadaan rumah yang masih tak siap2 dikemas lagi.. huhuhu..

Andak mengemas kain baju ke tanah suci

Paksu selaku orang kuat untuk membasuh dan mengemas di bahagian porch..

Jiran tetanggaku tersayang.. mcik midah, mcik sapiah, mcik hajar (kot).. terima kasih sudi menziarah..

Ayah(berbaju ijo) khusyuk mendengar kata2 tunjuk ajar n nasihat dari paklong..

uda n kakteh, induk ana n maklong leha dah lapo.. selamat menjamu selera....

orang kuat-paksu n pakcik alan yang datang dari jauh...

kakteh, ambe n induk Ana redi untuk menjamu selera merasa makanan yang ada.

Sahabat bertahun lamanya kami bersama (4 orang) + anak buah umar (berpakaian kelabu)

majlis bacaan doa ringkas sebelum berangkat ke Kelana Jaya

Sewaktu azan dilaungkan.. semakin dekat waktu untuk berpisah (T_T)

Geng dari Jalor (Kg Ummi) datang membantu melancarkan majlis..

Kami bergerak ke Kelana Jaya sekitar jam 1 am, dan sampai sekitar jam 1.30am gitu.. kereta tak banyak, jadi takdela jammed/slow.. kami konvoi 7 kereta..menanti kaunter dibuka untuk mengambil kelengkapan jemaah ke Mekah, dan menanti untuk check in sekitar jam 5.30am.. sekitar jam 6am mcm tu, kami bergerak pulang..dan keretaku yang terakhir meninggalkan tapak Kompleks Tabung Haji berkenaan, menunggu sehingga adik2ku selesaikan kewajipan kepadaNya..

3. Alhamdulillah,aturan Allah itu memang yang terbaik tanpa kita mengetahui akannya..isnin public holiday, but then kami di atos bekerja mengikut negara kendalian masing2.. aku, handle untuk Singapore.. dan ditakdirkan Allah, petang Rabu, my TL said "Atikah, nest Monday U tak payah masuk keje ye, QA lain akan watkan tuk Singapore.." aku terkesima dan ligat berfikir.. memula ingtkan " taknak bg aku claim OT la tu, mementanglah baru" (claim OT rm 30/jam + mileage hokeh!!).. 
Khamis dapat fwded text msd dari ummi ".... penerbangan KT10 telah diawalkan kepada 17 September 2012 jam 5.30pagi............" aku jadi termenung.. masyaAllah, hebatnya aturanMu ya Allah..

Senin pagi, balik dari Kelana Jaya, lelap jap memandangkan hampir 24 jam aku tidak tidur.. aku n Muhaimin berpecah dua menghantar Andak n anak2 serta adik-adikku balik ke kampung n U masing2..dan aku balik semula ke Semenyih dari kampung di N9 sekitar jam 10.45pm dan smp kira jam 12.45am..

Alhamdulillah, semua urusan berkenaannya telah selesai dan syukur padaMU ya Allah atas pertolongan dan kemudahan yang kau berikan.. syukur ya Allah..

p/s: Bersangka baiklah dengan Allah.. Allah tak jadikan sesuatu itu hanya untuk sia-sia.. yakinlah dengan janji tuhanmu...



 ~~kembara mencari CINTA (T_T)~~

Rabu, 4 Mei 2011

~Cintaku~

Assalamu'alaikum Warahmatullah


Tidak salah menyintai wanita bergelar isteri, selagi mana cinta itu didasari oleh satu makna yang padu: AGAMA. Lantaran Nabi SAW sahaja sudah memperingatkan, agar jodoh itu direalisasikan, dengan menjadikan agama sebagai sandaran dan landasan. Jika demikian agama itu hilang daripada peribadi si isteri, kecintaanmu padanya juga harus bertukar, agar cintamu tersemai seadanya sahaja.

"Cintailah manusia itu seadanya. mungkin suatu hari kamu akan membencinya .Bencilah manusia itu seadanya, mungkin suatu hari nanti kamu akan mencintainya". (Hadith riwayat at-Tirmidzi)

Demikian pula, tidak salah menyintai kerjaya dan pekerjaan, asal saja ia boleh menuntun kita untuk kekal beribadah dan segar dalam keimanan, lantaran perjuangan itu memang memerlukan kewangan yang utuh dan kepakaran yang jitu, untuk memacu agama kembali kepada keagungannya.

Bila agama itu hilang daripada pekerjaan , hingga saja menyebabkan ibadah kita terhalang, semangat dakwah padam, keistiqamahn terbelenggu, maka ucapkanlah "selamat tinggal" duhai pekerjaan, kerana harta mahu pun keluarga , tak akan boleh untuk memadamkan dasar pembina mahligai cinta: AGAMA.

Hai orang-orang yang beriman, janganlah harta-hartamu dan anak-anakmu melalaikan kamu dari mengingat Allah. Barang siapa yang membuat demikian maka mereka itulah orang-orang yang rugi.(Surah al-Munafiqun [63];9)
Selanjutnya

Ya...yang paling penting, pastikan saluran cinta itu.. cinta tanpa ijab dan qabul hanya sia-sia..hanya menambah titik hitam di hati dan membuatkan kita hanyut tanpa disedari.. konon cinta sampai mati,tapi hakikatnya dah mati masa bercinta...
semoga kita semua dilindungi dari fitnah dunia dan diampunkan dosa yang tidak tersengajakan mahupun dosa yang disengajakan (ade ke ek..)...

~~kembara mencari CINTA (T_T)~~

Sabtu, 26 Mac 2011

~Aku Seorang Penunggu~

Assalamu'alaikum Warahmatullah


At this end of ages as belia ni..aku menjadi semakin pelik dengan orang sekitar..memanglah teman2 sepengajian semuanya sudah memiliki kerjaya yang stabil...ditambah dengan teman2 sepejuangan yang sudah mengelek anak ke hulu  ke hilir..itu ok lagi.. dah rezeki mereka..aku juga tumpang gembira, sebab anak menakan dah bertambah ramai...

tapiiiii........... paling tak tahan bila orang sekitar terutama kalau p umah orang2 yang dikenali..
aku sering ditanya soalan begini -
1)"ha, bila lagi.. jangan tunggu lama2...nanti xpired...."
2)"bila nak kawen ni...?takkan takde pakwe lagi kot...jangan buat dosa lama2"
===iskk..mana plak pakwenye..cuma takde org nak lagi cik..muga Allah lindungi saya dari dosa2 halus yang sedap nih...(sela-ku sambil menahan geram)==
dan paling best..
3)" kau ni memilih sangat tak..jangan jual mahal..nnt tak laku..."

hmm, orang kata don't too selective..tapi perkahwinan bukan sekadar kehidupan luaran semata.. dan perkahwinan bukan hanya melibatkan 2 orang sahaja.. dan, ditambah dengan faktor aku seorang perempuan.. makanya aku perlu memilih.. bukan memilih seorang yang kaya raya ataupun yang mempunyai rupa cantik menawan..tapi, memilih lebih dari itu.. seorang yang bertanggungjawab dan menjadikan 'deen sebagai cara hidupnya...kerana hidupku akan bergantung sepenuhnya kepada keputusan dan tindakannya nanti..

Dengan itu, aku akan tetap menjadi seorang yang selektif..
dan akan terus menunggu tika dan saat itu...

Dan yang pasti, jodoh itu Allah dah setkan timenya..keep on usha'ing 'atikah...chayo'...ahakss...





~~kembara mencari CINTA (T_T)~~

Rabu, 28 Julai 2010

~Letih~

Assalamu'alaikum Warahmatullah

Selawat dan salam untuk junjungan  tercinta, semoga kita tetap berada dalam nikmat iman dan islam..

tengok tajuk pun dah letih, inikan pula nak bercerita..
tapi, inilah hakikatnya...seringkali diucapkan oleh mereka- jangan ajar budak2 untuk exam.. tapi, mereka sendiri yang mengajar anak2 mereka hanya untuk exam..dan akhir sekali, guru2 juga yang dipersalahkan dengan 'ketidakpandaian' anak2 mereka sendiri..  (erk, ni kita mengeluh ke eh? dusshhh)

dalam buku teks sains tahun 4, bab terakhir berkenaan Technology Around Us.. di awal bab, diperkenalkan bagaimana teknologi ini wujuddan kenapa kita menggunakan teknologi... dan sebab utama yang dinyatakan adalah "Human Limitation" atau orang kampung saya sebut 'keterbatasan keupayaan moanusia'..dan, di situlah teknologi ini membantu.. ingat, teknologi hanya membantu... kata lecturer saya dedolu," takde teknologi pn kita masih boleh belajar, ianya hanya membantu untuk memudahkan saja" ujarnya tatkala LCD takleh nk display notesnya..

begitu jugalah dengan saya, manusia biasa yang sudah tentu dan dijamin mempunyai 1001 kelemahan yang dibawa bersama..sampai tahap ini, tika ini dan waktu ini, kesabaran saya kian menipis.. kemampuan saya untuk menerima segalanya yang diterima selama ini semakin berkurang, dan level of respectability sepertinya sudah tiada,paras 0.5 out of 10 mungkin... huhuhu...teruknya perasaan ini..

letih dengan kerenah dan birokrasi yang semakin meruncing..penat dengan keadaan sekeliling yang tak pernah melihat bahkan tidak sekalipun berusaha untuk menghargai usaha kami...lelah dengan manusia yang bertindak untuk kepentingan diri sendiri semata.. jemu dan jelik dengan perangai orang2 islam yang kononnya berjuang dan berdakwah untuk Islam,jihad fisabilillah, tapi merosakkan agama itu sendiri... Na'uzubillahi minzalik.. semoga Allah melindungi kami dari menjadi fitnah kepada agama islam yang suci ini...

letih..lesu..lemah.. untuk berpura-pura seperti tiada apa2 yang berlaku... huhu.. hati.. hati... tabah dan sabarlah akan dikau...


~~kembara mencari CINTA (T_T)~~

Sabtu, 24 Julai 2010

~Selamat Kembali Nenda~


Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarokatuh

Hari ini, genap 3 hari Makwan (arwah Leha Binti Ilias) kembali ke rahmatullah... hakikat pemergian dan kematian...

sebelum ini, apabila mendengar mengenai kematian insan2 yang rapat pada para sahabat, saya
hanya mampu mendoakan dan mengucapkan takziah untuk melahirkan rasa simpati di hati... dalam waktu yang sama, terdetik juga di hati, "bagaimana ye perasaan kehilangan"..

dan, Allah memberi juga kesempatan untuk diri ini merasainya.. ibu yang melahirkan ayahku, dan mentua kepada ummiku telah dijemput oleh Penciptanya... walaupun kami adik beradik dengan arwah tidaklah serapat wan sebelah mak(semoga Allah memberkati wan).. namun kehilangan tetap jua dirasai, sementelah arwah juga nenek kami..

di hari pengurusan jenazah, seboleh mungkin saya cuba untuk mencurahkan bakti terakhir men guruskan makwan bersama sepupu dan pengurus jenazah.. itulah bakti terakhirku terhadap jasad makwan..menunaikan hak untuk si mati... semoga Allah menempatkan makwan bersama hamba2nya yang soleh dan mendapat rahmatnya..

apabila teringatkan wan dan atuk di kampung, yang bersusah payah membesarkan kami ketika kecik.. dan ummi dan ayah yang sentiasa di sisi kami... hati ini berdetik lagi..berkira dan terus menghitung hari...

semakin banyak hari, semakin sedikit tinggalan detik itu... semoga hati kuat dan tabah meniti hati mendatang...redha dengan hati, bukan dengan bibir yang mati...
~~kembara mencari CINTA (T_T)~~

Ahad, 22 November 2009

~Take mood~

Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarokatuh

Entah mengapa, semenjak dua menjak tiga menjak ni, lagu dendangan sudirman ini selalu saja meniti dibibir.. bila kosong aje fikirannya ini, terus terkeluar.. puas sudah difikirkan, apakah gerangan masalahnya, namun tidak jua ketemu jawapannya, adess~~



Pelangi Petang

Kumeniti awan yang kelabu
Kutempuhi lorong yang berliku
Mencari sinar yang menerangi
Kegelapanku

Kupercaya pasti suatu masa
Sang suria kan menyinar jua
Membawa harapan yang menggunung
Bersamanya...

( korus )
Engkau tiba bagaikan pelangi
Tak bercahya namun kau berseri
Tapi cukup menghiburkan
Hati ini

Seharian waktu bersamamu
Tak terasa saat yang berlalu
Bagai pelangi petang kau kan pasti
Pergi jua...

Apakah? Mengapakah?Siapakah?Dimanakah?Bagaimanakah?... atikah...atikah...iskk....


~~kembara mencari CINTA (T_T)~~

Selasa, 8 September 2009

~UPSR~

Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarokatuh...

tadi pagi, saya kelewatan datang sekolah, walaupun rumahnya hanya kira-kira 10 tapak aje dari sekolah.. odw ke sekolah, terlihat makcik jiran menyapu sampah depan rumahnya.

"Cikgu, hari ni dah mula peksakan..?" tegur makcik disebelah rumah bungalow kuning kuningku..
"Ha'ah cik, mula dah hari ni sampai khamis nanti" balasku dengan senyuman malu sebab lewat ke sekolah...

bermula hari ini, 8.09.2009 sehingga 10.09.2009 anak-anak tahun 6 di seluruh Malaysia akan menduduki UPSR.. semuga segala usaha yang kalian curahkan, akan dibalasi selayaknya..insyaAllah, walau apa pun yang bakal kalian dapat nanti, ianya adalah yang terbaik buat kalian pada waktu ini..
Semoga Berjaya anak-anak cikgu...

1. Mohd Faiz Hilmi B. Azimuddin
2. Muhammad Fiqri Rusyaidi B. Mohd M. Yusuff
3. Naimuddin B Nadzry
4. Amirah Balqis Bt Zainudin
5. Siti Najihah Bt Abdullah Najib
6. Zarifah Yusra Bt Yahya
7. Intan Nasuha Bt Ahmad Razani
8. Mohd Haziq B Mohd Nazri
9. Nurul Ai'na Bt Mohd Tajaharis
10. Sobia Noor Bt Mohd Yousaf


Send this eCard

p/s: Bebudak ni yang exam, cecikgunya pulak yang nebes dua macam.. adesss.... penin.. penin...

~~kembara mencari CINTA (T_T)~~

Isnin, 31 Ogos 2009

~Selamat Hari Kemerdekaan ke-52


Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarokatuh
Selawat dan salam ke atas junjungan mulia, nabi Muhammad S.A.W, ke atas kaum keluarganya, para sahabat, para tabi' dan tabi'in..

Alhamdulillah, syukur kehadrat ilahi kerana dengan limpah dan inayahnya, kita mampu untuk mengulangi sejarah kemerdekaan buat kali ke-52 pada tahun ini.
Dengan tema - Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan,sambutan hari kebangsaan pada tahun ini disambut secara sederhana (ayat2 dalam news paper ke pembaca berita, tak ingt la plak...)dan logo yang unik,menunjukkan kekreatifan pemikiran penciptanya...tapi, yang Mencipta pencipta itu tentunya lebih kreatif..Sudah tentu...

--->perbualan sewaktu saya n beberapa orang pelajar membaca surat khabar tidak berapa lama dahulu..
"Cikgu, dahulu tu maksudnya dah lamakan cikgu"beberapa lagi pelajar yang ada disitu mengiakan penyataan kawan mereka.
"hmm...(sambl memikirkan ayat yang patrioritik)...kalau dalam ayat awak, betul maksudnye dah lama, tapi dalam ayat ni, maksudnye diutamakan @dipentingkan..apa2 pun, kene rakyat di depan"++saya pun menambah di dalam hati, makanya terjadilah peristiwa singapura dilanda todak, yang mengorbankan rakyat jelatanya...uhuk..jangan lelebih, kang masuk court kang atikah...adess..

semoga, makna kemerdekaan ini bukan hanya setakat dilaungkan dibibir saja..harapnya, ianya tersemat dalam hati, bahawa negara ini, milik kita, yang kita warisi dari zuriat keturunan kita..merdekakanlah diri kita dari penjajahan budaya yang semakin kronik,merdekakan diri kita dari cara hidup penjajah yang telah sekian lama menyusup dalam kehidupan..ambillah yang mampu memberi manfaat kepada agama, diri, keluarga, masyarakat, bangsa dan negara, dan umat islam amnya...
dan yang paling penting,hidupkan islam, di mana pun kita berada..Agama perlu didahulukan, insyaAllah, rakyat akan terbela dan seterusnya pencapaian akan cemerlang..apa pun keadaannya, mardhotillah itulah matlamatnya..makanya, keamanan ini akan terus terbela, dengan pembelaan dari yang Maha Berkuasa...

~~kembara mencari CINTA (T_T)~~

Khamis, 13 Ogos 2009

~Janji Allah Itu Pasti~

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarokatuh...
Selawat dan Salam ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad SAW, Kaum keluarga, para sahabat, tabi' dan tabi'in..

Maksud firman Allah :
"Dan setiap umat mempunyai ajal(batas waktu). Apabila ajalnya tiba, mereka tidak dapat meminta penundaan atau kecepatan walau sesaat pun"(7:34)

13 Julai dahulu, pemergian Syeikh Fathi Yakan telah menyentak hati ini,menggamit pilu dan sayu...salah satu kehilangan yang besar dalam arena dakwah yang begitu dirasai oleh umat islam seluruh pelusuk dunia..

Dan hari ini, pemergian Ustaz Asri yang lebih dikenali sebagai solo Kumpulan Rabbani, kembali menyentak getaran itu.. Innalillahiwainnalillahiroji'un...
Siaran berita mengenai pemergian al-fadhil bermula ketika almarhum rebah dan kemudian disusuli dengan video alharhum yang telah dikapankan,gambar anak-anak dan isterinya, membuat hati ini sayu... mengalir jua setitis air mata.. (T_T)

Semoga almarhum ditempatkan dikalangan para salafussoleh...ameenn...Salam takziah untuk ahli keluarga almarhum...

sedikit kenangan ------------------------------------------
Saya mula kenal beliau (wpun beliau tak kenal saya), bermula dari kumpulan Nadamurni..kecil lagi saya ketika itu..sibuk betol bibir ni mengalunkan lagu "Sunnah berjuang" walaupun tidak difahami akan maksudnya yang sebenar,tetapi mampu menyerapkan semangatnya ke dalam hati yang masih muda ketika itu...


~~kembara mencari CINTA (T_T)~~

Ahad, 19 Julai 2009

~Makcik di Dalam Bus~

Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarokatuh...
Selawat dan salam ke atas junjungan mulia, nabi Muhammad S.A.W, kaum keluarga, para sahabat, tabi'in dan tabi'in...

Ceritera hari ini...

Terasa malas sangat nak kuo umah, tambah pulak elok aje matahari sangat bersemangat menyinari alam..nak menghilangkan rasa malas, maka mengemaskini keadaan bilik dan merajinkan diri menggosok semua baju keje+jenjalan+tshirt yang ada..(sambil tu dok berkira-kira nak kuo-kalau kuo kang, sakit pale, terang sangat sinarannya..adess...) sudahnya, sedar2 dah nak masuk waktu asar..duk golek2 depan TV, tetibe teringat "astagfirullah.. buku rujukan budak2 ni tak belikan lagik.. huarrghhh.... patutla rasa nak kuo je dari tadik..uhuk.. dushh...dushh..."

kuatkan semangat atikah. chayo'..makanya, sekitar jam 6pm mulalh menapakkan kaki menunggu bus..destinansinya..nak p Giant Batu Caves, tak pasti pulak buku tu ada ke tak..ke kene p jalan TAR jugak ni.. hmm... untuk mengelakkan risiko takde+hari dah nak bernasur gelap, makanya keputusan di ambil untuk ke Pustaka Mukmin aje.. Minerva kompom2 dah tutup jam 6 tadik..metrobus smp dulu, makanya, saya naik metrobus la ke kl.. smbil2 tu msg kak mar kot2 dia ada nak pesan@tengokkan..

Sekitar 6.40pm, smp ke Mukmin, beli buku, sesambil belek buku puzzle baru.. then, terus ke Sogo..dah nak Gerib ni.. makanya, berjalan sepantas mungkin...(selain dah gelap, nak ngelakkan tahi burung.. huhuhu)..dalam pada tu, kmar dah riso... takut pape, dah la sorang, malam pulak tu.. uhukk...cakap juga pada kmar mlalui sms ajelah tapinye.. "insyaAllah, by 9pm saya dah ader kat rumah...".. p sogo sebab nak tumpang solat..pastu nak beli roti, lapo la plak tadinya...

8.20, tunggu bus smbil makan roti di bus stand antara sogo-pertama.."manalah bus ni..takmola lelambat..tido kat sini kang... uhuk..."dalam duk menikmati roti n ayo twister owen..Metrobus no 11 pun tiba..naik, tmpt duduk byk kosong, tapi semuanya sebelah kaum adam..ada 1 seat kosonh sebelah makcik ni..

~makanya, saya bertanyakan pada mcik "ada orang duduk sini, makcik..boleh saya duduk"..
~"nak keropok...ha, duduklah.."kata mcik sambil mengalihkan begnya dan mengunjukkan keropok lekor di tangannya...
~"takpe mcik, makanlah.. terima kasih".. saya menjawab sambil tersenyum dan duduk..


Metrobus 11, perjalanan kotaraya-Taman Jasa Utama

dalam perjalanan, konduktor berjalan mengambil bayaran, sampai kepada saya-Rm2 ditukarkan kepada tiket tercatat nilai RM2..beralih kepada makcik disebelahku..
Konduktor :Tiket makcik..
Makcik : Dah la tadi...
Konduktor : Mana tiketnya..
Makcik : Adala... -katanya sambil tersenyum dan cuba utk menyorokkan begnye kebelakang..

konduktor berjalan ke penumpang seterusnya... dan akhirnya berpatah semula ke depan..
konduktor: mana tiketnya makcik?
makcik : adalah.. aku cakap dah bayar.. dah bayar lah..

konduktor: yela, mana tiketnya.. kang kalau orang datang cek tiket, makcik kene turun kang..saya tak tau..
makcik : aku dah bayar lah.. aku cakap ada, adalah.. ko ni memang.. selalu marahkan aku-kata makcik dengan nada yang cukup tinggi, tapi belum sampai ke frequansi mampu memecahkan cermin tingkap disebelahnya...

konduktor: yela tunjukkan la tiketnya..
makcik : Ha, ni tikat aku... aku cakap aku dah bayar.. ko ingat aku ni takde duit ke.. budak ni langsung tak hormatkan aku..ko ingat aku ni sapa ha... aku ade duit la... -kata makcik sambil mengunjukkan tiketnya yng telah sekian lama dicari dilam begnya..
makcik berkenaan terus memarahi konduktor dan membebel sepenuh hatinya..si konduktor, duduk diam di sebelah pemandu sambil wat2 tak tahu, mungkin kerana malu, atau ingin menyorokkan senyum simpulnya dari pandangan makcik itu..

saya......? huhuhuuu... sabo ajelah..rupanya makcik tu sakit...kasihan dia diuji Allah dengan ujian kewarasan... sepanjang jalan, saya berdoa "cepatlah sampai..." huhuhu...takut juga, tetiba kene cekik ke, kene tolak sampai jatuh ke.. uhukk(teruk btol prasangka itu.. haiiyaarrkkk....)

tiba-tiba..................."nape ko senyao aje...? ko takut aku marahkan ko ye"..kata makcik..
terkezut saya seraya menjawab "eh, tidak.. cuma penat dan ngantuk sikit"...
makcik tu terus melanjutkan cerita dan pertanyaannya kepada saya, bertanya tentang kerja, tempat tinggal, gaji, rumahtangga..huhuhu... saya ni, rumahnya lom ada tangga makcik..adesss..
sempat jugak dia memberi panduan memilih suami...dushh...

8.45 sampai depan ampat tin, alhamdulillah... selamat tiba sudah...makcik melambaiku dengan bersungguh-sungguh..saya...? tersenyum sambil membalas lambaian...

lepas isya' duk gayut ngan ummi.. cerita kat ummi.. ummi cakap "dia tak gila dik, mungkin sedikit mereng.." saya mengambil kesimpulan... mungkin makcik berkenaan terlalu tertekan dengan ujian yang dihadapinya sepanjang hidupnya di dunia ini..

makanya, apa yang perlu kita lakukan tatkala diri menerima ujian yang dirasakan berada diluar kemampuan...??
banyakkan dzikrullah.. berwudhuk, solat...baca al-quran& tafsirnya juga salah satu terapi yang baik..
then,carilah teman@sahabat@orang yang dipercayai@disayangi untuk kita luahkan ape yang terbuku... minta pendapat... minta nasihat..
ataupun, boleh juga, meluah melalui penulisan, lukisan.. ikut mana yang kita senang n mampu lakukan...
tapi... kadang2, saya juga meluahkan pada teman yang tak hidup "Mr Beary namanya.. sian jugak dia, ari2 kene dengar cerita saya walaupun tatkala saya meluahkan dengan hanya sebuah pandangan.... uhuk...

~~kembara mencari CINTA (T_T)~~

Rabu, 22 Ogos 2007

testing... testing... 1..2.. 3..

salam...
kembara saje je nak test...
tadi dah set jam ni ikut KL nyerwaktu, tapi kembara tak tau pasaipa dia ketegaq...
ok, kita test ye, la ni kui 0145...
klu betul, alhamdulillah....
klu tak kembara pun dah penin nak wat cane lagik...
huhuhu....

Isnin, 20 Ogos 2007

dunia d hujung jari

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih Penyayang...
Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam.
selawat dan salam ke atas junjungan mulia, Muhammad Sallahu'alaihissalam, juga ke atas kaum keluarganya, para sahabat, para tabi' dan tabi'in.

alhamdulillah, angan2 yg terlalu lama tertangguh, kini dah menjelma...
moga kembara tidak lupa untuk meng'apdet' dan diberikan kelapangan masa tuk mencoretkan sesuatu di dunia blog ini.

segala coretan dan contengan di sini adalah kisah peribadi, coretan dan komentar kembara sendiri, dan artikel2 yang kembara rasa mampu memberikan sedikit pengisian dan ilmu buat kembara dan pembaca... ( ada ke org nak baca...??!! takpe, kembara akan baca...insyaAllah.. huhuhu...)
dan segala yang terkandung di blog ini tidak ada kaitan sama ada yang baru nak hidup,masih hidup, separa hidup, tak nak hidup, dan yang telah kembali (al-fatihah tuk mereka).

blog kembara juga menggunakan sepenuhnya penggunaan bahasa melayu... (klu ada tersasul base omputih tu, di maafkan.... cehhh....) . tetapi kembara tidak menghalang pembaca untuk memberi pandangan mahupun pendapat dan yg sewaktu dengannya dalam bahasa inggeris dan bahasa2 yg difahami oleh pembaca yg len dan kembara sendirik... huhuhu...
tatapi, kembara tidak bermaksud untuk berbahasa baku senantiasa... bergantung pada kembara dan suka hati kembaralah nak ape pun... asalkan bahasanya tetap difahami oleh wan dan atuk kembara... ehheheheee...

sekian, coretan kembara kali ini...
jazakallah, sudi membaca..
wassalam.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

~Siapa Saya~

Foto saya
semenyih, selangor darul ehsan, Malaysia
Servant of Allah,Full Timer Da'ei(insyaAllah),unexpected person,happy go lucky,outgoing,outspoken

~Meh masuk ehh...~