~Fikirkanlah,dimana arah kita.. Renungilah..hikmah kembara menuju kasih buktikan cinta kita.. kepadanya..ini kembara kita..~
Sabtu, 26 Mac 2011
~Yang diRindui~
Selawat dan salam ke atas junjungan besar, Nabi Muhammad SAW, kaum keluarganya, para sahabat, para tabi' dan tabi'in...
ya, aku merinduinya... aku merindui saat itu.. aku merindui aktiviti itu.. dan aku sangat merindui untuk hadir dalam kelompok itu...aku sangat ingin menghadiri perbincangan itu..
tapii.............. aku masih tetap dan tidak berganjak hatta seinci pun untk ke situ...
dannn... rindu itu terus memekar dan terperosok di dasar hatiku... (T_T)
Semoga kita semua masih dan akan terus tetap berada di dalam nikmat iman dan islam..
~~kembara mencari CINTA (T_T)~~
Sabtu, 24 Julai 2010
~Selamat Kembali Nenda~

Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarokatuh
Hari ini, genap 3 hari Makwan (arwah Leha Binti Ilias) kembali ke rahmatullah... hakikat pemergian dan kematian...
sebelum ini, apabila mendengar mengenai kematian insan2 yang rapat pada para sahabat, saya
hanya mampu mendoakan dan mengucapkan takziah untuk melahirkan rasa simpati di hati... dalam waktu yang sama, terdetik juga di hati, "bagaimana ye perasaan kehilangan"..
dan, Allah memberi juga kesempatan untuk diri ini merasainya.. ibu yang melahirkan ayahku, dan mentua kepada ummiku telah dijemput oleh Penciptanya... walaupun kami adik beradik dengan arwah tidaklah serapat wan sebelah mak(semoga Allah memberkati wan).. namun kehilangan tetap jua dirasai, sementelah arwah juga nenek kami..
di hari pengurusan jenazah, seboleh mungkin saya cuba untuk mencurahkan bakti terakhir men guruskan makwan bersama sepupu dan pengurus jenazah.. itulah bakti terakhirku terhadap jasad makwan..menunaikan hak untuk si mati... semoga Allah menempatkan makwan bersama hamba2nya yang soleh dan mendapat rahmatnya..
apabila teringatkan wan dan atuk di kampung, yang bersusah payah membesarkan kami ketika kecik.. dan ummi dan ayah yang sentiasa di sisi kami... hati ini berdetik lagi..berkira dan terus menghitung hari...
semakin banyak hari, semakin sedikit tinggalan detik itu... semoga hati kuat dan tabah meniti hati mendatang...redha dengan hati, bukan dengan bibir yang mati...
~~kembara mencari CINTA (T_T)~~
Isnin, 7 Jun 2010
~Selamat Hari Guru, Cikgu~
hm.. lama betul tak membersihkan sesawang ni.. ini pun, sekejap je boleh...
bile log in, menaip, save now.. lelama, carita pun dah basi, maka di'delete'kan dari bank draft... huhu...
walaupun agak terlewat dek kekangan waktu yg menghambat... tapi, nakjugak wish kat sini...
( Pendidik di Tadika Bukit Jalor 1989-1990, SK Bukit Jalor 1991-1993, SK Sultan Hishamuddin Alam Shah 1994-1996,SMK Puteri Wilayah 1997-2001, Kolej Matrikulasi P.Pinang 2002/2003, Universiti Malaysia Pahang batch 2003/2004 - 2008..dan buat semua yg mendidikku secara tidak formal juga..)
terimalah...
| ||||
Isnin, 15 Februari 2010
~Tahniah untuk Sahabat : Shye dan Emi~
Alhamdulillah, kita masih lagi diberi pinjaman nyawa untuk detik ini.. muga kita juga tergolong dalam insan yang sentiasa berusaha memperbaiki dan mempertingkatkan imannya..
Hari ni, majlis pertunangan Wan Syahidatul Wan Kahar@Shye berlangsung di rumahnya.. Asalnya, saya memang dan set planned ngan kak Shida, Kak Yati n Kak Irah semalam..tapi, akhirnya pada jam 7 pagi ini saya menerima panggilan yang tidak memungkinkan untuk saya menghadiri majlis Shye..Minta maaf shye.. insyaAllah, ada rezki next majlis i'll try my very best..Berdasarkan mesej yang dibalas oleh kak Irah tghari ni, majlis telah selesai dan berjalan dengan lancar... Alhamdulillah.. Muga segala urusan Shye untuk terus ke jinjang pelamin dipermudahkan dan dirahmati.. Ameenn..
------------------------------------------------------------------------------------------------

Dan ucapan dan doa seterusnya ditujukan buat sahabat merangkap ukht yg tak pernah bersua,tapi sentiasa diingatan... Ukht Emifadhila yang akan melangsungkan hari bersejarahnya pada 16 Februari 2009 di Kedah...
Walaupun jasad akak tiada di sana, namun doa di hati ini tetap mengiringi hari penuh gemilangmu.. insyaAllah, muga Allah permudahkan urusan kalian dan keluarga sehingga usai majlis..
dan....
perantin perempuan...
(pic yg dlm simpanan saya)
~~kembara mencari CINTA (T_T)~~
Selasa, 8 September 2009
~UPSR~
tadi pagi, saya kelewatan datang sekolah, walaupun rumahnya hanya kira-kira 10 tapak aje dari sekolah.. odw ke sekolah, terlihat makcik jiran menyapu sampah depan rumahnya.
"Cikgu, hari ni dah mula peksakan..?" tegur makcik disebelah rumah bungalow kuning kuningku..
"Ha'ah cik, mula dah hari ni sampai khamis nanti" balasku dengan senyuman malu sebab lewat ke sekolah...
bermula hari ini, 8.09.2009 sehingga 10.09.2009 anak-anak tahun 6 di seluruh Malaysia akan menduduki UPSR.. semuga segala usaha yang kalian curahkan, akan dibalasi selayaknya..insyaAllah, walau apa pun yang bakal kalian dapat nanti, ianya adalah yang terbaik buat kalian pada waktu ini..
Semoga Berjaya anak-anak cikgu...
2. Muhammad Fiqri Rusyaidi B. Mohd M. Yusuff
3. Naimuddin B Nadzry
4. Amirah Balqis Bt Zainudin
5. Siti Najihah Bt Abdullah Najib
6. Zarifah Yusra Bt Yahya
7. Intan Nasuha Bt Ahmad Razani
8. Mohd Haziq B Mohd Nazri
9. Nurul Ai'na Bt Mohd Tajaharis
10. Sobia Noor Bt Mohd Yousaf
Send this eCard
p/s: Bebudak ni yang exam, cecikgunya pulak yang nebes dua macam.. adesss.... penin.. penin...
~~kembara mencari CINTA (T_T)~~
Isnin, 31 Ogos 2009
~Selamat Hari Kemerdekaan ke-52

Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarokatuh
Selawat dan salam ke atas junjungan mulia, nabi Muhammad S.A.W, ke atas kaum keluarganya, para sahabat, para tabi' dan tabi'in..
Alhamdulillah, syukur kehadrat ilahi kerana dengan limpah dan inayahnya, kita mampu untuk mengulangi sejarah kemerdekaan buat kali ke-52 pada tahun ini.
Dengan tema - Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan,sambutan hari kebangsaan pada tahun ini disambut secara sederhana (ayat2 dalam news paper ke pembaca berita, tak ingt la plak...)dan logo yang unik,menunjukkan kekreatifan pemikiran penciptanya...tapi, yang Mencipta pencipta itu tentunya lebih kreatif..Sudah tentu...
--->perbualan sewaktu saya n beberapa orang pelajar membaca surat khabar tidak berapa lama dahulu..
"Cikgu, dahulu tu maksudnya dah lamakan cikgu"beberapa lagi pelajar yang ada disitu mengiakan penyataan kawan mereka.
"hmm...(sambl memikirkan ayat yang patrioritik)...kalau dalam ayat awak, betul maksudnye dah lama, tapi dalam ayat ni, maksudnye diutamakan @dipentingkan..apa2 pun, kene rakyat di depan"++saya pun menambah di dalam hati, makanya terjadilah peristiwa singapura dilanda todak, yang mengorbankan rakyat jelatanya...uhuk..jangan lelebih, kang masuk court kang atikah...adess..
semoga, makna kemerdekaan ini bukan hanya setakat dilaungkan dibibir saja..harapnya, ianya tersemat dalam hati, bahawa negara ini, milik kita, yang kita warisi dari zuriat keturunan kita..merdekakanlah diri kita dari penjajahan budaya yang semakin kronik,merdekakan diri kita dari cara hidup penjajah yang telah sekian lama menyusup dalam kehidupan..ambillah yang mampu memberi manfaat kepada agama, diri, keluarga, masyarakat, bangsa dan negara, dan umat islam amnya...
dan yang paling penting,hidupkan islam, di mana pun kita berada..Agama perlu didahulukan, insyaAllah, rakyat akan terbela dan seterusnya pencapaian akan cemerlang..apa pun keadaannya, mardhotillah itulah matlamatnya..makanya, keamanan ini akan terus terbela, dengan pembelaan dari yang Maha Berkuasa...
~~kembara mencari CINTA (T_T)~~
Khamis, 13 Ogos 2009
~Janji Allah Itu Pasti~
Selawat dan Salam ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad SAW, Kaum keluarga, para sahabat, tabi' dan tabi'in..
Maksud firman Allah :
"Dan setiap umat mempunyai ajal(batas waktu). Apabila ajalnya tiba, mereka tidak dapat meminta penundaan atau kecepatan walau sesaat pun"(7:34)
13 Julai dahulu, pemergian Syeikh Fathi Yakan telah menyentak hati ini,menggamit pilu dan sayu...salah satu kehilangan yang besar dalam arena dakwah yang begitu dirasai oleh umat islam seluruh pelusuk dunia..
Dan hari ini, pemergian Ustaz Asri yang lebih dikenali sebagai solo Kumpulan Rabbani, kembali menyentak getaran itu.. Innalillahiwainnalillahiroji'un...
Siaran berita mengenai pemergian al-fadhil bermula ketika almarhum rebah dan kemudian disusuli dengan video alharhum yang telah dikapankan,gambar anak-anak dan isterinya, membuat hati ini sayu... mengalir jua setitis air mata.. (T_T)Semoga almarhum ditempatkan dikalangan para salafussoleh...ameenn...Salam takziah untuk ahli keluarga almarhum...
sedikit kenangan ------------------------------------------
Saya mula kenal beliau (wpun beliau tak kenal saya), bermula dari kumpulan Nadamurni..kecil lagi saya ketika itu..sibuk betol bibir ni mengalunkan lagu "Sunnah berjuang" walaupun tidak difahami akan maksudnya yang sebenar,tetapi mampu menyerapkan semangatnya ke dalam hati yang masih muda ketika itu...
~~kembara mencari CINTA (T_T)~~
Ahad, 21 Jun 2009
~Selamat Hari Bapa~
Semoga kita semua akan terus tetap merasai nikmat iman dan islam.. ameennn...
Buat ayah yang dicintai, dikasihi dan disayangi...
(kakak dan adik bongsu saya)
lagu ini, ditujukan khas buat bapa-bapa seluruh dunia amnya, dan buat Encik Abdul Ghani Saad..terima kasih atas segalanya... (hmm.. ummi jangan jeles eh.. gilir-gilir lah plak eh...(*_*))
Sentuhanmu
by in-team
Terpanar aku pada sentuhan keramatmu
Mengheret aku mentafsir memori silammu
Dulu ku ragu apa terbungkam dibenakmu
Kini ku tahu apa yang terbuku di hatimu
Surut dedarku pada usapan manteramu
Tunduk ungkalku pada ketegasan dirimu
Terpasak semangat pada keyakinan tekadmu
Keakuranku pada tunjuk dan titah arahanmu
C/O
Oh ayah,
Tak pernah ku tanya
Kemana tumpahnya keringatmu
Oh ayah,
Tak pernah ku hitung
Berapa banyak kerutan di dahimu
Yang ku pinta hanyalah kemahuan hatiku
Yang sedaya ayah laksanakan
Kau pendorong bukanlah pendesak
apalagi memaksa diriku
Aku terlorong bukan terdesak
apalagi rasa terdera
Tak terkuis dugaan menduga
Apalagi takdir yang menerpa
Aku mengharap bukan menolak
Apalagi cuba melupa
Lestari kasihmu tanpa batasan
Sempadan waktu yang memisahkan
Abadi hingga ke hujung usia akhiran masa
Sentuhanmu amat bermakna..
boleh dengar kat sini eh...
-------------------------------------------------------------------------
hwaa.. sedihnya cerita omputih kat TV2 Sabtu malam kelmarin.. tak tau tajuk, tapi sangat menyentuh hati.. ceritanya tak berat, tapi mempunyai mesej yang padat...
mengisahkan keluarga nigger yang mempunyai seorang anak lelaki..mereka tinggal di US (tak ingt nama kawasannya).. mereka sekeluarga mempunyai masalah kewangan yang agak teruk lantaran si suami yang tidak mempunyai pekerjaan dan si isteri yang beru 2 bulan mula bekerja.. diperjalanan cerita, si anak didapati menghidap masalah jantung yang kronik, di mana pembesaran jantungnya adalah 3x dari ganda dari biasa..betapa walangnya hati mereka.. mereka diberi dua pilihan, either biarkan perkara itu berlalu,menanti saat2 kematian anaknya disamping menjalani kehidupan sepertii biasa ataupun melakukan transplan jantung di mana risikonya sangat tinggi dan kejayaannya hanya 2%... at the end, they choosed transplant which cost them about US$250K.. huhuhu...banyak tu... si ayah yang penyayang dan gentle sanggup mengambil tindakan drastik membuat penculikan bagi memaksa pihak hospital untuk menyenaraikan nama anaknya selaku menerima organ... dan sanggup membunuh diri untuk menderma jantung kepada anaknya... adess..adesss.... time ni dah banjir dah saya... uhuk uhuk...
tapi, happy endingla citernya... (D_D)
:: Dad im Happy because i have you::
~~kembara mencari CINTA (T_T)~~
Selasa, 9 Jun 2009
Walimah Azmi ~JJ~
Semoga kita semua tetap berada dalam nikmat iman dan islam.. ameenn...
Alhamdulillah... selamat jua saya pergi dan pulang dari walimah azemi, wpun ada pengalaman yang tak pernah terfikir akan ditempuhi...
seawal jam 8 pagi ayah dah mula risau... "kul bape nak perginya dik.. pergila bersiap cepat, kang orang tunggu"... ummi pulak "cepat dik, jangan buat orang tunggu kita..tak elok.." uhuk...
sudahnya, jam 9 pagi bergerak dari rumah, ke stesen komuter bangi... UK amik dari komuter, then amik husna n yana kat umahnya yang hanya sekangkang semut aje dari komuter...then bergerak ke petronas seksyen 15, tunggu plak yang lain2 sampai... masa sampai tu dah ada haslan dengan sape ntah ikhwah yg lagik satu tu...
pusing-pusing.. ngomel seadanya... jam 11 pagi bergerak dari bangi... sekitar jam 1.30pm sampau ke rumah perantin.. tak perasan pun itu rumah perantin.. sebok tuk cakap "eh kat sini ada perantin jugak" sepanjang perjalan, rerupanya perantin yang last tu, sahabat kitorang- azemi n setanggisyurga nick nya...
Ni lah rombongan Umar ke walimah pilah...sekitar jam 2 kami bergerak ke umah umar@farid.ada ke patut si umar tu cakap dari Pilah nak ke Palong makan masa 45 menet.. temberang kuek si umar ni.. memang nak kene bekhen lelaju budak ni... uhuk... dalam 1jam lebih nak ke 2 jam jugak la, sampailah kami ke teratak Umar@Farid di Palong berkenaan..kire kami ni datang sekaligus merangkap rombongan membawa bakal menantu utk rumah berkenaan..bagus eh rancangan ni..sekali harung aje...hohoho..
Di hadapan rumah Umar jugak ni.. tapi ramai skek pengikutnya.. muahaha...ape pun. itulah adanya.. selamat sampau ke rumah sekitar jam 10.. alhamdulillah.. tapinye, sedikit pengalaman dan kejadian sepanjang perjalanan pulang, benar2 mengajar saya erti ketuhanan dan persahabatan..
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
bersempena dengan hari perantin..
nak ucap juga untuk rakan seperjuangan sewaktu di kuantan dolu, Sibah dan Awla.. maaf xdapat hadir walaupun pada dasarnya memang dah rancang elok2 untuk ke walimah antum... hanya doa yang mampu dikirimkan...
buat antum dan semua perantin
Perantin 2 : Awla dan suami(Akh Zubair kalu tak silap)banyak sudah teman akhwat UIAk mendirikan masjid..
~~kembara mencari CINTA (T_T)~~
Isnin, 25 Mei 2009
~Selamat Hari Ibu, Hari Guru, Hari Jururawat, Ulangtahun Kelahiran (*_*)
Menitipkan bicara "Selamat... Selamat... dan insyaAllah akan selamat..."
walaupun agak terlewat untuk mengucapkannya... tapi saya masih ingin melafazkannya...
~Selamat Hari Ibu~
Buat ummi, Pn Patimah Md Yunus yang telah banyak berkorban dan memendam rasa dek kerana tingkah laku anak2nya... Selamat Hari Ibu ummi... adik sayang ummi.. sayang sesangat... sampai tak tau nak cakap macamana rasa sayang tu pada ummi (malu benonya (@_@) ) ummi dan ayah akan sentiasa ada di dalam doa adik.. insyaAllah...

Inilah ummi saya ("*")
Ucapan seterusnya untuk Busu, Khairul Bariah Md Yunus, yang menyambut ulangtahun kelahirannya yang ke 30 tahun pada 16 Mei yang lalu.. “hehe… tak lope tau Su, pepagi lagik adik dah tepon bio la takde hadiah pun tuk Su.. Paksu bagi dah kan adiahnya…uhuk..” à dialog atikah bersama makciknya di pagi hari…
Inilah makcik saya…(*_*)
Semoga Busu dipermudahkan mendapat cahayamata sebagai penyeri keluarga (pasni boleh usaha dengan set HPA plak eh)…dimurahkan rezeki yang halal yang banyak…dilapangkan fikiran dan segala urusan yang busu lakukan sehari-harian… mendapat keberkatan dan keredhaan-Nya dalam kehidupan..muga sentiasa berada di bawah lembayung kasih Ilahi… ------teringat kata sahabat “ ucapan yang skeptical”… adess…------
Next, a wish for jururawat yang bekerja dengan hati yang bersih dan niat yang ikhlas... Selamat Hari Jururawat buat antum...saya tau beratnya amanah sebagai seorang jururawat.. tapi, ingatlah... setiap perkara yang kita lakukan, insyaAllah akan mendapat ganjaran yang sesuai selagi mana kita niatkan ianya lillahita'ala... setiap yang kita lakukan itu namanya ibadat.. jadi, selamat beribadat..hmm....Dan ucapan yang terakhir sekali, ditujukan khas buat semua guru di seluruh dunia (mana yang faham la eh, yang buat2 faham boleh juga)
dengan tema "Guru Pembina Negara Bangsa", muga kita mampu menjadi penyumbang kepada pembangunan dan kemajuan negara...
buat semua guru yang pernah berjasa kepada diri ini, bermula dari Tadika Kemas Felda Bukit Jalor '89-'90, Sekolah Kebangsaan Felda Bukit Jalor'91-'93, Sekolah Kebangsaan Sultan Hishamuddin Alam Shah '94-'96,Sekolah Menengah Kebangsaan Puteri Wilayah '97-'01, Kolej Matrikulasi Pulau Pinang '02-'03,Universiti Malaysia Pahang (formerly known as Kolej Universiti Kejuruteraan & Teknologi Malaysia '03/04... jasa kalian, hanya Allah yang selayaknya memberi balasan. Hanya kiriman doa dari jauh yang mampu saya lakukan...
dan tidak lope, buat insan-insan yang berjasa pada diri ini, yang menjadi guru secara tidak rasmi pada saya... ucapan ini juga ditujukan buat kalian... buat uwan, atuk, ummi, ayah, acik, andak, busu, makteh... dan semua yang tak tersebut.. jazakumullahu khayran katheera... sayang sangat kat antum... muaahhhh...(*_*)
~(>_<)~
~Siapa Saya~
- ilhamkembaramusafir
- semenyih, selangor darul ehsan, Malaysia
- Servant of Allah,Full Timer Da'ei(insyaAllah),unexpected person,happy go lucky,outgoing,outspoken




