Halaman

Memaparkan catatan dengan label sekolah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label sekolah. Papar semua catatan

Rabu, 4 Januari 2012

~Kembali ke Sekolah~

Assalamu'alaikum Warahmatullah

Alhamdulillah, kembali bernafas seawal pagi 4hb Januari di tahun 2012M bersamaan 10 Safar 1433H.. sungguh pantas, dan sangat pantas masa itu berlalu sehingga tidak terasakan kepergiannya..

Bermula hari ini juga, semua adik-adik yang masih belum cukup umur (lbh kureng la tu) telah memulakan sesi persekolahan 2012.. wahh, agak teruja.. kepada cikgu-cikgi juga, 'welcome back to school'.. yeaaaahhaaaaa!!

Terasa macam baru aje bermula cuti sekolah, baru aje jalan menjadi lengang di kala pagi hari dan macam baru aje semalam semua sekolah sunyi sepi dari kegiatan seharian anak2 kecil dan adik2 remaja, tapi pagi ini jalan sudah mula  kembali sibuk..riuh rendah dari kawasan sekolah di sesi persekolahan 2012 ini telah mula kedengaran..wahh... suke..sukee.. suka mendengar hilai tawa kanak-kanak.. suka mendengar gaduh2 manja anak-anak, suka melihat wajah ceria anak-anak datang ke sekolah dan suka juga menyaksikan muka-muka comotzz anak2 tatkala pulang dari sekolah.. rasa macam comel je gitu... (tp yg sekolah menengah tu, idakla kan.. klu balik sekolah tu comot jugak, selekeh namanya.. uhukss...)

Persekolahan 2012


ODW ke opis di pekan ni tadi, seperti biasa akan melalui beberapa biji sekolah,sebiji SRK dan 3-4 biji SMK..Yang SMK tu tak berapa nak mencuit ati aku, tapi yg SRK tu sangat membuatkan aku "alahai..cutenye korang neyh.." gituu....Macam gambo yg dapat dipinjam kat bawah ni..aku rasa, adik yang no.2 dari kanan tu(yang lelaki tetengah pompuan tu)macam tengah nanes..huhu.. siap tercabut lagik baju dia, musti kene paksi ni eh.. sian ye..
gambar di cilok di sini.
Lalu depan SRK tu sekitar jam 8.15am macam tu..kawasan sekitar lampu isyarat (trefik lait) berhadapan dengan SRK berkenaan masih dihuni dengan kereta yang beratur. Tatkala berhenti di hadapan trefik lait itu, aku sempat menoleh dan memerhati ke dalam kawasan SRK..hehe..(kene hon siap beb,leka duk memerhati punye pasal)..huisshh... 

berduyun-duyun mok pok ada dalam sekolah tu..ada yang dikepit anaknye,ada yang duk memerhati aje anaknya, dan ada juga yang duk melambai2 anaknya tanda emosi si kecil dah stabil.. ahakss..aku dedolu, memang anak yang gagah dan berani..tak heran dah nak p sekolah (almaklumlah, dah skolah tadika smp 2 tahun, mane tak genius aku nih jadinyer..:p) tapi tadi takde plak aku terperasankan adik seperti gambo di atas atau menyaksikan suasana seperti di bawah ni....
 
Gambar ini dicilok di sini.
Apa eh nak wat bile anak-anak jadik gini..takmo p sekolah.. takmo..takmo..huhu...
Mungkin kita boleh *_*:

1. Sogokkan cerita yang indah-indah tentang belajar di sekolah (tapi janganlah over sangat, kang lebih khabar dari rupa, lagi naya)
2. Menghantar ke pre-sekolah@pasti@tadika seawal yang mungkin
3. Tiupkan obor-obor semangat ke dalam hatinya 
4. Kalau boleh, perkenalkan dengan anak kawan-kawan yang mungkin satu sekolah dengannya nanti (besenye bebdk ni awal-awal je takot, dapat geng, mok pok dah sampai pun suh tunggu jap, nak abihkan main dulu.. huhu~~~)
5. Berdoa agar diberikan keberanian pada anak-anak untuk ke sekolah dan tiada yang tak best terjadi pada anak2 di awal persekolahannya.
6. Tinggalkan anak dengan pesanan yang best seperti "belajar elok2 ye kat sekolah ni, Allah suka dengan orang yang berilmu, Aiman nak jadi orang pandai kan..." (contohnyer)


*Ni only my 2 cents.. yang dikutip dari pemerhatian sepanjang bergelar guru di sekolah rendah dedolu kala~~*wallahu'alam..


p/s: kepada semua yang bakal menghadapi peperiksaan utama pada tahun ini -->UPSR, PMR, SPM, STPM.. mulakan langkah anda dari sekarang (klu tak start lagi masa cuti skolah aritu).. masih ada waktu tuk menggilap ilmu yang ada dan menajam skills menjawab soklan peksa,






~~kembara mencari CINTA (T_T)~~

Sabtu, 26 Mac 2011

~Keje... Keje...(>_~)~

Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarokatuh
Selawat dan salam atas junjungan mulia nabi Muhammad Sallahu'alaihiwassalam, kaum keluarga, para sahabat, para tabi' dan tabi'in..

Semenjak menjadi guru, baru aku tahu ape erti pengorbanan dan terkorban untuk anak bangsa.. walaupun banyak 'kata-kata yang tak best' tentang guru berkeliaran di udara, namun itu bukan salah mereka yang mereka, tapi tetap jugak salah perbuatan kami, di mana segelintir guru yang tidak menjiwai bidang ini, yang hanya menjadikan bidang ini untuk mencari duit,harta dunia semata2... iskkk.... sedih, tapi itulah hakikat dunia pendidikan sekarang...

bukan mudah menjadi seorang pendidik dan pengajar di zaman ini, perlukan jiwa yang besar, minda yang sentiasa ligat berputar dan kreatif, badan yang sentiasa aktif ke sana sini dan mulut yang tak berhenti untuk memberi pelajaran dan pengajaran...namun, pada aku, ape yang lebih penting dari itu, adalah perbuatan pendidik itu sendiri...

keje...keje.... memamng guru-guru2 datang sekolah untuk mengjar, tapi sejauh mana pengajarannya...? hanya bermodalkan ayo liuq semata sajakah...? huhu... itulah yang berlaku tika ini di institusi pendidikan malaysia... guru2 hanya keluar masuk kelas konon2 untuk menyampaikan ilmu, tapi hakikatnya sekadar melepaskan batuk di tangga..hanya nak melepaskan diri dari dipanggil oleh pengetua ataupun sekadar ' aku dah masuk kelas dah, kira ok lah tu'.. huhhh..!!!

kesimpulannya, guru2 perlu bersihkan hati, betulkan niat kenapakah anda ingin menjadi guru, kalau sblm ini kerana tiada kerja then kembalilah kepada niat yang sebenar yang perlu ada sebagai seorang pendidik...and, lastly fokus..jangan 'double-standard'kan anak-anak didik..kita juga punyai keturunan..tidak musti kita juga akan diuji punyai keturunan yang akan di'double-standard'kan hasil dari perbuatan kita yang dulu... and the best way, kembalilah bertaubat...menjadi guru yang sebenar2 guru untuk anak bangsa...

~~kembara mencari CINTA (T_T)~~

Isnin, 7 Jun 2010

~Selamat Hari Guru, Cikgu~

Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarokatuh
hm.. lama betul tak membersihkan sesawang ni.. ini pun, sekejap je boleh...
bile log in, menaip, save now.. lelama, carita pun dah basi, maka di'delete'kan dari bank draft... huhu...

walaupun agak terlewat dek kekangan waktu yg menghambat... tapi, nakjugak wish kat sini...

untuk semua pendidik di Malaysia, semua insan yang berjasa pada diri ini, tak jemu mendidik dan memberi tunjuk ajar selama hidup ini... ~Selamat Hari Guru~ kepada kalian...
( Pendidik di Tadika Bukit Jalor 1989-1990, SK Bukit Jalor 1991-1993, SK Sultan Hishamuddin Alam Shah 1994-1996,SMK Puteri Wilayah 1997-2001, Kolej Matrikulasi P.Pinang 2002/2003, Universiti Malaysia Pahang batch 2003/2004 - 2008..dan buat semua yg mendidikku secara tidak formal juga..)
terimalah...

Guru oh Guru...

BERBURU ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepala ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi
(dedikasi kepada Hari Guru dan guruku tercinta)

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

USMAN AWANG

1979




~~kembara mencari CINTA (T_T)~~

Sabtu, 21 November 2009

~hari terakhir persekolahan(T_T)~

Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarokatuh

Alhamdulillah, wasyukurillah.. bersyukur padaMu ya Allah...
berakhirnya malam tadi, bermakna, tamatlah sesi persekolahan 2009..
rasa sedih jugak, bila mengenangkan, dah tak jumpa lagik dah, anak2 tahun 6.. uhuk...(T_T)
tapi, dalam masa yang sama, alhamdulillah, tak sangka dah setahun saya di sini, menimba ilmu dan pengalaman bersama anak-anak di sini..nape..?tak percaya ke..? huhuhu... tengah nak percayakan dirilah ni...

malam anugerah cemerlang, kira malam terakhir di samping mereka..macam2 anugerah n hadiah disediakan.. maklumlah, malam anugerah cemerlang ini juga merupakan hari penyampaian hadiah, bezanya dibuat di waktu malam.. kalau nak cerita kategori2 yang ada, banyak sgt kot.. tapi ader kategori yang best, khas untuk guru-guru, iaitu:

1. Guru Popular yang masih tetap diungguli oleh kakmar,yang juga dianggap sebagai sayap kanan kak Tikah oleh kak Tiakh iaitu Cikgu Mardiah Hayati dan penambahan baru, ustaz Norismail Sidek.

2. Guru Berpotensi yang telah dinobatkan kepada guru cemerlang, Cikgu Mardiah Hayati yang telah banyak berkorban dan menabur bakti tanpa berkira pada pihak sekolah.. saya memang sokong kak mar..chayo' kakmar.. biokan yg kununnya banyak wat keje berfikir...hepp.. atikah..atikah...takmo..hati musti mau bersih.. uhuk...

3. Guru Harapan yang telah dilabelkan kepada Cikgu Nurfatin Osman Dan Ustazah Siti Mariam..Alhamdulillah...

tahniah buat antum..semuga usaha dan bakti antum yang ikhlas kerana Allah, naik ke atas tanpa hijab.. kakmar, nanti boleh la belanja saya jenjalan eh.. muahahaha...

saya takde gambo cikgu-cikgi ni naik pentas, tapi gambo lain tu adalah seskek.. kredit to kakmar yang sanggup menunggu saya me'transfer' gegambo ini dari kamera ke pendrive.. hehe... enjoy!!


Kakmar, 'Adawiyah,Rafiah, kak A'tikah

Gambo sepanjang majlis berlangsung..

gambo sebelum dan semasa majlis berlangsung..

Gambo sebelum majlis berlangsung

Gambo sebelum majlis dan semasa latihan..
erkk, yang si kenit tu, merangkap ketua jurulatih tau...


Banyak laagi gambonya, tp nntilah masukkan.. tak mekapkan lagik.. nak masukkan sesatu, banyak la pulak.. huhu.. tungguuuuu~~~

p/s: mak ijah, i dah masukkan gambo, kalu banyak gambo i tu, jangan jeles eh..
adatlah, namanya blog i.. adess...

jumpa lagi episod seterusnya..

Selamat Bercuti pada semua Anak-anak dan cikgu-cikgi..
Manfaatkanlah masa yang ada bersama keluarga... Sayangi keluarga, Di situlah bahgia...
luv eu all, always n forever..(K*)



~~kembara mencari CINTA (T_T)~~

Rabu, 11 November 2009

~Burrppppp!!!~

Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarokatuh

"Teacher, bila jamuan kelas kami teacher?" tanya zarifah, Intan,Amiran dan Ai'na..
"takmo buatla..kita makan angin aje eh.." jawab ku secara malas.. huhu..

akhirnya, terjadi juga jamuan kelas yg diharapkan.. nak makan KFC, kata mereka.makanya kami(saya+kak zura) pun belikan mereka KFC..side dishes-ader frech fries,nasi goreng cina,cheesy wedges,ayo berkarbonat,kek secret recipe+ King,deserts,buah-buahan.. ni antara gamba yg sempat dirakamkan, dan diabadikan di dalam blog teacher mereka..kuhikss...

semua pun tengah kusyuk menikmati hidangan..

Acara memotong kek pulak selepas selesai aktiviti memakan makanan yang ada(*_*)


i'll miss all of u..dah nak abih dah sekolah..tinggal seminggu je lagi..sayu pulak terasa..
u all pun dh nak tuko alam..hm, alam persekolahan.. teacher doakan agar kalian beroleh kejayaan di dunia dan yang paling penting di akhirat sana.. ameenn..




~~kembara mencari CINTA (T_T)~~

Sabtu, 7 November 2009

Hari Terbuka+Pendaftaran 2010

Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarokatuh

Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran kami rafa'kan kepadaMu ya Allah kerana memudahkan urusan kami sepanjang majlis ini berlangsung..

jam 9 am..dah sampai sekolah..duk godek2 graf subjek tuk Ustazah Mariam,anakanda Saddam dan Nurul Atikah sementara menanti kehadiran ibu bapa..tetiba, teramai pulak ibu bapa, terpaksa meminta jasa baik kak mar untuk mengambil alih dulu pembayaran dan pendaftaran pelajar 2010..

sebenarnya, hari ni ada pengambilan buku rekod pelajar dan sekaligus pendaftaran pelajar lama dan baru untuk tahun 2010.. jadi, walaupun guru2 ramai di sekolah, tapi semuanya duduk di dalam kelas masing2 utk entertain parents yg hadir..yg saya ni pulak, sbbkan year 6 takde pengambilan buku rekod,makanya saya ditarik ke bahagian pendaftaran sementelah telah ditrained oleh kmar sekian lama..

Alhamdulillah, sambutan sangat baik... dan parents sgt opened..kirenyer, walaupun adakalanya diri ini macam terkial2 nak mengira jumlah keseluruhan@jumlah duit2 yg ada, tapi dorang leh wat lwk lagik...adess...

petang, rancangnya nak makan pizza untuk dinner, tapi tgklah 'mood' semasa kami nnt... insyaAllah, kalu mmg jeki, akan sampai la pizza cheesy crunch tu kat pintu pago umah...nyuuummmm.......!!!!!!!
Adess...pale dah penin pusing2,tahan ngantuk...

nnt sy upload gambonye eh...

p/s: kerana majlis ini, saya tak smpt ke Masjid Saidina Hamzah buat kali kedua untuk usrah..

p/s 2: kak mar, nnt nak gegambo yg hari ni n semalam eh....



~~kembara mencari CINTA (T_T)~~

Rabu, 21 Oktober 2009

~Ujian~

Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarokatuh
Selawat dan salam atas junjungan mulia nabi Muhammad Sallahu'alaihiwassalam, kaum keluarga, para sahabat, para tabi' dan tabi'in..

Hari ni, kembali bekerja..Huargghhh..lepas ngaji td pagi, boleh pulak sambung lelap dengan tafsir2nye sekali..adess..teruk betul perangai..iskk..iskk..terencat betul rasa di hati nak menaikkan semula semangat ke sekolah setelah 4 hari bercuti,berjalan2 dan berangan..uhuk.."hepp...takmo memalas...syoohh...syohh..."kataku menghalau semangat jahat di dalam diri..
minggu ni, kira minggu kedua peperiksaan di sekolah.Minggu lepas, periksa paper agama,minggu ni paper akademik, sebabnyer paper dari JPWP lambat skek tiba, jadi proceed dulu ngan agama. Subjek KH dah lepas, dah siap me'rite' pun,math untuk 1 Qayyum pun dah nak habis tanda, tengah tunggu untuk paper science plak esok..paper last.. aduyaii...ni paling tak syok ni, paper last skalik, maksudnya saya la yang paling lambat akan dapat menanda kertas jawapan..huaarrgg...(serlahkan kecekapan anda -ayat nak sedapkan ati..)

26hb 10 ni, pelajar Y5 akan amik exam UPKK (Ujian Penilaian Kelas Kafa). dedolu, masa tahun 1995, saya juga mengambil exam ni,idakla susah mana pun, kehidupan seharian aje..
7hb 11 nnt,hari terbuka+pendaftaran pelajar baru dan lama untuk tahun 2010.disebabkan saya+kak zura guru kelas 6 Al-Khawarizmi, makanya saya tidak terlibat secara langsunguntuk Hari Terbuka. dan tadi, kak Tikah dah pesan awal2---> "Ada, nnt hari pendaftaran akak nak mintak tolong awak dan kak zura ye.sebabnya akak terlibat dengan kelas" pintanya..
"okies kak..nanti saya tengokkan eh sampai penin mata ni"jawabku lantas membuahkan tawa pada kak tikah n saya juga..mujur tak kena hempuk dengan kak tikah..uhuk..

21hb 11 nnt,Hari Anugerah 2009..hm..saya dapat bahagian protokol dan jemputan.Uhuk!Tugas yang boleh tahan beratnya memandangkan semuanya di saat akhir begini.. tapi takpe, saya akan memberikan kerjasama 200% pd partner saya,Rafiah dan unit2 lain amnya.."apa yang penting,Kerjasama"nyanyiku berulang kali sambil membaca n memikirkan perincian tugas..

dan, tetiba saya rasa macam kene panah petir...kebaboommm.....!!!!
"Tikah, disebabkan awak dalam sidang redaksi,boleh tak ummi nak tangkap gambar kelas n guru Jumaat ni, then letak dalam majalah.Jadi atikah buat majalahnya........."kata ummi
"erk,buat majalah eh..hmm... insyaAllah, tapi tak tebal macam skolah biasala mi,only a few pages like Monthly Buletin" jawabku..
-->nape terasa macam kene petir??? sebabnya, saya memang dah berkira2 dari awal untuk tidak mengaktifkan sidang redaksi ni.MEMANG dan takmo jalankan..tup tup... amik ko..hm, takpe demi Cahaya Ummi, insyaAllah. itulah 'Atikah, takmo prektikkan sepenuhnya lapang sebelum sempit..huuwaaaa......

dan penambahan dari perancangan yang sedia ada untuk anak2 tahun hadapan.. masyaAllah, macamana 'Atikah nak buat keputusan yang lebih penting dari semua tugasan ini... "ya Allah, berilah hamba petunjukMu,ilhamkan daku,kuatkan daku dengan bertahajjud kepadaMU... ameennn"





~~kembara mencari CINTA (T_T)~~

Selasa, 8 September 2009

~UPSR~

Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarokatuh...

tadi pagi, saya kelewatan datang sekolah, walaupun rumahnya hanya kira-kira 10 tapak aje dari sekolah.. odw ke sekolah, terlihat makcik jiran menyapu sampah depan rumahnya.

"Cikgu, hari ni dah mula peksakan..?" tegur makcik disebelah rumah bungalow kuning kuningku..
"Ha'ah cik, mula dah hari ni sampai khamis nanti" balasku dengan senyuman malu sebab lewat ke sekolah...

bermula hari ini, 8.09.2009 sehingga 10.09.2009 anak-anak tahun 6 di seluruh Malaysia akan menduduki UPSR.. semuga segala usaha yang kalian curahkan, akan dibalasi selayaknya..insyaAllah, walau apa pun yang bakal kalian dapat nanti, ianya adalah yang terbaik buat kalian pada waktu ini..
Semoga Berjaya anak-anak cikgu...

1. Mohd Faiz Hilmi B. Azimuddin
2. Muhammad Fiqri Rusyaidi B. Mohd M. Yusuff
3. Naimuddin B Nadzry
4. Amirah Balqis Bt Zainudin
5. Siti Najihah Bt Abdullah Najib
6. Zarifah Yusra Bt Yahya
7. Intan Nasuha Bt Ahmad Razani
8. Mohd Haziq B Mohd Nazri
9. Nurul Ai'na Bt Mohd Tajaharis
10. Sobia Noor Bt Mohd Yousaf


Send this eCard

p/s: Bebudak ni yang exam, cecikgunya pulak yang nebes dua macam.. adesss.... penin.. penin...

~~kembara mencari CINTA (T_T)~~

Jumaat, 29 Mei 2009

SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT SEKOLAH 2009

Assalamu'alaikum warahmatullah... (@_@)

Alhamdulillah, usai sudah Sambutan Hari Guru di Cahaya Ummi ni...
walaupun agak keletihan dan kelesuan, tapi semuanya berjalan dengan lancar.. alhamdulillah...

bermula dari jam 8.30am dengan perhimpunan mingguan sekolah, kemudian disusuli dengan kata-aluan untuk para VIP merangkap AJK PIBG yang hadir. seterusnya pengumuman keputusan undian pelajar untuk guru-guru,persembahan dikir barat dari para pelajar, ucapan dari wakil pelajar-Nurul Ai'na Tajaharis dan Ucapan dari YDP PIBG- En Tajaharis B Ismail. ~~MAKAN PAGI~~
Majlis diteruskan dengan acara perlawanan bola jaring guru dan pelajar, perlawanan ping pong,dan beberapa acara sukaneka yang menggabungkan pelajar dan guru-guru sebagai pesertanya...
~~MAKAN TENGAHARI~~
Sambungan acara sukaneka, dan sekitar jam 3.30pm majlis diteruskan dengan acara penyampaian hadiah serta majlis penutup.Dan Alhamdulillah dalam jam 4.30 pm majlis pun berakhir.Seterusnya, waktu untuk mengemas... uhuk.. uhuk..uhuk..

okies, sepanjang hari ini, saya bebetul tak sihat. malam sebelumnya, dan mula rasa sesak nafas.. sudah beberapa hari saya tak sihat, demam yang macam tak demam, semput yang memalu nak datang..memula ingatkan memang dah tak larat nak main bola jaring, takut nafas tak cukup.. tapi, at last saya main jugak, walaupun nafas macam nak putus.. adess.. alhamdulillah, pada set pertama team saya menang,tapi tewas pada finalnya..uhuk...

pengumuman undian pelajar untuk guru:
Guru Paling Popular -Teacher Mardiah Hayati Bt Ab Rahman
Guru Paling Comel - Teacher Nor Afizah Bt Kamaruddin
Guru Paling Sporting - Ustaz Norismail B Sidek
Guru Paling Garang - Ustazah Siti Mariam Bt Mohd Shah

--> hehehe... congrats eh tuk antum... kuangkuangkuang...<--

koleksi hadiah--hmm.. Alhamdulillah, boleh tahan jugak.. terima kasih buat anak-anak ibu (Mohd Faiz Hilmi, Mohd Fiqri Rusyaidi, Khairul Anuar,Mohd Adam Imran, Mohd Az-Zuhaili, Mohd Aqil Isyraf dan Nurul Atikah) dan pelajar cikgu sekalian..

insyaAllah, saya akan uploadkan gambar2 sekelian yang ada nanti.. insyaAllah...

~~kembara mencari CINTA (T_T)~~

Khamis, 28 Mei 2009

~PERSIAPAN HARI GURU~

Assalamu'alaikum warahmatullah... (@_@)

Alhamdulillah.. dapat juga menitipkan bicara pada hari yg di mana nikmat kesihatan saya ditarik sedikit... muga Allah mengampunkan dosa-dosa saya melalui kesakitan ini... ameen..

Esok sahaja untuk Majlis Sambutan Hari Guru.. banyak sangat perkara yang perlu dilakukan...
Saya diletakkan di bahagian peralatan dan pentas, satu kumpulan dengan Cikgu Aniza, Ustaz Ismail, dan Ustazah Rafiah.. semua perkara dan agenda yang masih berbaki perlu diselesaikan hari ini juga.. dengan kesihatan yang semakin teruk,sudah beberapa hari suhu tidak stabil dek kerana penangan selsema dan tensi yang agak memberat... gagahkan juga diri membuat tugasan.. minta maaf 'team' ku.. tak mampu nak melakukan semuanya...

sambil membuat persiapan untuk sambutan hari guru, 'progress' untuk temasya sukan tetap berjalan.. amanah untuk hari sukan, selain dari guru untuk rumah sukan Hang Tuan, diminta menjadi setiausaha... adess... laporan program-program yang lepas pun masih berbaki lagi.. huargghhh...tapi, tidak mengapa, mungkin banyak lagi perkara yang boleh dipelajari... sewaktu penin-penin menyediakan persiapan untuk hari guru, pengarah prgram Hari Sukan, Ustazah Zura meminta untuk mngeluarkan surat pemberitahuan kepada ibubapa mengenai latihan sukan yang akan berlangsung seawal sesi persekolah bermula nantinya... tengah duk menyibukkan diri, kak zura dah siap taip surat yang berkenaan.. cuma nak disemak dan ditandatangai oleh saya.. namun, sewaktu menyemak, ada yang tidak berkenaan, makanya saya membiarkan dahulu surat itu tersadai di atas, sementara saya menyiapkan tugasan untuk penyediaan pentas di bawah khemah... terlalu ralit bekerja, ditambah dengan semput yang malu-malu nak menyapa, saya terlupa juga akhirnya.. cara lain, hantar pesanan ringkas melalui SMS kepada ibu bapa untuk memaklumkannya.. uhuk... atikah.. atikah.... :geleng kepala:

petangnya, beberapa orang guru pulang lewat untuk menyudahkan saki-baki tugas yang masih tertinggal...dan kebetulannya, semua yang tinggal masih bujang.. tengah leka membuat kerja, saya ditegur oleh Pak Sahak merangkap 'pak gad sekolah...

Pak Sahak :" tak balik lagi cikgu"
Saya :" jap lagi kot Pak Sahak, nak sudahkan mana yang boleh"
Pak Sahak :" itulah, nikah lambat lagi, kan dah lambat baliknya"
Saya :" errkk...."terdiam sambil memikirkan akan perkaitan ayat berkenaan..
Pak Sahak :" Yela, cikgu tengok, yang dah bernikah semuanya dah balik.." kata pak sahak sambil tergelak melihatkan reaksi saya yang tetiba blurr"

hmm.. bila difikirkan gurauan Pak Sahak... memang logik juga pernyataan Pak Sahak.. tapi pada saya, setiap orang ada sumbangannya... disebabkan kami yang bujang inilah, banyak tenaga yang boleh disumbangkan tanpa banyak masalah yng timbul.. yang dah berumahtangga pun ada sumbangannya... setiap irang yang ada, adalah penting untuk memberikan sumbang bakti mereka pada sekolah...

malamnya, sambung semula kerja untuk bahagian yang masih perlu diperkemas.. dan final touch up untuk team peralatan... kelas tuisyen malam tu mmg 'burnt' gitu aje..waktu-waktu begini, 'teamwork', kerjasama dalam kumpulan sangat penting... dan sikap ambil peduli dari orang lain juga sangat2 diharapkan... dan alhamdulillah, pada jam 10.45 malam, semuanya selesai dan semua guru juga telah beransur pulang...

kita tunggu esok hari ye...~Selamat Hari Guru~

~~kembara mencari CINTA (T_T)~~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

~Siapa Saya~

Foto saya
semenyih, selangor darul ehsan, Malaysia
Servant of Allah,Full Timer Da'ei(insyaAllah),unexpected person,happy go lucky,outgoing,outspoken

~Meh masuk ehh...~