Halaman

Ahad, 31 Mei 2009

Kem Teras Addin 2~part 1

Assalamu'alaikum warahmatullah...

Kem Teras Addin(KTA) Sesi Kedua, alhamdulillah dan insyaAllah berjaya dan akan berjaya dilaksanakan..
bertempat di kem Sri Raudhah,Gombak, KTA dianjurkan selama 3 hari 2 malam yang disertai oleh adik-adik berumur dari 11-16 tahun dari Rumah Titian Kasih, Titiwangsa dan Rumah Kebajikan Qana'ah...
Merupakan program kedua saya bersama adik2..

adik-adik sedang bermain games fokus

bila saya mula mengaktifkan semula diri dalam aktiviti begini, ramai yang bertanya

penanya :Nape nak join benda-benda macam ni...? bukan ke masa tu boleh guna untuk famili...?
saya :(sambil tersenyum) hmm... sebab saya suka dengan perkara macam ni. dapat ilmu baru, sambil memberi apa yang saya ada...

--> hakikatnya, ini adalah salah satu amanah, yang mana kita dipertanggungjawabkan untuk membentuk adik-adik.. kalau bukan kita, siapa lagi yang akan membantu mereka.. paling tidak untuk menjelaskan kenapa kita perlu buat perkara yang baik... secara tak langsung... ianya juga membentuk diri saya... semahunya saya mempraktikkan apa yang diperkata, sebab saya tattoottt....
" wahai orang yang beriman!Mengapa kamu mengatakan apa yang tidak kamu kerjakan."
"(itu) sangatlah dibenci di sisi Allah jika kamu mengatakan apa-apa yang tidak kamu kerjakan" (61:2-3)

Selanjutnya, aktiviti 'Nite Walking-HudHud Session' di kawasan bukit di hadapan kem Raudhah...kami fasi2 yang ada, idakla kena naik bukit guna tali jugak.. kami juz tunggu kat tempat kumpul aje, sambut adik2... agak lama juga duk bertapa kat atas tu...best... turun naik bukit tetengah malam, dan akhirnya berkesudahan di anak sungai.. masyaAllah, sejuknya air dia... teruja betol jadinya...
Last station : tazkirah session di dalam anak sungai...

di akhir program, Bro Bob memberi sedikit pengisian. dan saya simpulkan ianya menyentuh sedikit mengenai rasa kebergantungan kepada Allah... Indahnya perkataan dan perbuatan "tawakkaltu 'alAllah" bila kita bebetol praktiskannya... kita tak pernah keseorangan, Allah sentiasa bersama kita..

~~kembara mencari CINTA (T_T)~~

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

~May I Help u, or Can U help Me?~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

~Siapa Saya~

Foto saya
semenyih, selangor darul ehsan, Malaysia
Servant of Allah,Full Timer Da'ei(insyaAllah),unexpected person,happy go lucky,outgoing,outspoken

~Meh masuk ehh...~