Halaman

Rabu, 27 Mei 2009

GELAGAT MEREKA

Assalamu'alaikum warahmatullah...

lain padang, lain belalang
lain orang, lain belang... (erkk....)

orang kata, lagi lama kita hidup, lagi banyak ragam yang kita akan jumpa...
orang-orang tua selalu cakap " makcik ni dah lama hidup, lagi banyak makan garam"
dan saya musti akan berfikir- kenapa mesti garam yang menjadi alas bahasa kiasannya.. hmmm.... :berfikir:

kehidupan lepas habis blaja, sangat lain... benarlah seperti yang diperkata-"zaman belajar, adalah zaman yang paling seronok"... kenapa ye orang cakap macam tu... moh kita diagnos...

waktu kita kecil 1-7 tahun.. semua keperluan disediakan...bantuan dan ihsan dari ibubapa adalah sangat diperlukan oleh kami ketika itu... nak makan,nak mandi, nak pakai baju hatta nak ketandas sekali pun, tetap dirisaukan...semuanya di bawah pengawasan... (sehingga umurnya 7 tahun, ia perlu dibelai dengan kasih sayang)

bila besar sedikit, 7-14 tahun... waktu ni semua benda kalau boleh nak buat sendiri...di kala ini, pertolongan dari ibu bapa adalah pada tahap perlu...nak buat apa-apa seboleh-bolehnya perlukan perhatian dari ibu bapa...umur begini, dah mula menginjakkan kaki ke sekolah.. lebih banyak perkara baru yang ditemui dan diperlajari setiap hari.. waktu ini juga, mula membiasakan diri dengan khalayak yang ramai, belajar berkomunikasi.. perkataan masalah tiada di dalam kamus harian mereka..masalah pada mereka, pabila ibu bapa tidak memenuhi kehendak mereka yg selalunya perlu ditolak mentak-mentah.. adess...
dipendek cerita, semuanya dia nak tahu, semuanya dia nak ambil berat...semua perkara yang berlaku, musti ada perkaitan dengan dia (pada fikiran mereka).. tika ini, pada saya fikiran anak-anak tak perlu ditahan..waktu inilah perkembangan minda mereka pesat membangun(teori sendiri ni.. (*_*) mereka perlu diberi bimbingan sewajarnya..walaupun tak boleh disekat pemikiran mereka, namun boleh dibentuk cara pemikiran itu..

---teringat seorang anak murid saya di sekolah.. murid tahun 1, Aida Khairina Zambrishah namanya.. murid ini sangat suka bertanya dan juga sangat peka terhadp persekitaran.. yang selalu menjadi dan membuka kaunter pertanyaan, sayalah orang... uhuk...dia takkan puas bertanya.. tapi, saya suka melayannya.. walaupun kadangkala rasa nak gigit aje dia.. (ciri kanak-kanak pintar)---

seterusnya, melangkah pula ke alam remaja, 14-21 tahun... (kalau ikutkan, 12 tahun dah masuk alam remaja, tapi saya ikut turutan yang ditetapkanla eh..) waktu ni, network dia dah semakin meluas...kawan-kawan dimerata tempat.. sifat dan perangai semakin jelas terbentuk dan terzahir secara tidak langsung...waktu ini juga mereka mula menghargai apa yang terdapat disekeliling mereka.. mula tumbuh perasaan-perasaan halus di dalam hati...semuanya best..tak perlu memikirkan soal kewangan dengan terlampau, tidak perlu memeningkan diri dengan masalah negara..hanya perlu fokuskan diri pada belajar dan bermain..seronoknya... (>_<) saya juga merindui saat di sekolah menengah--> Sekolah Menengah Kebangsaan Puteri Wilayah, Kg. Baru Kuala Lumpur<-- tamat sekolah rendah, ke alam matrikulasi, pra-universiti... wahh.. waktu ini, identiti mula dibentuk.. hala tuju mula menampak diri... tahap ini, kene setkan 'goal'..jumpa pula kawan=kawan yang dirasakan 'sekepala'... jadinya, makin besarlah akal jadinya..muahaha (gelak nakal).... di kala ini, apa yang saya rasakan, ibubapa perlu mengawal anak-anak seperti menarik rambut di dalam tepung... perlu bermain tarik tali... tika ini, anak-anak mula mencari arah tujuan..jadi, ibu bapa perlu menjadi teman, sahabat dan sekaligus sebagau tempat rujukan mereka...

tahun seterusnya... alam pembelajaran di universiti.. waktu ini, rasa diri dah dewasa sangat dah... kuangkuangkuang... masalah duit, tetap jugak masih tidak melintas di fikiran sepenuhnya... maklumlah, ada loan, PAMA lagi, part time work lagik... mmg indah betul.. tak ingt langsung nak berjimat... rasa nak beli itu,beli aje.. nak beli ini.. amik aje... adess... teruk betul perangai...:malu:.. waktu inilah, dia belajar bagaimana untuk hidup di dunia nyata... network semakin meluas.. hala tuju telah tertancap... identiti telah terbentuk... pemikiran semakin matang.. maka, seusai pengajian, terimalah hasilnya...walau apa pun, walau bagaimanapun, ingatlah..."never too late"... (saya sukakan kata-kata ini...)


p/s: dia di atas merujuk kepada saya...
p/s 2: mereka-merujuk kepada kawan-kawan yang se'batch' saya...
~~kembara mencari CINTA (T_T)~~

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

~May I Help u, or Can U help Me?~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

~Siapa Saya~

Foto saya
semenyih, selangor darul ehsan, Malaysia
Servant of Allah,Full Timer Da'ei(insyaAllah),unexpected person,happy go lucky,outgoing,outspoken

~Meh masuk ehh...~