Alhamdulillah, dah masuk hari kedua kem..
usai solat subuh dan zikrullah berjemaah di dewan sekitar jam 7am,adik-adik dibenarkan tuk beristirehat sehingga waktu sarapan pagi sekitar jam 8 nnt...bagi menghilangkan lelah lewat malam tadi.
lepas bersantap, kami bersiap sedia tuk kembara ke hutan lipur yang tak berapa nak jadi di sebelah kem ni... uhuk...Alhamdulillah, kali ni panjat bukit idokla rasa nak pancit sangat macam semalam.almaklumla, bape lame ntah sy ni dah tak bersenam, tetiba kene menongkah arus plak.. Sesi taklimat sebelum masuk hutan
Berjalan, melihat dan mentafsir keindahan, keajaiban, kehebatan ciptaan Allah... Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar...sempat juga bermain teka-teki sains dengan adik2. sesungguhnya, sains dalam alam tidak dapat dipisahkan.. meneliti arus perjalanan sesemutz.. dapat tengok semut yang bebesar sepuas-puasnya.. then, pencarian destinasi diteruskan. sepanjang 5 tahun berulang alik KL-Kuantan, tak pernah pun terfikir akan masuk ke dalam sungai yang selalu dinikmati pemandangannya dari highway Karak tu.. sungguh, walaupun teringin sesangat nak rasa airnya, tapi tak pernah pun terlintas akan dapat sentuh.. Allahamdulillah, hari ni, saya dapat menikmati kesejukan air dari alam semulajadi.. sejukkkk bangatt seyhhh...
Jauhnya perjalanan tidak memungkinkan kami untuk berkesempatan solat zohor di kem. makanya majlis syura memutuskan untuk solat zuhur dipertengah perjalanan. akhirnya, kami solat di tepi sungai.. lahaulawala quwwatailla billah.. Maha suci Allah, nikmatnya solat itu..tersentuhnya hati ini.. mujur kekangan masa tidak mengizinkan kami bertafakur lebih lama... kalau tak, musti ayo sungai bertambah dek kerana titisan ayo mata..hmm....
Destinasi yang dituju, adalah air terjun(x tau nama)..x nampak pun signboard kat mana2.. orang pun takde kat situ..hanya kami dan kami.. sampai ayo terjun, maka berlakulah sessi berendam dan berendam.. muahahaha..
Selamat tinggal ayo terjon...
~~kembara mencari CINTA (T_T)~~
Dan akhirnya, Alhamdulillah kami sampai semula ke kem sekitar jam 4pm.. tengok adik2,rehatkan diri dan bersihkan diri.
Malamnya, sesi diteruskan dengan acara muhasabah diri... menekankan rasa bertuhan ke dalam diri adik2.. usai... ngantuk mata dah pun ni... makanya, jumpa lagi nanti.. wassalam..
Malamnya, sesi diteruskan dengan acara muhasabah diri... menekankan rasa bertuhan ke dalam diri adik2.. usai... ngantuk mata dah pun ni... makanya, jumpa lagi nanti.. wassalam..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
~May I Help u, or Can U help Me?~