Halaman

Jumaat, 29 Mei 2009

SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT SEKOLAH 2009

Assalamu'alaikum warahmatullah... (@_@)

Alhamdulillah, usai sudah Sambutan Hari Guru di Cahaya Ummi ni...
walaupun agak keletihan dan kelesuan, tapi semuanya berjalan dengan lancar.. alhamdulillah...

bermula dari jam 8.30am dengan perhimpunan mingguan sekolah, kemudian disusuli dengan kata-aluan untuk para VIP merangkap AJK PIBG yang hadir. seterusnya pengumuman keputusan undian pelajar untuk guru-guru,persembahan dikir barat dari para pelajar, ucapan dari wakil pelajar-Nurul Ai'na Tajaharis dan Ucapan dari YDP PIBG- En Tajaharis B Ismail. ~~MAKAN PAGI~~
Majlis diteruskan dengan acara perlawanan bola jaring guru dan pelajar, perlawanan ping pong,dan beberapa acara sukaneka yang menggabungkan pelajar dan guru-guru sebagai pesertanya...
~~MAKAN TENGAHARI~~
Sambungan acara sukaneka, dan sekitar jam 3.30pm majlis diteruskan dengan acara penyampaian hadiah serta majlis penutup.Dan Alhamdulillah dalam jam 4.30 pm majlis pun berakhir.Seterusnya, waktu untuk mengemas... uhuk.. uhuk..uhuk..

okies, sepanjang hari ini, saya bebetul tak sihat. malam sebelumnya, dan mula rasa sesak nafas.. sudah beberapa hari saya tak sihat, demam yang macam tak demam, semput yang memalu nak datang..memula ingatkan memang dah tak larat nak main bola jaring, takut nafas tak cukup.. tapi, at last saya main jugak, walaupun nafas macam nak putus.. adess.. alhamdulillah, pada set pertama team saya menang,tapi tewas pada finalnya..uhuk...

pengumuman undian pelajar untuk guru:
Guru Paling Popular -Teacher Mardiah Hayati Bt Ab Rahman
Guru Paling Comel - Teacher Nor Afizah Bt Kamaruddin
Guru Paling Sporting - Ustaz Norismail B Sidek
Guru Paling Garang - Ustazah Siti Mariam Bt Mohd Shah

--> hehehe... congrats eh tuk antum... kuangkuangkuang...<--

koleksi hadiah--hmm.. Alhamdulillah, boleh tahan jugak.. terima kasih buat anak-anak ibu (Mohd Faiz Hilmi, Mohd Fiqri Rusyaidi, Khairul Anuar,Mohd Adam Imran, Mohd Az-Zuhaili, Mohd Aqil Isyraf dan Nurul Atikah) dan pelajar cikgu sekalian..

insyaAllah, saya akan uploadkan gambar2 sekelian yang ada nanti.. insyaAllah...

~~kembara mencari CINTA (T_T)~~

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

~May I Help u, or Can U help Me?~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

~Siapa Saya~

Foto saya
semenyih, selangor darul ehsan, Malaysia
Servant of Allah,Full Timer Da'ei(insyaAllah),unexpected person,happy go lucky,outgoing,outspoken

~Meh masuk ehh...~