Assalamu'alaikum warahmatullah... (@_@)
Alhamdulillah.. dapat juga menitipkan bicara pada hari yg di mana nikmat kesihatan saya ditarik sedikit... muga Allah mengampunkan dosa-dosa saya melalui kesakitan ini... ameen..
Esok sahaja untuk Majlis Sambutan Hari Guru.. banyak sangat perkara yang perlu dilakukan...
Saya diletakkan di bahagian peralatan dan pentas, satu kumpulan dengan Cikgu Aniza, Ustaz Ismail, dan Ustazah Rafiah.. semua perkara dan agenda yang masih berbaki perlu diselesaikan hari ini juga.. dengan kesihatan yang semakin teruk,sudah beberapa hari suhu tidak stabil dek kerana penangan selsema dan tensi yang agak memberat... gagahkan juga diri membuat tugasan.. minta maaf 'team' ku.. tak mampu nak melakukan semuanya...
sambil membuat persiapan untuk sambutan hari guru, 'progress' untuk temasya sukan tetap berjalan.. amanah untuk hari sukan, selain dari guru untuk rumah sukan Hang Tuan, diminta menjadi setiausaha... adess... laporan program-program yang lepas pun masih berbaki lagi.. huargghhh...tapi, tidak mengapa, mungkin banyak lagi perkara yang boleh dipelajari... sewaktu penin-penin menyediakan persiapan untuk hari guru, pengarah prgram Hari Sukan, Ustazah Zura meminta untuk mngeluarkan surat pemberitahuan kepada ibubapa mengenai latihan sukan yang akan berlangsung seawal sesi persekolah bermula nantinya... tengah duk menyibukkan diri, kak zura dah siap taip surat yang berkenaan.. cuma nak disemak dan ditandatangai oleh saya.. namun, sewaktu menyemak, ada yang tidak berkenaan, makanya saya membiarkan dahulu surat itu tersadai di atas, sementara saya menyiapkan tugasan untuk penyediaan pentas di bawah khemah... terlalu ralit bekerja, ditambah dengan semput yang malu-malu nak menyapa, saya terlupa juga akhirnya.. cara lain, hantar pesanan ringkas melalui SMS kepada ibu bapa untuk memaklumkannya.. uhuk... atikah.. atikah.... :geleng kepala:
petangnya, beberapa orang guru pulang lewat untuk menyudahkan saki-baki tugas yang masih tertinggal...dan kebetulannya, semua yang tinggal masih bujang.. tengah leka membuat kerja, saya ditegur oleh Pak Sahak merangkap 'pak gad sekolah...
Pak Sahak :" tak balik lagi cikgu"
Saya :" jap lagi kot Pak Sahak, nak sudahkan mana yang boleh"
Pak Sahak :" itulah, nikah lambat lagi, kan dah lambat baliknya"
Saya :" errkk...."terdiam sambil memikirkan akan perkaitan ayat berkenaan..
Pak Sahak :" Yela, cikgu tengok, yang dah bernikah semuanya dah balik.." kata pak sahak sambil tergelak melihatkan reaksi saya yang tetiba blurr"
hmm.. bila difikirkan gurauan Pak Sahak... memang logik juga pernyataan Pak Sahak.. tapi pada saya, setiap orang ada sumbangannya... disebabkan kami yang bujang inilah, banyak tenaga yang boleh disumbangkan tanpa banyak masalah yng timbul.. yang dah berumahtangga pun ada sumbangannya... setiap irang yang ada, adalah penting untuk memberikan sumbang bakti mereka pada sekolah...
malamnya, sambung semula kerja untuk bahagian yang masih perlu diperkemas.. dan final touch up untuk team peralatan... kelas tuisyen malam tu mmg 'burnt' gitu aje..waktu-waktu begini, 'teamwork', kerjasama dalam kumpulan sangat penting... dan sikap ambil peduli dari orang lain juga sangat2 diharapkan... dan alhamdulillah, pada jam 10.45 malam, semuanya selesai dan semua guru juga telah beransur pulang...
kita tunggu esok hari ye...~Selamat Hari Guru~
~~kembara mencari CINTA (T_T)~~