Halaman

Isnin, 22 Jun 2009

~Gemuruh~

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarokatuh...
Semoga kita semua akan terus tetap merasai nikmat iman dan islam...

hmm.. kali ni, bukan nak bercerita kisah saya memang mempunyai masalah darah gemuruh...
tapinya, tentang lagu Faizal Tahir - Gemuruh..

ntah mengapa, lagu ini mampu memberi semangat kepada saya..liriknya yang sangat tidak terlalu berat (kebanyakkan lagu faizal tahir begitu), dengan alunan vokal yang manthopp (",).. sangat membuatkan diri ini berkobar-kobar... uhuk...

lantas, lagu ini di proposed untuk dijadikan lagu tema untuk rumah sukan Hang Tuah (merah) sempena Temasya Sukan Tahunan CUIS 28 Jun ni..proposal was approved by senate..alhamdulillah...yeaahh.. mari anak-anak cikgu.. good luck untuk perbarisan nanti ye.. all the best...

Gemuruh - Faizal Tahir

Bila Bertalu Rentak Dikalbu
Hasrat yang tersirat semakin ku buru
Bila bergema laungan gempita
harapan bernyala nadi ku berganda

Gemuruh jiwa semangat membara
dari puncak ingin ke angkasa
berkalungkan bintang berkelipan
menyerlah jauh dari yang biasa

Bila Bertalu Rentak Dikalbu
Hasrat yang tersirat semakin ku buru
Bila bergema laungan gempita
harapan bernyala nadi ku berganda

Gemuruh jiwa semangat membara
dari puncak ingin ke angkasa
berkalungkan bintang berkelipan
menyerlah jauh dari yang biasa

ungkapan ini bukan sekadar bermimpi
segalanya kan pasti terbukti nanti

Gemuruh jiwa semangat membara
dari puncak ingin ke angkasa
berkalungkan bintang berkelipan
menyerlah jauh dari yang biasa

Gemuruh jiwa semangat membara
dari puncak ingin ke angkasa
berkalungkan bintang berkelipan
menyerlah jauh dari yang biasa
menyerlah jauh dari yang biasa

Tuah....Apa yang penting ...??? Kerjasama.... Apa yang penting...??? Kerjasama...

~~kembara mencari CINTA (T_T)~~

Ahad, 21 Jun 2009

~Selamat Hari Bapa~

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarokatuh...
Semoga kita semua akan terus tetap merasai nikmat iman dan islam.. ameennn...

Buat ayah yang dicintai, dikasihi dan disayangi...
Ayahandaku yang dikasihi (',')

"Selamat Hari Bapa Yang ke 26 tahun, Ayah"

Tersenyum melihat telatah anak-anaknya (>_<)
(kakak dan adik bongsu saya)

Segala jasa yang ayahanda berikan, tidaklah mampu anak-anakmu membalasnya, hatta dengan gantian nyawa sekalipun... Semua pengorbanan dan titik peluk ayahanda yang menitis untuk membesarkan kami, hanya mampu kami balas dengan doa dan kasih sayang yang tidak kunjung putus.. muga, kami mampu menjadi anak-anak yang membekalkan pahala kepada kedua ibu bapanya...

lagu ini, ditujukan khas buat bapa-bapa seluruh dunia amnya, dan buat Encik Abdul Ghani Saad..terima kasih atas segalanya... (hmm.. ummi jangan jeles eh.. gilir-gilir lah plak eh...(*_*))

Sentuhanmu
by in-team

Terpanar aku pada sentuhan keramatmu
Mengheret aku mentafsir memori silammu
Dulu ku ragu apa terbungkam dibenakmu
Kini ku tahu apa yang terbuku di hatimu

Surut dedarku pada usapan manteramu
Tunduk ungkalku pada ketegasan dirimu
Terpasak semangat pada keyakinan tekadmu
Keakuranku pada tunjuk dan titah arahanmu

C/O
Oh ayah,
Tak pernah ku tanya
Kemana tumpahnya keringatmu

Oh ayah,
Tak pernah ku hitung
Berapa banyak kerutan di dahimu
Yang ku pinta hanyalah kemahuan hatiku
Yang sedaya ayah laksanakan

Kau pendorong bukanlah pendesak
apalagi memaksa diriku
Aku terlorong bukan terdesak
apalagi rasa terdera

Tak terkuis dugaan menduga
Apalagi takdir yang menerpa
Aku mengharap bukan menolak
Apalagi cuba melupa


Lestari kasihmu tanpa batasan
Sempadan waktu yang memisahkan
Abadi hingga ke hujung usia akhiran masa
Sentuhanmu amat bermakna..

boleh dengar kat sini eh...
sentuhanmu - In-Team


-------------------------------------------------------------------------
hwaa.. sedihnya cerita omputih kat TV2 Sabtu malam kelmarin.. tak tau tajuk, tapi sangat menyentuh hati.. ceritanya tak berat, tapi mempunyai mesej yang padat...

mengisahkan keluarga nigger yang mempunyai seorang anak lelaki..mereka tinggal di US (tak ingt nama kawasannya).. mereka sekeluarga mempunyai masalah kewangan yang agak teruk lantaran si suami yang tidak mempunyai pekerjaan dan si isteri yang beru 2 bulan mula bekerja.. diperjalanan cerita, si anak didapati menghidap masalah jantung yang kronik, di mana pembesaran jantungnya adalah 3x dari ganda dari biasa..betapa walangnya hati mereka.. mereka diberi dua pilihan, either biarkan perkara itu berlalu,menanti saat2 kematian anaknya disamping menjalani kehidupan sepertii biasa ataupun melakukan transplan jantung di mana risikonya sangat tinggi dan kejayaannya hanya 2%... at the end, they choosed transplant which cost them about US$250K.. huhuhu...banyak tu... si ayah yang penyayang dan gentle sanggup mengambil tindakan drastik membuat penculikan bagi memaksa pihak hospital untuk menyenaraikan nama anaknya selaku menerima organ... dan sanggup membunuh diri untuk menderma jantung kepada anaknya... adess..adesss.... time ni dah banjir dah saya... uhuk uhuk...
tapi, happy endingla citernya... (D_D)


:: Dad im Happy because i have you::


~~kembara mencari CINTA (T_T)~~

Sabtu, 20 Jun 2009

~Hari Terbuka Sekolah~

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarokatuh...
Semoga kita akan terus tetap di bawah nikmat iman dan islam...

Alhamdulillah, syukur kepada Allah.Terima kasih pada-Mu ya Allah kerana mengurniakan kekuatan dan ilham kepada kami untuk menghadapi hari ini. Subhanallah, alhamdulillah Allahuakbar..
Terus terangnya,ini bukanlah pengalaman pertama berdepan dengan orang ramai mahupun berada di tengah-tengah khalayak yang tidak berapa dikenali. Namun, hari ini adalah kali pertama saya berdepan dan berjumpa dengan orang yang tak berapa dikenali dan kena bersiap sedia untuk di'smash' dengan cantiknya. kali pertama perlu menyiapkan dialog-dialog untuk menjawab soalan-soalan bernas dari orang yang diakui lebih dewasa dan berpengalaman dalam bidang pendidikan mahupun kehidupan. Dan juga kali pertama berdepan dengan ibubapa pelajar sebagai seorang guru. Kalau before this, berdepan dengan ibubapa sebagai fasilitator ataupun kakak angkat kepada pelajar, jadi, boleh wat aksi2 manja skek, boleh la duk memain skek.. tapi hari ini, atikah kena jadik seorang serius.. uhuk... tapi tak berapa nak jadik jugak..huhuhu....ape pun, saya ske bila tengok parents ketawa, bukan ketawakan org lain..no..no..no... tapi ketawa ketika kami bersembang sesambil menyelitkan 3-4 info mengenai anak2 mereka. Mereka juga orang terpelajar, makanya, tidak susah untuk berkomunikasi... Alhamdulillah,pengalaman pertama selalunya membuka minda.. insyaAllah...

Ketemu lagi untuk open day tuk Penggal kedua..


~~kembara mencari CINTA (T_T)~~

Selasa, 9 Jun 2009

Walimah Azmi ~JJ~

Assalamu'alaikum warahmatullah...
Semoga kita semua tetap berada dalam nikmat iman dan islam.. ameenn...

Alhamdulillah... selamat jua saya pergi dan pulang dari walimah azemi, wpun ada pengalaman yang tak pernah terfikir akan ditempuhi...

seawal jam 8 pagi ayah dah mula risau... "kul bape nak perginya dik.. pergila bersiap cepat, kang orang tunggu"... ummi pulak "cepat dik, jangan buat orang tunggu kita..tak elok.." uhuk...
sudahnya, jam 9 pagi bergerak dari rumah, ke stesen komuter bangi... UK amik dari komuter, then amik husna n yana kat umahnya yang hanya sekangkang semut aje dari komuter...then bergerak ke petronas seksyen 15, tunggu plak yang lain2 sampai... masa sampai tu dah ada haslan dengan sape ntah ikhwah yg lagik satu tu...

pusing-pusing.. ngomel seadanya... jam 11 pagi bergerak dari bangi... sekitar jam 1.30pm sampau ke rumah perantin.. tak perasan pun itu rumah perantin.. sebok tuk cakap "eh kat sini ada perantin jugak" sepanjang perjalan, rerupanya perantin yang last tu, sahabat kitorang- azemi n setanggisyurga nick nya...
Ni lah rombongan Umar ke walimah pilah...

kat umah perantin, lauknye bes2 belaka... ada daging salai masak lomak cili api,ada gulai lomak daging, ayam masak meghah, limau sunkist.. (kono nulih loghat kampung plak.. maklumla, balik kampung an..).. tapi eh,nak dijadikan cerita, berkebetolan aritu mmg dah tak lalu nak makan ayam.. kem kek Raudhah 3 hari+kem kek sejid 2 hari = 5 hari berturut makan ayam.. smpkan takleh dah nak bau ayam.. uhuk....(bersyukur atikah.. bersyukur)
ismi_atikah wa setanggisyurga83 (perantin)
(kami tak pernah ketemu, tapi inilah indahnya ukhwah...)

ukhwahnians : ismi_atikah, ummusafiah,srikandi_khaulah

salam wida'..kami ansur dolu eh perantin..

sekitar jam 2 kami bergerak ke umah umar@farid.ada ke patut si umar tu cakap dari Pilah nak ke Palong makan masa 45 menet.. temberang kuek si umar ni.. memang nak kene bekhen lelaju budak ni... uhuk... dalam 1jam lebih nak ke 2 jam jugak la, sampailah kami ke teratak Umar@Farid di Palong berkenaan..kire kami ni datang sekaligus merangkap rombongan membawa bakal menantu utk rumah berkenaan..bagus eh rancangan ni..sekali harung aje...hohoho..
Di hadapan rumah Umar: ismi_atikah and Shye

Di hadapan rumah Umar jugak ni.. tapi ramai skek pengikutnya.. muahaha...

sekitar jam 4.30 ansur bergerak dari teratak Umar pulang ke pangkal jalan.. ikut highway Seremban.. majlis syura menetapkan,berdasarkan GPS Sirat,highway kl-seremban adalah lebih dekat dari jalan lama..tpnye,jem agak dasat jugak... alahai... macamana la boleh terlupa ayah selalu cakap, hari ahad ikut jalan lama je, tak perlu ikut highway.. jem..itulah, selalu sgt lope nasihat orang tua...
ape pun. itulah adanya.. selamat sampau ke rumah sekitar jam 10.. alhamdulillah.. tapinye, sedikit pengalaman dan kejadian sepanjang perjalanan pulang, benar2 mengajar saya erti ketuhanan dan persahabatan..

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

bersempena dengan hari perantin..
nak ucap juga untuk rakan seperjuangan sewaktu di kuantan dolu, Sibah dan Awla.. maaf xdapat hadir walaupun pada dasarnya memang dah rancang elok2 untuk ke walimah antum... hanya doa yang mampu dikirimkan...

buat antum dan semua perantin
" Barakallahulak wa Baraka 'alaik wa Jama'abainakuma fi khair"

Perantin 1: Nasibah TY dan Azimullah

Perantin 2 : Awla dan suami(Akh Zubair kalu tak silap)

banyak sudah teman akhwat UIAk mendirikan masjid..

~~kembara mencari CINTA (T_T)~~

Sabtu, 6 Jun 2009

Subject: [sim] ARTIKEL : Menggapai Kesabaran Dalam Keluarga.... .


Menggapai Kesabaran Dalam Keluarga

Pada zaman Khalifah Al-Manshur, salah seorang menterinya, Al-Ashma'i, melakukan perburuan. Kerana terlalu asyik mengejar haiwan buruan, dia terpisah dari kelompoknya dan tersesat di tengah padang sahara.

Ketika rasa haus mulai mencekiknya, di kejauhan dia melihat sebuah khemah. Terasing dan sendirian. Dia memacu kudanya ke arah sana dan menemukan penghuni yang memukau; wanita muda dan jelita. Dia meminta air. Wanita itu berkata, "Ada air sedikit, tetapi aku persiapkan hanya untuk suamiku. Ada sisa minumanku. Kalau engkau ingin, ambillah".

Tiba-tiba wajah wanita itu tampak berwaspada. Dia memandang kepulan debu dari kejauhan. "Suamiku datang," katanya. Wanita itu kemudian menyiapkan air minuman dan kain pembersih. Lelaki yang datang itu lebih mudah disebut "manusia kasar". Seorang tua yang jelek dan menakutkan. Mulutnya tidak henti-hentinya mengherdik isterinya. Tidak satu pun perkataan keluar dari mulut perempuan itu. Dia membersihkan kaki suaminya, menyerahkan minuman dengan khidmat, dan memimpinnya dengan mesra masuk ke khemah.

Sebelum pergi, Al-Ashma'i bertanya, "Engkau muda, cantik, dan setia. Kombinasi yang jarang sekali terjadi. Mengapa engkau korbankan dirimu untuk melayani lelaki tua yang berakhlak buruk".

Jawapan wanita itu mengejutkan Al-Ashma'i, "Rasulullah bersabda, agama itu terdiri dari dua bahagian: syukur dan sabar. Aku bersyukur kerana Allah telah menganugerahkan kepadaku kemudaan, kecantikan, dan perlindungan. Ia membimbingku untuk berakhlak baik. Aku telah melaksanakan separuh agamaku. Kerana itu, aku ingin melengkapi agamaku dengan separuhnya lagi, yakni bersabar."


Empat Bidang Kesabaran

Kesabaran dapat melahirkan keajaiban. Salah satunya tergambar dalam kisah di atas. Dengan kesabaran, wanita cantik tadi mampu berbakti kepada suaminya yang berakhlak buruk. Sesuatu yang terkadang sukar dicerna oleh rasional.

Tidak diragukan lagi, kesabaran adalah satu tiang penting dalam pernikahan setelah lurusnya niat. Kekal tidaknya sebuah pernikahan sangat ditentukan oleh seberapa jauh tingkat kesabaran yang dimiliki suami isteri. Makin banyak bekal kesabaran yang dimiliki, maka akan makin kukuh pula bangunan pernikahan yang dijalani. Tapi makin sedikit kesabaran yang dimiliki, maka makin besar pula kemungkinan hancurnya sebuah pernikahan.

Demikian pentingnya sabar dalam pernikahan, ada orang mengatakan; "Bila sebelum nikah kesabaran kita hanya satu, maka setelah nikah kesabaran kita harus seratus." Persoalannya, kesabaran bagaimanakah yang harus kita miliki dalam menjalani pernikahan?


Ada Empat Macam Bidang Kesabaran

Pertama :
Sabar menghadapi kekurangan pasangan. Pernikahan adalah kesimpulan terakhir setelah seseorang mempertimbangkan semua kekurangan dan kelebihan pasangan. Tidak pada tempatnya bila setelah menikah seorang suami mengeluhkan kekurangan yang ada pada isterinya. Demikian pula sebaliknya. Masing-masing harus menerima kekurangan atau kelebihan pasangannya dengan penuh kesabaran. Pernikahan adalah perantaraan untuk saling melengkapi, bukan untuk saling mengalahkan.

" Wahai sekalian manusia! Bertakwalah kepada Tuhan kamu yang telah menjadikan kamu (bermula) dari diri yang satu (Adam) dan yang menjadikan daripada (Adam) itu pasangannya (isterinya iaitu Hawa) dan juga yang membiakkan dari keduanya zuriat keturunan, lelaki dan perempuan yang ramai dan bertakwalah kepada Allah yang kamu selalu meminta dengan menyebut-nyebut namaNya, serta peliharalah hubungan (silaturahim) kaum kerabat; kerana sesungguhnya Allah sentiasa memerhati (mengawas) kamu. "
QS An-Nisaa' : 1

Salah satu hakikat sabar dalam pernikahan adalah menghilangkan keluh kesah pada saat tidak enaknya menghadapi segala kekurangan. Tidak ada keluh kesah selain pada Allah SWT. Kerana itu, Rasulullah SAW mengingatkan bahawa sesiapa sahaja yang menikah kerana ketampanan atau kecantikan, maka satu saat rupa tersebut akan menghinakannya. Kecantikan dan ketampanan itu sementara sifatnya, tidak kekal. Ketika belum menikah, pasangan kita begitu cantik, tapi setelah mempunyai anak maka kecantikan itu akan semakin menurun untuk kemudian hilang sama sekali setelah tua. Tanpa adanya kesabaran, sebuah rumahtangga tidak akan bertahan lama.


Kedua :
Sabar menghadapi godaan. Rumahtangga itu laksana perahu. Untuk mencapai pula kebahagiaan di syurga, perahu itu harus belayar mengharungi luasnya samudera masalah. Indahnya pernikahan analog dengan indahnya pantai. Namun jangan lupa, sesiapa sahaja siapa yang bertolak dari pantai untuk menyeberangi lautan, maka ia akan menemukan ganasnya ombak. Sesiapa saja yang tidak membawa bekal dan persiapan yang matang, tidak mustahil bahtera rumahtangganya akan karam ditelan gelombang.

Nikah adalah ikatan yang teramat suci lagi kuat, mitsaqan ghalidza, sehingga jangan dinodai dengan saling menyakiti. Dalam Al-Quran, kata mitsaqan ghalidza dipakai untuk menyebutkan ikatan antara Allah dengan RasulNya. Tidak akan pernah sukses seorang suami yang sering menyakiti isterinya. Walau awalnya bergelimang harta, sukses dalam kerjaya, tetapi pada suatu saat ia akan menemui kehancuran. Begitu pula seorang isteri yang tidak taat dan selalu menyakiti suaminya, hidupnya tidak akan berkah dan bahagia.

Kerana itu, suami isteri harus mempunyai komitmen untuk saling setia. Inilah hakikat mitsaqan ghalidza. Sehingga, menjaga tali pernikahan agar tetap kukuh adalah jihad akbar. Arasy' tidak akan bergoncang saat seseorang meninggalkan shaum wajib, tidak akan bergoncang saat seseorang lalai dalam sholat, namun ia akan bergoncang tatkala sepasangan suami isteri memutuskan untuk bercerai.

Pernikahan itu menandai bersatunya darah daging suami dan isteri. Kerana sudah bersatu, maka tidak mungkin lagi ada rahsia. Syurga boleh terbuka kerana pernikahan, dan neraka pun boleh terbuka lebar kerana pernikahan. Orang yang menyayangi isteri atau suaminya, mereka akan disayangi Yang Maha Penyayang. Rasulullah SAW bersabda;
" Orang-orang yang kasih sayang (al-rahimun) akan dikasih sayangi oleh yang Maha Kasih Sayang (Al-Rahman). Kerana itu kasih sayangilah manusia dibumi maka Dia yang di langit akan kasih-sayang kepadamu".


Ketiga :
Sabar menghadapi kekurangan dan keterbatasan rezeki . Berapa pun rezeki yang kita dapat , kita harus mampu mensyukurinya . Dengan syukur itulah Allah akan menolong rumahtangga kita dan melipat gandakan rezeki yang kita dapatkan . Allah SWT berfirman ;
" Sesungguhnya jika kamu bersyukur , pasti Kami akan menambah ( nikmat) kepadamu , dan jika kamu mengingkari ( nikmatKu), maka sesungguhnya azabKu sangat pedih "
QS Ibrahim : 7


Keempat :
Sabar menghadapi keluarga dari pihak suami atau isteri. Dalam sebuah hadith, Rasulullah SAW mengungkapkan bahawa pernikahan itu mengawali bertemunya dua keluarga besar . Kerana pertemuan dua keluarga, maka yang nikah bukan aku , tetapi kami . Berkaitan dengan hal ini , Imam Syafi 'i menganjurkan agar orang tua memilihkan jodoh untuk anaknya , dengan catatan anaknya harus saling mencintai .

Sesiapa pun yang akan menikah, maka ia harus sedia mempunyai dua ayah dan dua ibu . Ia pun harus bersedia menghurmati mertua sebagaimana menghurmati kedua orangtuanya.

"Wahai sekalian manusia! Bertakwalah kepada Tuhan kamu yang telah menjadikan kamu (bermula) dari diri yang satu (Adam) dan yang menjadikan daripada (Adam) itu pasangannya (isterinya iaitu Hawa) dan juga yang membiakkan dari keduanya zuriat keturunan, lelaki dan perempuan yang ramai dan bertakwalah kepada Allah yang kamu selalu meminta dengan menyebut-nyebut namaNya, serta peliharalah hubungan (silaturahim) kaum kerabat; kerana sesungguhnya Allah sentiasa memerhati (mengawas) kamu."
QS Az-Zumar : 10

Sabar adalah sebuah kenescayaan. Kerana itu, dalam QS Az-Zumar Ayat 10, Allah SWT menjanjikan pahala luar biasa bagi orang yang sabar. Sesungguhnya hanya orang-orang yang bersabarlah yang dicukupkan pahala mereka tanpa batas.

Wallahua'lam.

dicopy-paste dari -
http://aiman- aleya.blogspot. com/


~~kembara mencari CINTA (T_T)~~

Jumaat, 5 Jun 2009

Kem Motivasi Remaja

Assalamu'alaikum warahamtullah...
Semoga kita akan terus tetap berada dalam nikmat iman dan islam॥

Lanjutan dari kem Teras Addeen di Sri Raudhah, kami meneruskan perjuangan di Masjid Al-Iman Ash-Shafie, Taman Maluri Kuala Lumpur।

malam sebelumnya...
kak shida : dik kita jumpa esok di LRT Pandan Jaya, kul 8 am ye.kak dari rumah..
saya : insyaAllah kak,saya cuba.kalau tak boleh datang on time, saya inform akak ye (sebabnya rasa macam nak demam)

pagi 3Jun ..aduhai, peninnya pale॥ kuatkan semangat १००१..chayo॥ chayo..demi adik2 seagamamu..saya gagahkan diri ॥ tunggu bus di selekoh depan Ampat Tin smp Titiwangsa, naik LRT memecut ke Pandan Jaya (macam saya plak yg bawak,॥ adess..)tahan teksi, menuju ke masjid। rerupanya pakcik teksi kata " Dik, lain ४ kalau nak ke sini, turun di LRT maluri.dekat skek॥" tapi, kene dalam RM 4aje। takpelah pakcik, rezki pakcik pagi tu...

sesampainya di masjid, sudah॥ mana plak nak dituju ni।saya pun duduk di kerusi memerhati.nak bertanya, tiada, pula yang melintas.malahan, saya pula yang ditanya.tapi, minta maaf saya tak tahu kawasan ni, baru 1st time sampai sini।

setelah ketemu tempat yang dituju, adik2 tengah mengisi borang pengenalan diri। terkezut juga ada २ org fasi LAPES kat sini-Hafez dan Adib॥ makanya, saya meneruskan aktiviti bersama adik2॥ tapi, dek kerana terlalu tekun mengadap komputer mencari penyelesaian cane nak print sijil continously dari excel+words (maklumla, rabun IT yang tidak dapat dimaafkan), makanya masa saya kurang bersama adik2॥ namun, saya tetap juga berpuas hati walaupun tidak sepenuhnya-dapat juga menyiapkan sijil adik2 before post mortem॥

esoknya, refeshing session, majlis penutup dan penyampaian ६। ०५ dengan Iman besar masjid, sedikit majlis beramah mesra dan kami bersurai

Seperti biasa, sesi terakhir yang berlangsung adalah sesi bergambar॥ bukan ape, tuk kenang-kenangan..bukan ke satu gambar mampu menyatakan 1001 cerita॥ paling tidak, boleh ditatap di kala mewindui saat itu।

Sebelah kiri atas ni, gambo adik2 ikhwah bersama pengurusan masjid dan barisan fasilitator...erkkk,mana gambo akhawat... dushh..dushh... (internet prob)


----------------------------------------------------------------------------------------------
Petang 4 Jun, sesusai program, hajatnya nak balik rumah Semenyih..makanya, kaki ini pun menapak ke KL, beli something nk bawak balik rumah..opss, baru teringat nak amik handphone hadiah untuk ummi kat sahabat..lantas,habis membeli menapak ke bank negara..alang2 terus aje naik KTM dari sini(hajat awalnya) keletihan yang bersambung, memaksa diri ini untuk mencari tempat istirahat.nak patah balik ke MARA, jauh la plak.jadi tiada pilihan-surau KTM Bank negara dan terus menanti sahabat di situ. dalam pada tu, ummi called-

ummi : "Dik, kat mana dah tu? naik ape balik?"

saya : "kat surau Bank Negara ni.naik komuter kot mi, sampai kajang.Mat ada kat rumah ke॥?
ummi :" ummi tak keje hari ni.abang keje siang.cuba try tepon ayah.ayah kata nak ke umah makwan nak uruskan kenduri sabtu ni.boleh ayah amik kat komuter tu।
saya : iyer..?ok jugak tu mi.ok, adik try call ayah,kalau tak dapat adik inform ummi ye।

---------akhirnya,kesudahan cerita ummi jugak yang dapat kol ayah(pasangan sejatilah katakan) dan alhamdulillah, Allah permudahkan urusanku.ayah sudi amik anaknya ini di komuter।

sekitar jam 6.05, sahabat sampai dari opisnya,amik HP, bayo,bg buku 'Doa Penerang Hati',ucap terima kasih lebih kurang dan kami dua bergerak pulang।
------------
balik dari rumah makwan, sekitar jam 10pm..hwaaa.....tak dapat nak makan nasi goreng ayam kat BEE BEE corner... sob...sob...sob...

sampai rumah, ummi sambut.kebetulan kat rumah ada acik, andak dan anak2nya yang ४ orang,kakteh dan Mat॥ terus bagi hadiah tu pada ummi, bio la pun 10hb lambat lagi। nape saya bagi awal, sebabnya sewaktu hari kejadian saya tak dpat balik rumah,dan selepas dari malam ini, saya dah mula bz dengan perkara lain.Walaupun tak mahal, tapi hadiah tu disalut dengan kasih sayang॥ credit to sahabat yang mencarinya.jazakumullahu Khayran katheera॥

Kenangan untuk ummi (dari kamera sahabat)


~~kembara mencari CINTA (T_T)~~

Selasa, 2 Jun 2009

~Usai sudah~

Assalamu'alaikum warahmatullah...
Semoga kita semua berada dalam nikmat iman dan islam...

Hari terakhir kem Addeen-"Islam Itu Seronok".. terasa sekejap aje waktu berlalu, sepertinya baru semalam mencari tapak kem dengan pakcik teksi,menunggu adik2 Rumah Titian Kasih yang terlewat tiba,sesi beramah mesra dengan adik2 qana'ah.. tup tup.. dah nak sesi wida'..

balik, tumpang bus yang JAWI sewa untuk menghantar adik2 RTK balik..pakcik bus pun berumah hati untuk menghantar saya n kak Shida sampai ke stesen Titiwangsa..sampai stesen, kak shida naik LRT dan saya menanti bud Rapid KL U6 untuk pulang ke rumah...

Sampai di rumah sekitar jam 3.30 pm.. bukak aje pintu rumah, barulah terasa sengal2, lenguh2.. huarghh.. tetiba terasa mengantuk tahap satria baja hitam.. muahaha... makanya, tarik tilam, letak beg kat depan pintu bilik.. gedebboommm... kroohh..krohhh...(takde bunyian eh masa tido, itu hanya penyedap cerita aje)

Asar, kak Nor HPA tepon, bertanyakan duit untuk tiket KONVEK.. astagfirullah... tak teringat langsung... gane ni atikah... nak tak nak, kene jugak kuatkan semengat tuk p bank in kan duit kat maybank pada malamnya...

erkk... dah mengantuk la plak, baju tuk kem esok tak kemas lagik..hmm...mesej ngn kak shida, esok kak shida kata jupe di stesen pandan jaya, jam 8.00am.. lantas, terus terlena..

~~kembara mencari CINTA (T_T)~~

Isnin, 1 Jun 2009

Kem Teras Addin 2 -Part II

Assalamu'alaikum warahmatullah...

Alhamdulillah, dah masuk hari kedua kem..
usai solat subuh dan zikrullah berjemaah di dewan sekitar jam 7am,adik-adik dibenarkan tuk beristirehat sehingga waktu sarapan pagi sekitar jam 8 nnt...bagi menghilangkan lelah lewat malam tadi.
lepas bersantap, kami bersiap sedia tuk kembara ke hutan lipur yang tak berapa nak jadi di sebelah kem ni... uhuk...Alhamdulillah, kali ni panjat bukit idokla rasa nak pancit sangat macam semalam.almaklumla, bape lame ntah sy ni dah tak bersenam, tetiba kene menongkah arus plak.. Sesi taklimat sebelum masuk hutan

sepanjang perjalanan, saya diamanahkan untuk menjaga check point 1 untuk buli adik2 akhawat bersama seorang akh(maaf dik,tak ingat pula namanya) untuk memdera ikhwah plak.. adess..

Adik2 mencari 20 ekor semut sebagai mahar hantaran..erkkk...

Berjalan, melihat dan mentafsir keindahan, keajaiban, kehebatan ciptaan Allah... Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar...sempat juga bermain teka-teki sains dengan adik2. sesungguhnya, sains dalam alam tidak dapat dipisahkan.. meneliti arus perjalanan sesemutz.. dapat tengok semut yang bebesar sepuas-puasnya.. then, pencarian destinasi diteruskan. sepanjang 5 tahun berulang alik KL-Kuantan, tak pernah pun terfikir akan masuk ke dalam sungai yang selalu dinikmati pemandangannya dari highway Karak tu.. sungguh, walaupun teringin sesangat nak rasa airnya, tapi tak pernah pun terlintas akan dapat sentuh.. Allahamdulillah, hari ni, saya dapat menikmati kesejukan air dari alam semulajadi.. sejukkkk bangatt seyhhh...
Bawah laluan highway Karak. Banyak btol pacat..

Jauhnya perjalanan tidak memungkinkan kami untuk berkesempatan solat zohor di kem. makanya majlis syura memutuskan untuk solat zuhur dipertengah perjalanan. akhirnya, kami solat di tepi sungai.. lahaulawala quwwatailla billah.. Maha suci Allah, nikmatnya solat itu..tersentuhnya hati ini.. mujur kekangan masa tidak mengizinkan kami bertafakur lebih lama... kalau tak, musti ayo sungai bertambah dek kerana titisan ayo mata..hmm....

Solat zuhur dii tebing sungai.. Indahnya(>_<)


Destinasi yang dituju, adalah air terjun(x tau nama)..x nampak pun signboard kat mana2.. orang pun takde kat situ..hanya kami dan kami.. sampai ayo terjun, maka berlakulah sessi berendam dan berendam.. muahahaha..
Bestnye... sejuk btol ayonye... (*_*)


Selamat tinggal ayo terjon...

Dan akhirnya, Alhamdulillah kami sampai semula ke kem sekitar jam 4pm.. tengok adik2,rehatkan diri dan bersihkan diri.
Malamnya, sesi diteruskan dengan acara muhasabah diri... menekankan rasa bertuhan ke dalam diri adik2.. usai... ngantuk mata dah pun ni... makanya, jumpa lagi nanti.. wassalam..
~~kembara mencari CINTA (T_T)~~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

~Siapa Saya~

Foto saya
semenyih, selangor darul ehsan, Malaysia
Servant of Allah,Full Timer Da'ei(insyaAllah),unexpected person,happy go lucky,outgoing,outspoken

~Meh masuk ehh...~