Salam'alaik...
wahh.. arini dah genap sehari umuq blog kembara ni...
harini, kembara pergi ke banyak tempat...
sangat banyak tempat....
tapi semuanya melalui buku2 yg kembara baca...
antara banyak tempat yg kembara singgah,
kembara sangat tertarik untuk berada di zaman pemerintahan Umar Abdul Aziz.
tak jemu2 kembara membaca buku mengenai umar tu..
rasa sangat kerdilnya diri ini, yg baru nak belajar meniarap dalam dunia dakwah,
tatapi mulai merasa lelah...
Ya Allah ampuni dosa2 hamba-Mu ini. ampunkan kelalaian dan kealphaan hamba-Mu ini dalam menjalani mehnahmu...
arini dapat balik paper quiz 2 EMT.. alhamdulillah syukur pada Allah... semoga kefahaman ini terus kekal dan semoga kefahaman ini juga dapat membantu adik danmembantu dalam test 24/8/2007 ini...
adess... kenangkan test, banyaknya yg kembara belum menelaah... 2 test hari yg sama pula tu... insyaAllah, akan kembara pulun..
sebut tentang pulun... PSM atau FYP kembara masih lagik tergantung... iskk.. kembara tak mo extend lagi... cukuplah kenangan extend ini sampai di sini...
kesian ummi, n ayah... kembara takmo mereka sedih kerana ke'extend'an kembara ni.
kembara takmo ayah duk banding2 kan kembara ngan kazen kembara yg sama juga belajar di sini, tapi dia dah dapat keje kat tempat dia prektikel.. tapi kembara..................?
kembara tak menyesali apa yg terjadi... kerana, semuanya terjadi atas perlakuan dan kemahuan kembara sendiri.. (dan sudah tentulah dengan izin dariNYA jua..) kembara yang memilih jalan ini.. jadi, kembara harus sudahkan perjalanan ini, walau seperit mana laluannya, kembara tak mahu mengalah...kembara tetap akan terus berjuang.. andai kembara kurang berjaya, itu adalah rezeki dariNYA... dan andai kembara excellent, itu juga adalah rezeki dan rahmat dariNYA... alhamdulillah...
dan yang paling penting, dan tersangat penting, kembara tak mahu menjadi fitnah pada perjuangan kembara.. na'uzubillahi minzalik...
RAKSI.. rakan siswa... tadi kembara handle grup kembara lah kan..( takkan nak merayap kat grup org plak...) dalam banyak2 adik2 kembara yg seramai 18 org tu, ada seorg yg.... hmmm... kembara pun tak tau nak kategorikan dalam ape... dalam grup kembara ada 3 fc termasuk kembara.. kire kembara cam trainer tuk fc2 yg len... katanya nak kutip pengalaman cane nak handle program2 camni..
ok, berbalik pada seorg adik yg lain dari yg lain tu... kata adik2 yg len, dia pernah jd fc masa wat diploma kat politeknik dia dulu.. tu yg dia cam kerek semcam... adess...
pada kembara, ilmu dan pengalaman yg dikutip dan diperoleh bukanlah tiket untuk kita membanggakan diri mahupun merendahkan orang lain. benda2 camtu dikutip untuk dikongsi dan diamalkan bersama2... bukan untuk mendabik dada... kadang2 kembara hairan dengan spesis yg tinggi hidungnya.. huhuhu...
ada yg tanya, kenapa kembara nak amik jugak raksi, bukan ke dah nak abih, dah lah tu, extend plak tu... kembara sedih bila hal extend disebut.. extend itu adalah kerana kesalahan kembara, takde kaitan dengan aktiviti kembara...
kembara nak jugak amik raksi walau 1 sem sbb bg kembara, melalui raksi ini jugak kembara boleh berdakwah secara terus kepada adik2 1st year di samping mengintai mad'u2 baru... hehehe....
oklah, kembara perlu study EMT ni, sok nak bukak buku power plak, no EMT.... muga kembara success...
ya Allah, sesungguhnya Engkau mengetahui setiap perkara yang terbaik buat diri kami ini. ya Allah, bantulah kami untuk tetap terus pada jalanMU ini. Ya Allah, jadikah kami sebagai hamba2MU yang bersyukur pada setiap sedutan nafas ini. ya Allah, kurniakanlah kami iman yang kukuh, imam yang sebenar, dan berilah kami petunjukMU ya Allah... ameenn...
sekian untuk arini... kembara ansur dulu...
assalamu'alaikum...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
~May I Help u, or Can U help Me?~