Halaman

Jumaat, 24 Ogos 2007

tiket... tiket... tiket...

salam...
huhuhu... tiket p kl abih dah 30 n 31 ogustus ni...
yg tinggal, semuanya awak pg, maknanya x blh la...
kembara ada klas 12-1pm... uhuk uhuk...
(ni yg membuatkn mlas nk balik ni.... adess..)

bila teringatkn suara ummi yg bersungguh2 m'harapkn kembara pulang,
resah jdnya hati kembara ni.... bagaimana harus.....???
smpkm ummi kata turun semban pun takpa... dekat jugak nk amik...
last skali, klu xder gak, nek bus lumpat2...
(bas lumpat2= bas sambung2: kntn-temerloh-bentong-pekeliling(kl)-kl sentral(klu nak nek komuter)/pudu(nek bas sri indah)-kajang-semenyih)
kembara x pernh lg nek bas lumpat ni...
tapi, tu x jd masalah, cuma ummi kembara bimbangkn kot2 smp mlm...
sbb kembara akn bermusafir seorg diri... (walaupun nk ikutkn kembara biasa dah jenjln sensrg travel sane sini...) tp beselh kn hati seorg ibu...)
dan kadang2, perkembangan kes jenayah yg bermacam2 la ni tanpa mengira tempat juga menggusarkan kembara sedikit sebanyak...
apa pun, kembara hanya meletakkan perlindungan itu kepada Allah semata...
kerna, kembara tau, hanya Allah yg mampu memelihara diri kembara dari segala sesuatu yg tidak baik...

tadi kembara duk jenjalan kat saifulislam.com... (antara yg kembara suka ziarah...)
sekian lama tak masuk, arini berlamaan lah di situ...
kembara tertarik dgn artikel pelayaran mengenal fungsi diri...
huhuhu.. teringat pula kelakuan kembara.. pernahkah kembara menjadi sebegitu...
adess....

okla ye...
kembara ansur dulu...
nak tgk2 sket notes power lectronic... sok pg ada test... (mintak2 tukar ari sabtu... hehehe...)
salam...

p/s: knowing your destiny is completing half the journey...

Rabu, 22 Ogos 2007

fokus... fokus... fokus...

salam...
alhamdulillah, ana masih bernafas dengan kencang...

arini tak de klas, td pagi p beli makanan sarap kat westoren zaman...
alhamdulillah, lama dah mengidam nasi lemak zaman... arini termakbul jugak..
tapi, kesan dari nasi lemak yg agak sedap tu (klu nak ikutkan rasanya, biasa aje, tp tak tau pasaipa duk teirngin nak nak nasi lemak zaman jugak)... kembara sakit perut smp ke malam...
dan, skrg ni dah kebah sket... banyak kali jugak jupe doktor tan...huhuhu....

tadi p lab, nak test MOSFET...
tapi mungkin kembara kot yg tak pandai tgk datasheet...
klu tak pun equipment kat lab tu dah wusak...
klu tak pun komponen kembara sendrik yg bengong....
hasilnya, kembara pulang dalam keadaan penin... adess...
solutionnya, kembara akan bertanya pada yg pakar... hmm.. en ramdan atau en halim atau en ruslim barangkali... hehehe... (maaf cik, ganggu kalian lagik... asik2 muka ini yg bertanya...)

haaa...!! esok ade quiz power E...
kembara satu bab pun tak khatam lagik...
ni baru bgn tdo, ingtkn lepas ni nak pulun pengabihkan sumer...
insyaAllah, mudah2an Allah lapangkan dada dan terangkan hati kembara dalam menelaah pelajaran malam ni...

Ya Allah, ilhamkan hamba dengan ilmu yang dapat menjadi alat untuk mengetahui suruhanMU, dan dapat mengetahui semua laranganMU.
berikanlah hamba kefahaman yg mendalam dari para nabi, kefasihan hafalan para rasul, dan cepatnya ilham para malaikat muqarrabin.
dan kurnikanlah kepada hamba ya Allah, dengan cahaya ilmu dan cepatmendapat dalam kefahaman, dan keluarkan hamba dari kegelapan keraguan, dan bukakanlah untuk hamba semua pintu rahmatMU
dan ajarkanlah kepada hamba rahsia hikmahMU, ya Tuhan semesta alam..
ameenn ya Rabb..

ok ye, kembara ansur dulu... nak tunaikan haq yang lagi satu...

semoga Allah merahmati pembaca sekalian hingga hari akhirat...
assalamu'alaikum.

p/s: arini kembara borong kepek pisang smp 8 bungkus... segan kembara nak kat bilik adik tu td...

testing... testing... 1..2.. 3..

salam...
kembara saje je nak test...
tadi dah set jam ni ikut KL nyerwaktu, tapi kembara tak tau pasaipa dia ketegaq...
ok, kita test ye, la ni kui 0145...
klu betul, alhamdulillah....
klu tak kembara pun dah penin nak wat cane lagik...
huhuhu....

Selasa, 21 Ogos 2007

Permulaan...

Salam'alaik...

wahh.. arini dah genap sehari umuq blog kembara ni...
harini, kembara pergi ke banyak tempat...
sangat banyak tempat....
tapi semuanya melalui buku2 yg kembara baca...

antara banyak tempat yg kembara singgah,
kembara sangat tertarik untuk berada di zaman pemerintahan Umar Abdul Aziz.
tak jemu2 kembara membaca buku mengenai umar tu..
rasa sangat kerdilnya diri ini, yg baru nak belajar meniarap dalam dunia dakwah,
tatapi mulai merasa lelah...
Ya Allah ampuni dosa2 hamba-Mu ini. ampunkan kelalaian dan kealphaan hamba-Mu ini dalam menjalani mehnahmu...

arini dapat balik paper quiz 2 EMT.. alhamdulillah syukur pada Allah... semoga kefahaman ini terus kekal dan semoga kefahaman ini juga dapat membantu adik danmembantu dalam test 24/8/2007 ini...

adess... kenangkan test, banyaknya yg kembara belum menelaah... 2 test hari yg sama pula tu... insyaAllah, akan kembara pulun..
sebut tentang pulun... PSM atau FYP kembara masih lagik tergantung... iskk.. kembara tak mo extend lagi... cukuplah kenangan extend ini sampai di sini...
kesian ummi, n ayah... kembara takmo mereka sedih kerana ke'extend'an kembara ni.
kembara takmo ayah duk banding2 kan kembara ngan kazen kembara yg sama juga belajar di sini, tapi dia dah dapat keje kat tempat dia prektikel.. tapi kembara..................?

kembara tak menyesali apa yg terjadi... kerana, semuanya terjadi atas perlakuan dan kemahuan kembara sendiri.. (dan sudah tentulah dengan izin dariNYA jua..) kembara yang memilih jalan ini.. jadi, kembara harus sudahkan perjalanan ini, walau seperit mana laluannya, kembara tak mahu mengalah...kembara tetap akan terus berjuang.. andai kembara kurang berjaya, itu adalah rezeki dariNYA... dan andai kembara excellent, itu juga adalah rezeki dan rahmat dariNYA... alhamdulillah...
dan yang paling penting, dan tersangat penting, kembara tak mahu menjadi fitnah pada perjuangan kembara.. na'uzubillahi minzalik...

RAKSI.. rakan siswa... tadi kembara handle grup kembara lah kan..( takkan nak merayap kat grup org plak...) dalam banyak2 adik2 kembara yg seramai 18 org tu, ada seorg yg.... hmmm... kembara pun tak tau nak kategorikan dalam ape... dalam grup kembara ada 3 fc termasuk kembara.. kire kembara cam trainer tuk fc2 yg len... katanya nak kutip pengalaman cane nak handle program2 camni..
ok, berbalik pada seorg adik yg lain dari yg lain tu... kata adik2 yg len, dia pernah jd fc masa wat diploma kat politeknik dia dulu.. tu yg dia cam kerek semcam... adess...

pada kembara, ilmu dan pengalaman yg dikutip dan diperoleh bukanlah tiket untuk kita membanggakan diri mahupun merendahkan orang lain. benda2 camtu dikutip untuk dikongsi dan diamalkan bersama2... bukan untuk mendabik dada... kadang2 kembara hairan dengan spesis yg tinggi hidungnya.. huhuhu...

ada yg tanya, kenapa kembara nak amik jugak raksi, bukan ke dah nak abih, dah lah tu, extend plak tu... kembara sedih bila hal extend disebut.. extend itu adalah kerana kesalahan kembara, takde kaitan dengan aktiviti kembara...
kembara nak jugak amik raksi walau 1 sem sbb bg kembara, melalui raksi ini jugak kembara boleh berdakwah secara terus kepada adik2 1st year di samping mengintai mad'u2 baru... hehehe....

oklah, kembara perlu study EMT ni, sok nak bukak buku power plak, no EMT.... muga kembara success...

ya Allah, sesungguhnya Engkau mengetahui setiap perkara yang terbaik buat diri kami ini. ya Allah, bantulah kami untuk tetap terus pada jalanMU ini. Ya Allah, jadikah kami sebagai hamba2MU yang bersyukur pada setiap sedutan nafas ini. ya Allah, kurniakanlah kami iman yang kukuh, imam yang sebenar, dan berilah kami petunjukMU ya Allah... ameenn...

sekian untuk arini... kembara ansur dulu...
assalamu'alaikum...

Isnin, 20 Ogos 2007

dunia d hujung jari

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih Penyayang...
Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam.
selawat dan salam ke atas junjungan mulia, Muhammad Sallahu'alaihissalam, juga ke atas kaum keluarganya, para sahabat, para tabi' dan tabi'in.

alhamdulillah, angan2 yg terlalu lama tertangguh, kini dah menjelma...
moga kembara tidak lupa untuk meng'apdet' dan diberikan kelapangan masa tuk mencoretkan sesuatu di dunia blog ini.

segala coretan dan contengan di sini adalah kisah peribadi, coretan dan komentar kembara sendiri, dan artikel2 yang kembara rasa mampu memberikan sedikit pengisian dan ilmu buat kembara dan pembaca... ( ada ke org nak baca...??!! takpe, kembara akan baca...insyaAllah.. huhuhu...)
dan segala yang terkandung di blog ini tidak ada kaitan sama ada yang baru nak hidup,masih hidup, separa hidup, tak nak hidup, dan yang telah kembali (al-fatihah tuk mereka).

blog kembara juga menggunakan sepenuhnya penggunaan bahasa melayu... (klu ada tersasul base omputih tu, di maafkan.... cehhh....) . tetapi kembara tidak menghalang pembaca untuk memberi pandangan mahupun pendapat dan yg sewaktu dengannya dalam bahasa inggeris dan bahasa2 yg difahami oleh pembaca yg len dan kembara sendirik... huhuhu...
tatapi, kembara tidak bermaksud untuk berbahasa baku senantiasa... bergantung pada kembara dan suka hati kembaralah nak ape pun... asalkan bahasanya tetap difahami oleh wan dan atuk kembara... ehheheheee...

sekian, coretan kembara kali ini...
jazakallah, sudi membaca..
wassalam.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

~Siapa Saya~

Foto saya
semenyih, selangor darul ehsan, Malaysia
Servant of Allah,Full Timer Da'ei(insyaAllah),unexpected person,happy go lucky,outgoing,outspoken

~Meh masuk ehh...~