Allahummasolli'ala muhammad wa'ala alihiwasohbihiwassalam..
Haaacccchhummmm..... sreettt... srettt... *bunyi hingus dihembus*
hampir dua tahun, kurang (+/-) 42 hari..blog ini dibiarkan bersendirian meniti hari2 usang.. lama jugak tu.. kalau baby rata2nya dah boleh berlari.. dah masuk tahun baru pun berdasarkan tarikh akhir post ini di update...
alhamdulillah wabihamdih.. masih terus bernafas dan mempunyai baki usia yang tak berapa lagi.. moga ada manfaarnya pada agama dan bangsa sisa-sisa usia yang kian usang ini.. *ayat tak menahan*
2014.. tahun yang terduga dan tak terjangka...serius!!
logiknya memanglah apa yang bakal berlaku kita tak menduga.. apa yang pasti, setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya, kerana aku yakin Allah takkan mengizinkan sesuatu terjadi hanya untuk sia-sia...
Peristiwa2 yang tidak terjangka samada berlaku kepada negara mahupun keluarga tercinta... Allahh.. semuanya memohon kesabaran dan ketabahan yang tidak terhingga...
Kehilangan pesawat MH370, kejatuhan pesawat MH17, kejadian banjir yang luar biasa di kebanyakan negeri di Semenanjung ni (terutama negeri serambi Mekah, Kelantan), kemalangan yang meragut nyawa dan kesihatan yang dicintai, perletakan jawatan di Atos, hari keluarga YUZA Generation yang pertama, raya pertama tidak di kampung tanpa sebab, dan segala macam kejadian yang meragut sedikit sebanyak semangat di jiwa ini...
Namun di dalam senarai kejadian yang indah dan pahit bermula Januari 2014 sehingga ke hari terakhir Disember ini, kehilangan uwan dan atuk masih tetap dirasai.. Allahu... perit dan pedih sehingga ke saat ini... walaupun bukan kehilangan yang pertama, selepas Arwah Makwan meninggal 2010... akan tetapi, ini adalah kehilangan antara insan yang aku benar2 sayang dan cintai... mereka yang mengasuh dan menjaga aku dan adik beradik yang seramai 6 orang ini dengan penuh sabar... kehilangan yang aku tak terbayangkan.. rupanya waktu ajal mereka tiba dengan kadar sekejapan cuma... baru bergurau senda.. berbual ceria.. tahu2 mendapat ujian perasaan yang maha hebatnya... Allahu... aku rindu pandangan mata itu... aku rindu leretan senyuman itu.. aku rindu pelukan hangat itu.. aku juga rindu sergahan mesra itu... aku rinduu akan susuk mereka berdua... mereka pergi bersama.. aku berdoa semoga kami dapat berjumpa di syurga.. akan aku usahakan untuk ke syurgaNya...
in syaa Allah, nnt kelapangan aku akan coretkan detik2 kejadian itu... kejadian yang menjadikan aku lebih kuat dan tabah menghadapi situasi diluar jangkaan... dan menjadikan aku lebih terbuka dalam menyampaikan perasaan kepada mereka yang kusayangi.. ok lah.. dah macam sungai kat mata aku nih... aku belanja gambo nak... sikit je lah ye...
ouh... hari ini juga hari terakhir ummi bekerja.. pencen pilihan katanya.. tak larat dah nak bekejar dan bersaing dengan anak muda.. katanya... semoga ummi dapat menikmati waktu2 selepas pencen dengan lebih bermanfaat dan berguna... semoga Allah merahmati ummi selalu...
dan tak lupa juga............
" Selamat Tahun Baru 2015 Masihi"
masih lagi berusaha untuk mencari dan mencari dan mencari dan mencari dan menggali......
~~kembara mencari CINTA (T_T)~~
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
~May I Help u, or Can U help Me?~