Halaman

Khamis, 22 Oktober 2015

Jerebu Oh Jerebu

Assalamu'alaikum Warahmatullah
Allahumma solli 'ala Muhammad..

Alhamdulillah, sudah hampir 4 minggu Malaysia terus diselubungi debu dan asap kesan kebakaran hutan di negara jiran.Terasa sesak dan pedihnya mata apabila berada lama di tempat terbuka. Sekolah pun, ini minggu ini sahaja sudah hari ke-empat ditutup. Ini baru sikit je kepulan asap dan debu yang singgah di bumi bertuah ni, bagaimana lah keadaan mereka yang memang di kawasan kebakaran berkenaan. Semoga Allah terus memberikan kalian ketabahan, kekuatan dan kesihatan. Maafkan kami yang tidak mampu melakukan apa-apa pertolongan pun untuk kalian.


Semoga Allah melindungai kita, rakyat Malaysia dan negara-negara yang terlibat dari musibah yang leih teruk dan tidak dapat dibendung.Ya Allah bantulah kami menghadapi situasi ini.

Sedikit perkongsian mengenai jerebu:

Sekiranya kalian menghadapi situasi berikut dan berlanjutan, segeralah berjumpa doktor untuk rawatan pencegahan dari awal:

1.Sakit tekak
2.Batuk
3.Lelah /Athma
4.Mengalami masalah kesukaran bernafas
5.Mata pedih,merah dan berair

Kalian juga boleh mengambil langkah pencegahan awal antaranya:
1. Banyakkan minum air kosong
2. Memakai topeng (seeloknya N95) ketika berada di tempat terbuka/luar bangunan
3. Mengurangkan aktiviti luar
4. Segera berjumpa doktor sekiranya mengalami gangguan kesihatan.


Untuk bacaan lanjut mengenai jerebu ini , tuan dan cikpuan boleh mendapatkan maklumat di sini.




 ~~kembara mencari CINTA (T_T)~~

Rabu, 21 Oktober 2015

Selamat Tahun Baru1437H..

Assalamu'alaikum Warahmatullah..
Allahumma solli ala Muhammad..



Alhamdulillah... sekejapan saja terasa masa berlalu..
macam baru semalam laman ini tidak dikemaskinikan.. oh, rupanya sudah berkurun lamanya tidak dijenguk..
hijrah... hijrah.. hijrah kepada arah kehidupan yang lebih baik..

kebetulan semalam terdengar siara ulangan rakaman bicara addeen di radio IKIM.fm, berbicara mengenai topik maal hijrah..
untuk berhijrah, kita perlu fokus apa yang ingin kita tukar tu..
tetapkan target...
contohnya, kita nak berubah untuk solat di awal waktu setiap kali masuk waktu solat. maka tetapkan, sebelum azan dah ready kat surau/masjid.. dan sedikit tambahan, buat sedikit catatan untuk tanda aras(KPI) perubahan yang tengah dilakukan...
ada orang kata, even seorang trainer berbangsa cina saya juga mengatakan perkara yang sama .." untuk konsisten, atau perkataan yang islamik sedikit istiqamah, perubahan itu perlu dilakukan secara tetap selama 21 HARI.. in syaa ALLLAH hari ke 22 ianya telah menjadi habit.. " in syaa Allah... in syaa Allah.. biiznillah...

berubahlah atikah kepada jalan kejayaan... haiya 'alassolah haiya 'alalfalah.. in syaa Allah..

~~kembara mencari CINTA (T_T)~~

Jumaat, 27 Mac 2015

Yuk!! Sharing ilmu bersama saya..

Assalamu'alaikum Warahmatullah

Berbulan lama rasanya tiada update.. hehe...
Berbulan juga hidup ini di'sara' oleh ayahanda bunda... alhamdulillah..
walaupun malu, namun hidup terpaksa diteruskan jua..


selepas pemergian wan n atuk.. dan acik telah kembali sehat...
saya mula mencari pekerjaan dengan serius.. saya suka kerjaya yang memerlukan saya berkomunikasi dengan ramai orang.. kerjaya yang dapat membantu orang lain.. kerjaya yang membolehkan ilmu syang diturunkan digunapakai oleh si penerima.. dan juga kerjaya yang membuatkan orang lain senang hati dan saya pun akan senang hati.. saya mencari pekerjaan as a pendidik.. tapi tiada rezeki saya di situ.. yang dimohon tak dapat.. yang dah dapat terpaksa ditolak atas sebab tertentu.. ujian untuk saya..

Dan akhirnyaa...Team saya Muzzafar Shah Soleh membawa saya ke QTeam agency..
Di sinilah saya menapakkan diri dan mempasakkan niat.. All in one.. saya boleh bantu orang lain merancang dana persediaan ditimpa musibah, saya boleh share ilmu yang saya ada, saya boleh berjumpa dengan ramai orang dan saya boleh taking care ummi n ayah dengan lebih baik.. insya Allah...

26 Februari 2015, Exam TBE di Open University Bangi, Pass..
Officially, 6 Mac 2015 saya mendapat kod ejen di bawah Etiqa Takaful.
Dipantau dan diturunkan ilmu oleh sifu Mohd Tamsir Ali.

Insya Allah, doakan saya untuk lebih maju..
Target saya dengan wang gaji dari takaful ini saya mampu berinfaq dengan lebih konsisten, melangsaikan hutang PTPTN dan mempunyai kebebasan kewangan.. insya Allah... allahumma amiin...


Berminat untuk knowledge sharing bersama saya..

Jangan malu-malu(>_0) hubungi saya untuk temujanji :

 'Atikah 013-9122345 (Whatsapp only) /019-2623941 (Call only)


 ~~kembara mencari CINTA (T_T)~~

Khamis, 1 Januari 2015

"Fuhh... Fuhhhh... Fuuuhhhhh..."

Assalamu'alaikum Warahmatullah
Allahummasolli'ala muhammad wa'ala alihiwasohbihiwassalam..

Haaacccchhummmm..... sreettt... srettt... *bunyi hingus dihembus*

hampir dua tahun, kurang (+/-) 42 hari..blog ini dibiarkan bersendirian meniti hari2 usang.. lama jugak tu.. kalau baby rata2nya dah boleh berlari.. dah masuk tahun baru pun berdasarkan tarikh akhir post ini di update...

alhamdulillah wabihamdih.. masih terus bernafas dan mempunyai baki usia yang tak berapa lagi.. moga ada manfaarnya pada agama dan bangsa sisa-sisa usia yang kian usang ini.. *ayat tak menahan*

2014.. tahun yang terduga dan tak terjangka...serius!!
logiknya memanglah apa yang bakal berlaku kita tak menduga.. apa yang pasti, setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya, kerana aku yakin Allah takkan mengizinkan sesuatu terjadi hanya untuk sia-sia...

Peristiwa2 yang tidak terjangka samada berlaku kepada negara mahupun keluarga tercinta... Allahh.. semuanya memohon kesabaran dan ketabahan yang tidak terhingga...

Kehilangan pesawat MH370, kejatuhan pesawat MH17, kejadian banjir yang luar biasa di kebanyakan negeri di Semenanjung ni (terutama negeri serambi Mekah, Kelantan), kemalangan yang meragut nyawa dan kesihatan yang dicintai, perletakan jawatan di Atos, hari keluarga YUZA Generation yang pertama, raya pertama tidak di kampung tanpa sebab, dan segala macam kejadian yang meragut sedikit sebanyak semangat di jiwa ini...

Namun di dalam senarai kejadian yang indah dan pahit bermula Januari 2014 sehingga ke hari terakhir Disember ini, kehilangan uwan dan atuk masih tetap dirasai.. Allahu... perit dan pedih sehingga ke saat ini... walaupun bukan kehilangan yang pertama, selepas Arwah Makwan meninggal 2010... akan tetapi, ini adalah kehilangan antara insan yang aku benar2 sayang dan cintai... mereka yang mengasuh dan menjaga aku dan adik beradik yang seramai 6 orang ini dengan penuh sabar...  kehilangan yang aku tak terbayangkan.. rupanya waktu ajal mereka tiba dengan kadar sekejapan cuma... baru bergurau senda.. berbual ceria.. tahu2 mendapat ujian perasaan yang maha hebatnya... Allahu... aku rindu pandangan mata itu... aku rindu leretan senyuman itu.. aku rindu pelukan hangat itu.. aku juga rindu sergahan mesra itu... aku rinduu akan susuk mereka berdua... mereka pergi bersama.. aku berdoa semoga kami dapat berjumpa di syurga.. akan aku usahakan untuk ke syurgaNya...

in syaa Allah, nnt kelapangan aku akan coretkan detik2 kejadian itu... kejadian yang menjadikan aku lebih kuat dan tabah menghadapi situasi diluar jangkaan... dan menjadikan aku lebih terbuka dalam menyampaikan perasaan kepada mereka yang kusayangi.. ok lah.. dah macam sungai kat mata aku nih... aku belanja gambo nak... sikit je lah ye...










ouh... hari ini juga hari terakhir ummi bekerja.. pencen pilihan katanya.. tak larat dah nak bekejar dan bersaing dengan anak muda.. katanya... semoga ummi dapat menikmati waktu2 selepas pencen dengan lebih bermanfaat dan berguna... semoga Allah merahmati ummi selalu...


dan tak lupa juga............



" Selamat Tahun Baru 2015 Masihi"



masih lagi berusaha untuk mencari dan mencari dan mencari dan mencari dan menggali......

~~kembara mencari CINTA (T_T)~~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

~Siapa Saya~

Foto saya
semenyih, selangor darul ehsan, Malaysia
Servant of Allah,Full Timer Da'ei(insyaAllah),unexpected person,happy go lucky,outgoing,outspoken

~Meh masuk ehh...~