Halaman

Khamis, 10 Disember 2009

~Lagu~

Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarokatuh

Huhuhu... tak tau nape, selain dari lelagu dendangan Sudirman, lagu ini juga sering menyelit di kotak fikiran ni...guane xmboh nyanyi pun... tubik jugak... adess...
dengar2lah eh...



Still Loving You
by Scorpions

Music :Rudolf Schenker
Lyrics:Klaus Meine


Time, it needs time
To win back your love again
I will be there, I will be there

Love, only love
Can bring back your love someday
I will be there, I will be there

I'll fight, babe, I'll fight
To win back your love again
I will be there, I will be there

Love, only love
Can break down the wall someday
I will be there, I will be there

If we'd go again
All the way from the start
I would try to change
The things that killed our love
Your pride has built a wall, so strong

That I can't get through
Is there really no chance
To start once again
I'm loving you


Try, baby try
To trust in my love again
I will be there, I will be there

Love, our love
Just shouldn't be thrown away
I will be there, I will be there



If we'd go again
All the way from the start
I would try to change
The things that killed our love
Your pride has built a wall, so strong
That I can't get through
Is there really no chance
To start once again

If we'd go again
All the way from the start
I would try to change
The things that killed our love

Yes, I've hurt your pride, and I know
What you've been through
You should give me a chance
This can't be the end

I'm still loving you
I'm still loving you, I need your love
I'm still loving you

siapakahyangmencintaiku..??atau...siapakahyangkucintai..? kompius tahap supersayya...haaiiyyaaarrrkkkk......



~~kembara mencari CINTA (T_T)~~

Ahad, 22 November 2009

~Take mood~

Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarokatuh

Entah mengapa, semenjak dua menjak tiga menjak ni, lagu dendangan sudirman ini selalu saja meniti dibibir.. bila kosong aje fikirannya ini, terus terkeluar.. puas sudah difikirkan, apakah gerangan masalahnya, namun tidak jua ketemu jawapannya, adess~~



Pelangi Petang

Kumeniti awan yang kelabu
Kutempuhi lorong yang berliku
Mencari sinar yang menerangi
Kegelapanku

Kupercaya pasti suatu masa
Sang suria kan menyinar jua
Membawa harapan yang menggunung
Bersamanya...

( korus )
Engkau tiba bagaikan pelangi
Tak bercahya namun kau berseri
Tapi cukup menghiburkan
Hati ini

Seharian waktu bersamamu
Tak terasa saat yang berlalu
Bagai pelangi petang kau kan pasti
Pergi jua...

Apakah? Mengapakah?Siapakah?Dimanakah?Bagaimanakah?... atikah...atikah...iskk....


~~kembara mencari CINTA (T_T)~~

Sabtu, 21 November 2009

~hari terakhir persekolahan(T_T)~

Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarokatuh

Alhamdulillah, wasyukurillah.. bersyukur padaMu ya Allah...
berakhirnya malam tadi, bermakna, tamatlah sesi persekolahan 2009..
rasa sedih jugak, bila mengenangkan, dah tak jumpa lagik dah, anak2 tahun 6.. uhuk...(T_T)
tapi, dalam masa yang sama, alhamdulillah, tak sangka dah setahun saya di sini, menimba ilmu dan pengalaman bersama anak-anak di sini..nape..?tak percaya ke..? huhuhu... tengah nak percayakan dirilah ni...

malam anugerah cemerlang, kira malam terakhir di samping mereka..macam2 anugerah n hadiah disediakan.. maklumlah, malam anugerah cemerlang ini juga merupakan hari penyampaian hadiah, bezanya dibuat di waktu malam.. kalau nak cerita kategori2 yang ada, banyak sgt kot.. tapi ader kategori yang best, khas untuk guru-guru, iaitu:

1. Guru Popular yang masih tetap diungguli oleh kakmar,yang juga dianggap sebagai sayap kanan kak Tikah oleh kak Tiakh iaitu Cikgu Mardiah Hayati dan penambahan baru, ustaz Norismail Sidek.

2. Guru Berpotensi yang telah dinobatkan kepada guru cemerlang, Cikgu Mardiah Hayati yang telah banyak berkorban dan menabur bakti tanpa berkira pada pihak sekolah.. saya memang sokong kak mar..chayo' kakmar.. biokan yg kununnya banyak wat keje berfikir...hepp.. atikah..atikah...takmo..hati musti mau bersih.. uhuk...

3. Guru Harapan yang telah dilabelkan kepada Cikgu Nurfatin Osman Dan Ustazah Siti Mariam..Alhamdulillah...

tahniah buat antum..semuga usaha dan bakti antum yang ikhlas kerana Allah, naik ke atas tanpa hijab.. kakmar, nanti boleh la belanja saya jenjalan eh.. muahahaha...

saya takde gambo cikgu-cikgi ni naik pentas, tapi gambo lain tu adalah seskek.. kredit to kakmar yang sanggup menunggu saya me'transfer' gegambo ini dari kamera ke pendrive.. hehe... enjoy!!


Kakmar, 'Adawiyah,Rafiah, kak A'tikah

Gambo sepanjang majlis berlangsung..

gambo sebelum dan semasa majlis berlangsung..

Gambo sebelum majlis berlangsung

Gambo sebelum majlis dan semasa latihan..
erkk, yang si kenit tu, merangkap ketua jurulatih tau...


Banyak laagi gambonya, tp nntilah masukkan.. tak mekapkan lagik.. nak masukkan sesatu, banyak la pulak.. huhu.. tungguuuuu~~~

p/s: mak ijah, i dah masukkan gambo, kalu banyak gambo i tu, jangan jeles eh..
adatlah, namanya blog i.. adess...

jumpa lagi episod seterusnya..

Selamat Bercuti pada semua Anak-anak dan cikgu-cikgi..
Manfaatkanlah masa yang ada bersama keluarga... Sayangi keluarga, Di situlah bahgia...
luv eu all, always n forever..(K*)



~~kembara mencari CINTA (T_T)~~

Rabu, 11 November 2009

~Burrppppp!!!~

Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarokatuh

"Teacher, bila jamuan kelas kami teacher?" tanya zarifah, Intan,Amiran dan Ai'na..
"takmo buatla..kita makan angin aje eh.." jawab ku secara malas.. huhu..

akhirnya, terjadi juga jamuan kelas yg diharapkan.. nak makan KFC, kata mereka.makanya kami(saya+kak zura) pun belikan mereka KFC..side dishes-ader frech fries,nasi goreng cina,cheesy wedges,ayo berkarbonat,kek secret recipe+ King,deserts,buah-buahan.. ni antara gamba yg sempat dirakamkan, dan diabadikan di dalam blog teacher mereka..kuhikss...

semua pun tengah kusyuk menikmati hidangan..

Acara memotong kek pulak selepas selesai aktiviti memakan makanan yang ada(*_*)


i'll miss all of u..dah nak abih dah sekolah..tinggal seminggu je lagi..sayu pulak terasa..
u all pun dh nak tuko alam..hm, alam persekolahan.. teacher doakan agar kalian beroleh kejayaan di dunia dan yang paling penting di akhirat sana.. ameenn..




~~kembara mencari CINTA (T_T)~~

Ahad, 8 November 2009

~Weekend ku~

Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarokatuh

hari Ahad, hari yg best..huhu...
Asalnya nak p sekolah,nak Update file sains anak2, nnt kalau dah takde, idaklah penin guru seterusnya nak mencari info.. tapi, sudahnya, saya n kak tikah tersidai aje di rumah.Makanya, sambunglah semula godek2 photoshop ni, sambil penin2kan pale.lame giler tak menggunakannya.. adess..sambil2 godek photoshop, terjumpa software2 yg lain..makanya cepat aje tangan nak mencuba..
~Everlasting luv wif eu~

~ni plak gegambo malam seblm raya di Jln TAR, xclude gambo ummi n ayah~

Untuk Software yg first, very limited template yg boleh dipilih..tak tau nape takleh nak add template yg dah dimuat turun.adakah template2 berkenaan diwajibkan di'store' di C Drive? sebabnye saya savekan ia kat E Drive..huhu...try error eh,kalau tak boleh kita wat len..
okiess.. sekian aktiviti yg senang di hujung minggu dari saya...

Disebabkan dedua software ni adalah freeware, makanya tak banyak yang boleh dilakukan. Tapi masih banyak yg boleh digodek-godekkan.. insyaAllah, time dah free nnt boleh la, sambil improve skills masak, sesambil develope skills cenggini..insyaAllah...



~~kembara mencari CINTA (T_T)~~

Sabtu, 7 November 2009

Hari Terbuka+Pendaftaran 2010

Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarokatuh

Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran kami rafa'kan kepadaMu ya Allah kerana memudahkan urusan kami sepanjang majlis ini berlangsung..

jam 9 am..dah sampai sekolah..duk godek2 graf subjek tuk Ustazah Mariam,anakanda Saddam dan Nurul Atikah sementara menanti kehadiran ibu bapa..tetiba, teramai pulak ibu bapa, terpaksa meminta jasa baik kak mar untuk mengambil alih dulu pembayaran dan pendaftaran pelajar 2010..

sebenarnya, hari ni ada pengambilan buku rekod pelajar dan sekaligus pendaftaran pelajar lama dan baru untuk tahun 2010.. jadi, walaupun guru2 ramai di sekolah, tapi semuanya duduk di dalam kelas masing2 utk entertain parents yg hadir..yg saya ni pulak, sbbkan year 6 takde pengambilan buku rekod,makanya saya ditarik ke bahagian pendaftaran sementelah telah ditrained oleh kmar sekian lama..

Alhamdulillah, sambutan sangat baik... dan parents sgt opened..kirenyer, walaupun adakalanya diri ini macam terkial2 nak mengira jumlah keseluruhan@jumlah duit2 yg ada, tapi dorang leh wat lwk lagik...adess...

petang, rancangnya nak makan pizza untuk dinner, tapi tgklah 'mood' semasa kami nnt... insyaAllah, kalu mmg jeki, akan sampai la pizza cheesy crunch tu kat pintu pago umah...nyuuummmm.......!!!!!!!
Adess...pale dah penin pusing2,tahan ngantuk...

nnt sy upload gambonye eh...

p/s: kerana majlis ini, saya tak smpt ke Masjid Saidina Hamzah buat kali kedua untuk usrah..

p/s 2: kak mar, nnt nak gegambo yg hari ni n semalam eh....



~~kembara mencari CINTA (T_T)~~

Jumaat, 30 Oktober 2009

~erkk.. sumpahan....???~

Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarokatuh

Huhu...saya tak pasti,samada kami telah terkena sumpahan atau kami yang mencari sumpahan bunian itu untuk kami..adess..teruk betol penangan sumpahan ini..huarrgghhh...

jangan tekezut, kami satu rumah(bertiga diwaktu ini) telah dihantui dan dibelenggu dengan bunian..muahahaha... idop la sampai gitu benanya... hepp..atikah,serius,serius..


haa, ni la dianya sumpah itu..cerita sumpah bunian yang disiarkan@ditayangkan di TV3 pd sebelah ptg(4.30-5.30pm) dan TV9 pd sebelah malam(8.30-9.30pm)..
Naper eh kami ske tgk cerita ni?
ntah, mungkin sebab jalan ceritanya tak berat,suasananya nampak bersih,dan sy ske tgk nora danish bertudung, bertambah tomeyy!! huhu... cane eh, saya yang perempuan ni pun ske melihat, kalau yg lelaki guano la gamaknya..kene pakai purdah si nora ni..uhuk... opss, lope plak lagi satu,music latarnya tidak serabut dan lembut..
"isk, tak lari sumpah bunian tu ismi, malam kang pun boleh tgk.."kata kak mar tatkala saya dah bersiap2 untuk pulang sementara menanti anakanda sekalian keluar dari surau sekitar jam 4.50pm..
"tak leh kmar,nnt malam dia ader potong2 scene, xbpe nak bes.."jawabku agak selamba sbb nak balik sesgt..
itulah rutinnya, tapi ader sminggu direct tak dapek nak nengok ptg sbb jadik cikgi bertugas,terpaksa balik lewat kena menemankan anakanda2 yg dijemput pulang agak lewat..minggu tu mmg agak penat, ditambah migrain yg agak berat,nak angkat kelopak mata pun sakit, apatah lagi melihat cahaya dan mendengar bunyian hatta bunyi telefon@mesej masuk..huhu...erkk,melencong plak topiknyer..

okies..sekian mengenai sumpahan yg terkena pada kami serumah, namun ianya telah berakhir, kerana episod tu dah tamat..walaupun bukan happy ending, tapi banyak juga pengajaran yang boleh diambil, andai ingin berfikir dan menjadikannya tauladan.. dan yang paling memberi kesan dihati kecik ini ialah
--> jangan menyakiti hati ummi, ayah dan orang2 yang menyayangi kita kerana adanya kita..insyaAllah, semoga kita menjadi anak2 yang menyejukkan perut ibuyang mengandungkannya, dan penawar ummi ayah sepanjang hidup mereka..ameenn..
--> berfikir dan bertindak tidak mengikut akal,perasaan dan nafsu semata,gunakan juga hati dan mata hati untuk menilai dan menimbang taranya...
--> hidup tidak selalunya indah,setiap yang berlaku adalah bersebab dan mempunyai hikmah yg perlu kita ambil
--> sabar, sabar, sabar..indahnya andai mempunyai tahap kesabaran yang tinggi..
--> seterusnya, fikirlah sindrik ek.. banyak pengajaran kalau kita nak amik darinya...

Wallahu'alam..

~~kembara mencari CINTA (T_T)~~

Rabu, 21 Oktober 2009

~Ujian~

Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarokatuh
Selawat dan salam atas junjungan mulia nabi Muhammad Sallahu'alaihiwassalam, kaum keluarga, para sahabat, para tabi' dan tabi'in..

Hari ni, kembali bekerja..Huargghhh..lepas ngaji td pagi, boleh pulak sambung lelap dengan tafsir2nye sekali..adess..teruk betul perangai..iskk..iskk..terencat betul rasa di hati nak menaikkan semula semangat ke sekolah setelah 4 hari bercuti,berjalan2 dan berangan..uhuk.."hepp...takmo memalas...syoohh...syohh..."kataku menghalau semangat jahat di dalam diri..
minggu ni, kira minggu kedua peperiksaan di sekolah.Minggu lepas, periksa paper agama,minggu ni paper akademik, sebabnyer paper dari JPWP lambat skek tiba, jadi proceed dulu ngan agama. Subjek KH dah lepas, dah siap me'rite' pun,math untuk 1 Qayyum pun dah nak habis tanda, tengah tunggu untuk paper science plak esok..paper last.. aduyaii...ni paling tak syok ni, paper last skalik, maksudnya saya la yang paling lambat akan dapat menanda kertas jawapan..huaarrgg...(serlahkan kecekapan anda -ayat nak sedapkan ati..)

26hb 10 ni, pelajar Y5 akan amik exam UPKK (Ujian Penilaian Kelas Kafa). dedolu, masa tahun 1995, saya juga mengambil exam ni,idakla susah mana pun, kehidupan seharian aje..
7hb 11 nnt,hari terbuka+pendaftaran pelajar baru dan lama untuk tahun 2010.disebabkan saya+kak zura guru kelas 6 Al-Khawarizmi, makanya saya tidak terlibat secara langsunguntuk Hari Terbuka. dan tadi, kak Tikah dah pesan awal2---> "Ada, nnt hari pendaftaran akak nak mintak tolong awak dan kak zura ye.sebabnya akak terlibat dengan kelas" pintanya..
"okies kak..nanti saya tengokkan eh sampai penin mata ni"jawabku lantas membuahkan tawa pada kak tikah n saya juga..mujur tak kena hempuk dengan kak tikah..uhuk..

21hb 11 nnt,Hari Anugerah 2009..hm..saya dapat bahagian protokol dan jemputan.Uhuk!Tugas yang boleh tahan beratnya memandangkan semuanya di saat akhir begini.. tapi takpe, saya akan memberikan kerjasama 200% pd partner saya,Rafiah dan unit2 lain amnya.."apa yang penting,Kerjasama"nyanyiku berulang kali sambil membaca n memikirkan perincian tugas..

dan, tetiba saya rasa macam kene panah petir...kebaboommm.....!!!!
"Tikah, disebabkan awak dalam sidang redaksi,boleh tak ummi nak tangkap gambar kelas n guru Jumaat ni, then letak dalam majalah.Jadi atikah buat majalahnya........."kata ummi
"erk,buat majalah eh..hmm... insyaAllah, tapi tak tebal macam skolah biasala mi,only a few pages like Monthly Buletin" jawabku..
-->nape terasa macam kene petir??? sebabnya, saya memang dah berkira2 dari awal untuk tidak mengaktifkan sidang redaksi ni.MEMANG dan takmo jalankan..tup tup... amik ko..hm, takpe demi Cahaya Ummi, insyaAllah. itulah 'Atikah, takmo prektikkan sepenuhnya lapang sebelum sempit..huuwaaaa......

dan penambahan dari perancangan yang sedia ada untuk anak2 tahun hadapan.. masyaAllah, macamana 'Atikah nak buat keputusan yang lebih penting dari semua tugasan ini... "ya Allah, berilah hamba petunjukMu,ilhamkan daku,kuatkan daku dengan bertahajjud kepadaMU... ameennn"





~~kembara mencari CINTA (T_T)~~

Selasa, 20 Oktober 2009

~Open House@Bercuti~

Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarokatuh

Bercerita kisah untuk 5 hari peristiwa, Jumaat(16/11)-Selasa(20/11).. banyak juga yang nak diceriterakan...hm.. kita mulakan satu-satu eh...

16/11/2009---------------------------------------------------------------------------------
balik dari sekolah,sekitar jam 5++pm.. iskk, beratnya kaki nak melangkah tunggu pakcik bus.. uhuk.. siap main golek2+makan sekrim, kesudahannya selepas isya'(waktu pun masuk awal la ni),barulah saya menapakkan kaki melangkah ke selekoh berhadapan Perumahan Ampat Tin.Tengah duk khusyuk menanti bus sambil main puzzle kat HP,tetiba "Assalamu'alaikum,baru balik asrama ke dik"tegur seorang kakak(kot) yg baru mampir menunggu bus bersama..saya..?tersenyum dan menjawab... seterusnya kami berbual sementara menanti kehadiran pakcik bus yg kami rindui.. adess... hmm... adakah dengan berseluar sukan, baju T,back pack dah kelihatan seperti budak sekolah..huhu.. awets muda sungguh rupanya diriku ini... dalam bus, decide nak naik ape, KTM ke bus.. at last, terasa macam nak naik bus aje, makanya menapak la dari bangkok bank ke Mydin Kotaraya..tunggu bus jalan...tot..teet...
jam 10pm, tibalah ke Perhentian Kajang..Banyak lagik bus, orang pun ramai..sementelah esoknya adalah sambutan Deepavali..
"Dik, nak ke mana..?"Tanya pakcik City Liner
"Ke Semenyih, Pakcik" jawabku
"Naiklah bus ni, ke Semenyih jugak ni"kata pakcik
"erk, tak lalu umah saya pakcik.saya nak ke Pelangi Semenyih"ujarku pula
"Oo..Bandar Rinching..mana ader bus Liner dah.tapi Rapid ader, kul 11.30pm..nnt, ha, tu makcik tu nak balik Kesuma, sama la bus nanti tu"tutur pakcik memberitahuku..
info:Kalau dari Pekan Kajang nak ke Taman Pelangi Semenyih, hanya boleh naik bus yg menunjukkan 2 destinasi aje--> either bas ke Beranang or Seremban..samada City Liner, Rapid atau Bus Mini( yg ni Beranang aje)
msg ummi, kata "bus last dtg dalam jam 11.30, kire smp bus stop dalam jam 12am, kalau sudi amikla kat depan tu eh"..
ding dong...."tunggu kat depan Billion, acik n cikman datang amik..tunggu kat situ sampai acik dtg, jangan naik bus"balas Uda ,dengan arahan ummi pastinya sebab gune hp ummi...
sampai umah, sekitar jam 11.45pm..semua org tgh bz masak, maka saya pun men'join'kan diri main masak2 sekali,walaupun sendi2 dah rasa macam longgar habis penangan menggalas beg yg berat bagaikan diisi dengan batu bata...adess...
Kazenku:Ijam yang telah lena ketika saya sampai di rumah

17 /11/2009-------------------------------------------------------------------------------


Pagi hari, sudah tentulah lokasinya di rumah. mula mengemas sesi terakhir,bawak keluar meja, kerusi dan memasang ape yang patut..bla...blaa...bla...
sekejap je rasanya hari berlalu, dah nak masuk jam 12.30pm.. tetiba terdengar jeritan dari tingkat bawah rumahku--"dik, kawan ko dah datang" jerit makcikku yang mana, lope la plak... uhuk..
"kakngah, kak mar dah datang kakngah, p lah turun" kata uda, menambahkan kelam kabutku..muahaha...
"eh, kak mar, awalnyer sampai..alahai, saya tak siap pun lagik ni...cane nih..tunggu jap eh.. makan la ape yg ader" ujarku dengan malu-malu ulat beluncas..
-->kata kak mar, dia bertolak awal sebabnya duk bayangkan jauhnya Semenyih itu dari Kg Batu Muda,tapi tetiba eh sekejap je dah smp.. huhu...<--
tak per kak mar, lepas ni kalau ader kenduri penting di umah saya, xder la sesat ek... kak mar pulang sewaktu jemaah surau yang diiringi oleh ayah datang mengimarahkan majlis. kat kak mar, nak p tgk tesko semenyih..tak sempat nak tangkap gambo kakmar makan2, tapi kakmar satu2nya sahabat yg sempat masuk ke dalam rumahku..hehehe...
sewaktu jemaah masjid masih lagi di dalam majlis, jemputan telah mulai datang, kawan2 Ayong, kawan2 Uda dari Poli Banting, dan termasuklah Duratul Kamilah dan Fareha, adikku yag lama tak kutemui.. ni ader sedikit gambo2 kenangan sepanjang majlis berlangsung..

Mak Wan n kazens sebelah ayah
Align Center
saudara-mara sebelah ummi+femeli maklang
Una+suami(Cik Din),Mar(kwn SMKPWKL)+Suami. tiada dalam gambo: kak Iza, kak Fiza+suami(abg Zarul)+ Khadijah(anak kak Fiza)
Sahabat Ukhwah: Due, Fareha, Shye,Kak Yati.. tiada dalam gambo: ikhwah 2 orang firhad dan fuad (segan pulak nak snap gambo depa ni)

Alhamdulillah, majlis berjalan dengan baik dan lancar..elok semua tetamu mula beransur pulang, hujan renyai2 mulai turun dan sedikit demi sedikit mulai melebat. tetengah hujan lebat,kami mula mengemas dan tak terperasankan kak fiza n the gang yang baru sampai.sian depa. minta maaf ye kak fiza, kak iza, abg zarul..

usai mengemas,duk kira cawan, pinggan, sudu dan segala macam peralatan untuk dipulangkan..majlis disambung pula dengan acara memotong kek ulang tahun kelahiran..Qurratu'ain Nadiah, adik saya yang bongsu dan Azman Ibrahim, Cikman saya yang berkahwin dengn makcik saya yg keempat.

Allah selamatkan kamu..Allah selamatkanIsmit Ulam Raja.. uhuk...Dappnyeee~~

Tokman(berkopiah putih) membacakan doa selamat dan memulakan majlis.

Cikman berkemeja biru, kakak bertudung biru(sblh ayong)..saya kat mana?uhuk..? kat tangga duk tangkap gambo ni la..

Malamnyer, sambung kemas yg dalam rumah pulak.. vacuum karpet2 yang digunakan, gulung, angkat semula meja makan yg sangat berat itu ke kedudukan asalnya,susun semula kerusi2.. uhuk..sudahnya, tak terperasan bila saya terlena..penat sangat la tu kununnya.. aduyaii..
------------------------------------------------------------------------------------------------
18/10/2009

tak buat ape pun hari ahad ni.. selesaikan saki baki yang perlu dikemaskan.. masukkan pinggan mangkuk dalam lemari,buang sesampah sarap yg dah tak muat nak masuk dalam tumptnyer..sapu, mop dan semua kerja rumahlah yang dirasakan perlu dibuat dan mesti dibuat..hehehe...uruskan ape yg perlu, wan balik kg,adik2 balik kolej dan balik asrama...

------------------------------------------------------------------------------------------------
19/10/2009-20/10/2009

Kerana terlalu teringin untuk bercuti, makanya saya pun memohon cuti untuk 2 hari..(banyak tak? muahaha) merancang apa yang perlu...
seninya, bersama ateh ke kole.. sebelum tu kami ke PPDHL selesaikan urusan di sana.then,baru ayah turunkan kami di KTM Serdang, dan kami turun di KL Sentral untuk bertukar dengan Putra LRT pula, nak ke Ampang Park, dan menuju ke Tabung Haji, Selesaikan urusan Ateh di Tabung Haji, dan mendaftar sekaligus untuk Kelab Taha nyer..
pastu, lepak di Kinokuniya, KLCC... kununnya nak p Aquaria, tapi sampai2 bajet2 masa tak sempat dah ni..kang tak sempat nak kejo tren, lame plak ayah kene tunggu kat KTM Bangi kang.. makanya, kami duk jenjalan, makan2, n baca2 kat KK tu sampaila kul 4..then, bergerak pulang..tak lama lepas smp di KTM bangi, ayah pun sampai dari Putrajaya..
Esoknya, ayah n Ummi bercuti..anto Kakteh p appt Dentist kat Hospital Kajang-ummi temankan, saya plak kunun nak turun kl dolu.. tapinyer takjadik ayong plak kol ttg umah PPR yang dah dibuka untuk jual.. makanya ayah rushing ke Putrajaya plak jumpe ayong di opisnya tuk amik kad+borang2 yang patut untuk pembelian berkenaan. tak lame pastu, ummi kol, kata urusan ateh dah selesai, makanya tak jadik lagik nak KL dolu, terus amik Ummi n Ateh kek spital..then baru ke KL..p JPWPKL,p makan n hantar saya balik ke Batu Muda ni. lepas tu, ummi n ayah terus ke Melaka hantar adik balik asramanya...huhu... sekian hari2 yang agak memenatkan tapi meninggalkan seribu cerita...






~~kembara mencari CINTA (T_T)~~

Jumaat, 9 Oktober 2009

~Kerana Promosi Itu (T_T)~

Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarokatuh

di suatu pagi yang dah nak ke tengahari sudah...sedang leka si atikah membelek n menelaah cerita dan berita di akhbar the Star, tetiba...
"Wahhh....brosur pizza hut...slluuurrrpppp...."
maka tertariklah perhatian beberapa orang guru di dalam opis ni untuk men'join' sekaki sebadan menatap brosur tersebut bersama-samaku..

"eh tikah, bila kita nak makan reramai macam dolu tu eh?ita collect pastu awak call la dia..."tanya kak fiza..
"bila kita dapat gaji boleh je kak..makan reramai.."kataku...dan perbincangan ditangguhkan kepada suatu tarikh yang akan ditetapkan kemudian...kuangkuangkuang..uhukk...

seterusnya, perbincangan rakan serumah,kak a'tikah, 'adawiyah dan rafiah...
"kita makan pizza nak malam ni...ada offer best.. tapi idak la murah mana pun.. dapat 2 regular pizza.. nak tak.."tanya 'adawiyah..
"ha.. ok jugak.. akak pun lame jugak tak makan.. sape nak telifon..?eh, kita tanya rafiah dulu la.."jawab kak a'tikah
rafiah pun bejalan masuk seusai hais waktu matapelajarannya...
"awak nak join rafiah makan piza malam ni.."tanya kak a'tikah kepada rafiah..
"boleh..boleh... nak jugak..."jawab rafiah.."
"okies.. kalau macam tu nanti lepas maghrib saya kol pizza eh...kita amik promotion yg dua pan ni eh"sambung 'adawiyah dengan bersemangat sekali..muahaha...
(perbincangan selanjutnya berlaku secara tidak langsung antara kami bertiga)

malamnya..
"ok kak, makcik pizza kata 45 menet lagi dia sampai..kira dalam 8.30pm la dia anto..boleh makan sambil tengok Sumpah Bunian..kami pun menanti dengan penuh bersemngat nak memakan pizza...
9.00 pm
"ada, mana ni dah nak pukul 9 ni, tak sampai2 pun..."tanya kak tikah..
"erk, ntah kak, agaknya dia susah kot nak carik rumah kita ni..maklumlah,rumah tengah bandar,duk ceruk kampung...adess..."
1800752525 di telifon bertanyakan status penghantaran pizza kami...
kami menanti lagi ketibaan yang berhormat pakcik pizza dengan penuh kesabaran..

9.45 pm
"kak, lambat lagik ke pizza nya, saya dah lapar dah ni."tanya rafiah..
"entah..kami dah 2 kali kol customer service dia ni..dia kata dah anto...akak pun dah lapo jugak ni" jawab kak a'tikah dan dipersetujui oleh 'adawiyah...

10.15pm..
eh.. melampau dah ni..bilanya nak sampai ni.. care centre kami kol lagik untuk mendapatkan kepastian, dan kami tetap mahukan pizza tu.. alang2 dan menanti dari tadik, biar sampai dapat..nak jugak..nak jugak...(alasan cover malas nak masak malam tu..adess..)kami pun menanti lagik dengan penuh kelaparan...

10.30 pm..
"hello, cik atikah ye, saya manager pizza hut(branch mana ntah, lope la plak...) cik order pizza ...sekian..sekian... kami ada miscommunication tadi..ada yang kata tak yah anta,ada yang kata kene anta..jadi kami minta maaf..adakah cik nak meneruskan order atau nak membatalkannya?kalau nak teruskan cik atikah dapat 1 pizza free kerana kelwatan ni.."

"saya nak jugak, tak kesah la pape pun.. lame dah nunggunyer ni...huhuu.."
kami pun memilh thai seafood untuk pizza bonus yg diberi disampung super supreme n hawaian chicken..

10.50pm
pinn...pinnn....
"ha, pakcik pizza dah datang..cepat..cepat.."kata 'adawiyah dengan muka mengantuknya...
"minta maaf ye cik,lewat..kalau orang lain dah kena maki dah kami ni.."kata pakcik pizza delivery yang masih muda dengan muka malu2 siput...

sudahnya, kami pun menjamu selera dengan tiga regular pan pizza.. uhuk..banyak sungguh..
dan, malamya, saya dopleh nak lelapkan mata, lantaran perut penuh terisi..huhuhu..

pengajarannya:
rancangan molek dah, tapi rancangan Allah jua yang paling baik..
kesabaran...
secara tak langsung, ianya juga salah satu bentuk indirect tarbiyah untuk kami ni..bersabar dan menahan sabar agar terus bertahan..
sebagai ganjarannya,kita dapat apa yang kita inginkan..tapi, dengan bersabar...
kalau tak sabar, mungkin order tersebut dicancelkan dan kami tak dapat makan pizza..
indahnya ganjaran sabar itu andai dapat diaplikasikan pada kehidupan sebenar sepenuhnya...


wallahu'alam...

~~kembara mencari CINTA (T_T)~~

Selasa, 8 September 2009

~UPSR~

Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarokatuh...

tadi pagi, saya kelewatan datang sekolah, walaupun rumahnya hanya kira-kira 10 tapak aje dari sekolah.. odw ke sekolah, terlihat makcik jiran menyapu sampah depan rumahnya.

"Cikgu, hari ni dah mula peksakan..?" tegur makcik disebelah rumah bungalow kuning kuningku..
"Ha'ah cik, mula dah hari ni sampai khamis nanti" balasku dengan senyuman malu sebab lewat ke sekolah...

bermula hari ini, 8.09.2009 sehingga 10.09.2009 anak-anak tahun 6 di seluruh Malaysia akan menduduki UPSR.. semuga segala usaha yang kalian curahkan, akan dibalasi selayaknya..insyaAllah, walau apa pun yang bakal kalian dapat nanti, ianya adalah yang terbaik buat kalian pada waktu ini..
Semoga Berjaya anak-anak cikgu...

1. Mohd Faiz Hilmi B. Azimuddin
2. Muhammad Fiqri Rusyaidi B. Mohd M. Yusuff
3. Naimuddin B Nadzry
4. Amirah Balqis Bt Zainudin
5. Siti Najihah Bt Abdullah Najib
6. Zarifah Yusra Bt Yahya
7. Intan Nasuha Bt Ahmad Razani
8. Mohd Haziq B Mohd Nazri
9. Nurul Ai'na Bt Mohd Tajaharis
10. Sobia Noor Bt Mohd Yousaf


Send this eCard

p/s: Bebudak ni yang exam, cecikgunya pulak yang nebes dua macam.. adesss.... penin.. penin...

~~kembara mencari CINTA (T_T)~~

Isnin, 31 Ogos 2009

~Selamat Hari Kemerdekaan ke-52


Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarokatuh
Selawat dan salam ke atas junjungan mulia, nabi Muhammad S.A.W, ke atas kaum keluarganya, para sahabat, para tabi' dan tabi'in..

Alhamdulillah, syukur kehadrat ilahi kerana dengan limpah dan inayahnya, kita mampu untuk mengulangi sejarah kemerdekaan buat kali ke-52 pada tahun ini.
Dengan tema - Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan,sambutan hari kebangsaan pada tahun ini disambut secara sederhana (ayat2 dalam news paper ke pembaca berita, tak ingt la plak...)dan logo yang unik,menunjukkan kekreatifan pemikiran penciptanya...tapi, yang Mencipta pencipta itu tentunya lebih kreatif..Sudah tentu...

--->perbualan sewaktu saya n beberapa orang pelajar membaca surat khabar tidak berapa lama dahulu..
"Cikgu, dahulu tu maksudnya dah lamakan cikgu"beberapa lagi pelajar yang ada disitu mengiakan penyataan kawan mereka.
"hmm...(sambl memikirkan ayat yang patrioritik)...kalau dalam ayat awak, betul maksudnye dah lama, tapi dalam ayat ni, maksudnye diutamakan @dipentingkan..apa2 pun, kene rakyat di depan"++saya pun menambah di dalam hati, makanya terjadilah peristiwa singapura dilanda todak, yang mengorbankan rakyat jelatanya...uhuk..jangan lelebih, kang masuk court kang atikah...adess..

semoga, makna kemerdekaan ini bukan hanya setakat dilaungkan dibibir saja..harapnya, ianya tersemat dalam hati, bahawa negara ini, milik kita, yang kita warisi dari zuriat keturunan kita..merdekakanlah diri kita dari penjajahan budaya yang semakin kronik,merdekakan diri kita dari cara hidup penjajah yang telah sekian lama menyusup dalam kehidupan..ambillah yang mampu memberi manfaat kepada agama, diri, keluarga, masyarakat, bangsa dan negara, dan umat islam amnya...
dan yang paling penting,hidupkan islam, di mana pun kita berada..Agama perlu didahulukan, insyaAllah, rakyat akan terbela dan seterusnya pencapaian akan cemerlang..apa pun keadaannya, mardhotillah itulah matlamatnya..makanya, keamanan ini akan terus terbela, dengan pembelaan dari yang Maha Berkuasa...

~~kembara mencari CINTA (T_T)~~

Ahad, 30 Ogos 2009

~Uwanku~

Assalamu'alaikum warahmatullahi Wabarokatuh...
Selawat dan salam ke atasn junjungan mulia, nabi Muhammad S.A.W, kaum keluarga, para sahabat, tabi' dan tabi'an..

Hari ni kira hari pertama berpuasa di kampung..
wahh.. sangat merindui suasana ini..
bermula dari berbuka petang semalam (29.08.09) sehingga kepada sahur dini hari tadi..
Suasana ini tidak pernah berubah.. masih tetap sama tatkala saya mula belajar berpuasa sekitar 3-4 tahun, sehinggalah saya berumur 25 tahun kini..

Wan, orang yang paling sebuk sekali waktu itu.. ke hulu, ke hilir...
walaupun semua hidangan telah kami sediakan, tinggal nak duduk, dan menjamah makanan, tapi, wan saya tetap tidak akan duduk... ada saja perkara yang ingin dilakukan waktu itu..
seringnya, wan adalah insan terakhir yang akan duduk makan di meja,walaupun telah berkali-kali dipelawa makan.setelah beliau berpuas hati melihat semua orang mulai makan,atau hampir menghabiskan makanannya..

waktu itu, atuk dah habis makan.. kalu waktu atuk muda2 dulu, waktu dia telah mula mengeluarkan sepuntung rokok, duduk di beranda luar,barulah wan duduk di meja untuk bersahur... kami..? pastilah tengah makan.jika tidak, risau aje hati wan melihat kami duk termangu-mangu..

dan kini, setelah 21 tahun berlalu, fizikal wan sudah tidak segagah dolu, pergerakan wan tidak lagi sepantas seperti dolu, namun suasana itu masih lagi seperti waktu itu, suasana itu tetap tidak berulau telah diinjak waktu..dan wanku, akan terus begitu selagi kudrat mampu mengangkat, selagi ruh masih menghuni jasad..

"Ya Allah, sihatkanlah wan dan atuk kami.. lapangkanlah kehidupannya, tetapkanlah iman mereka,matikanlah mereka dalam keadaan orang yang beriman,peliharalah mereka dari azab api nerakamu, terangilah kubur mereka, kasihanilah mereka sebagai mana mereka mengasihani kami adik-beradik sewaktu kami masih kecik, berkatilah mereka, rahmatilah mereka, limpahkan mereka dengan mawaddah dan mahabbahMu ya Allah...Ameenn"


~~kembara mencari CINTA (T_T)~~

Khamis, 13 Ogos 2009

~Janji Allah Itu Pasti~

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarokatuh...
Selawat dan Salam ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad SAW, Kaum keluarga, para sahabat, tabi' dan tabi'in..

Maksud firman Allah :
"Dan setiap umat mempunyai ajal(batas waktu). Apabila ajalnya tiba, mereka tidak dapat meminta penundaan atau kecepatan walau sesaat pun"(7:34)

13 Julai dahulu, pemergian Syeikh Fathi Yakan telah menyentak hati ini,menggamit pilu dan sayu...salah satu kehilangan yang besar dalam arena dakwah yang begitu dirasai oleh umat islam seluruh pelusuk dunia..

Dan hari ini, pemergian Ustaz Asri yang lebih dikenali sebagai solo Kumpulan Rabbani, kembali menyentak getaran itu.. Innalillahiwainnalillahiroji'un...
Siaran berita mengenai pemergian al-fadhil bermula ketika almarhum rebah dan kemudian disusuli dengan video alharhum yang telah dikapankan,gambar anak-anak dan isterinya, membuat hati ini sayu... mengalir jua setitis air mata.. (T_T)

Semoga almarhum ditempatkan dikalangan para salafussoleh...ameenn...Salam takziah untuk ahli keluarga almarhum...

sedikit kenangan ------------------------------------------
Saya mula kenal beliau (wpun beliau tak kenal saya), bermula dari kumpulan Nadamurni..kecil lagi saya ketika itu..sibuk betol bibir ni mengalunkan lagu "Sunnah berjuang" walaupun tidak difahami akan maksudnya yang sebenar,tetapi mampu menyerapkan semangatnya ke dalam hati yang masih muda ketika itu...


~~kembara mencari CINTA (T_T)~~

Ahad, 19 Julai 2009

~Makcik di Dalam Bus~

Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarokatuh...
Selawat dan salam ke atas junjungan mulia, nabi Muhammad S.A.W, kaum keluarga, para sahabat, tabi'in dan tabi'in...

Ceritera hari ini...

Terasa malas sangat nak kuo umah, tambah pulak elok aje matahari sangat bersemangat menyinari alam..nak menghilangkan rasa malas, maka mengemaskini keadaan bilik dan merajinkan diri menggosok semua baju keje+jenjalan+tshirt yang ada..(sambil tu dok berkira-kira nak kuo-kalau kuo kang, sakit pale, terang sangat sinarannya..adess...) sudahnya, sedar2 dah nak masuk waktu asar..duk golek2 depan TV, tetibe teringat "astagfirullah.. buku rujukan budak2 ni tak belikan lagik.. huarrghhh.... patutla rasa nak kuo je dari tadik..uhuk.. dushh...dushh..."

kuatkan semangat atikah. chayo'..makanya, sekitar jam 6pm mulalh menapakkan kaki menunggu bus..destinansinya..nak p Giant Batu Caves, tak pasti pulak buku tu ada ke tak..ke kene p jalan TAR jugak ni.. hmm... untuk mengelakkan risiko takde+hari dah nak bernasur gelap, makanya keputusan di ambil untuk ke Pustaka Mukmin aje.. Minerva kompom2 dah tutup jam 6 tadik..metrobus smp dulu, makanya, saya naik metrobus la ke kl.. smbil2 tu msg kak mar kot2 dia ada nak pesan@tengokkan..

Sekitar 6.40pm, smp ke Mukmin, beli buku, sesambil belek buku puzzle baru.. then, terus ke Sogo..dah nak Gerib ni.. makanya, berjalan sepantas mungkin...(selain dah gelap, nak ngelakkan tahi burung.. huhuhu)..dalam pada tu, kmar dah riso... takut pape, dah la sorang, malam pulak tu.. uhukk...cakap juga pada kmar mlalui sms ajelah tapinye.. "insyaAllah, by 9pm saya dah ader kat rumah...".. p sogo sebab nak tumpang solat..pastu nak beli roti, lapo la plak tadinya...

8.20, tunggu bus smbil makan roti di bus stand antara sogo-pertama.."manalah bus ni..takmola lelambat..tido kat sini kang... uhuk..."dalam duk menikmati roti n ayo twister owen..Metrobus no 11 pun tiba..naik, tmpt duduk byk kosong, tapi semuanya sebelah kaum adam..ada 1 seat kosonh sebelah makcik ni..

~makanya, saya bertanyakan pada mcik "ada orang duduk sini, makcik..boleh saya duduk"..
~"nak keropok...ha, duduklah.."kata mcik sambil mengalihkan begnya dan mengunjukkan keropok lekor di tangannya...
~"takpe mcik, makanlah.. terima kasih".. saya menjawab sambil tersenyum dan duduk..


Metrobus 11, perjalanan kotaraya-Taman Jasa Utama

dalam perjalanan, konduktor berjalan mengambil bayaran, sampai kepada saya-Rm2 ditukarkan kepada tiket tercatat nilai RM2..beralih kepada makcik disebelahku..
Konduktor :Tiket makcik..
Makcik : Dah la tadi...
Konduktor : Mana tiketnya..
Makcik : Adala... -katanya sambil tersenyum dan cuba utk menyorokkan begnye kebelakang..

konduktor berjalan ke penumpang seterusnya... dan akhirnya berpatah semula ke depan..
konduktor: mana tiketnya makcik?
makcik : adalah.. aku cakap dah bayar.. dah bayar lah..

konduktor: yela, mana tiketnya.. kang kalau orang datang cek tiket, makcik kene turun kang..saya tak tau..
makcik : aku dah bayar lah.. aku cakap ada, adalah.. ko ni memang.. selalu marahkan aku-kata makcik dengan nada yang cukup tinggi, tapi belum sampai ke frequansi mampu memecahkan cermin tingkap disebelahnya...

konduktor: yela tunjukkan la tiketnya..
makcik : Ha, ni tikat aku... aku cakap aku dah bayar.. ko ingat aku ni takde duit ke.. budak ni langsung tak hormatkan aku..ko ingat aku ni sapa ha... aku ade duit la... -kata makcik sambil mengunjukkan tiketnya yng telah sekian lama dicari dilam begnya..
makcik berkenaan terus memarahi konduktor dan membebel sepenuh hatinya..si konduktor, duduk diam di sebelah pemandu sambil wat2 tak tahu, mungkin kerana malu, atau ingin menyorokkan senyum simpulnya dari pandangan makcik itu..

saya......? huhuhuuu... sabo ajelah..rupanya makcik tu sakit...kasihan dia diuji Allah dengan ujian kewarasan... sepanjang jalan, saya berdoa "cepatlah sampai..." huhuhu...takut juga, tetiba kene cekik ke, kene tolak sampai jatuh ke.. uhukk(teruk btol prasangka itu.. haiiyaarrkkk....)

tiba-tiba..................."nape ko senyao aje...? ko takut aku marahkan ko ye"..kata makcik..
terkezut saya seraya menjawab "eh, tidak.. cuma penat dan ngantuk sikit"...
makcik tu terus melanjutkan cerita dan pertanyaannya kepada saya, bertanya tentang kerja, tempat tinggal, gaji, rumahtangga..huhuhu... saya ni, rumahnya lom ada tangga makcik..adesss..
sempat jugak dia memberi panduan memilih suami...dushh...

8.45 sampai depan ampat tin, alhamdulillah... selamat tiba sudah...makcik melambaiku dengan bersungguh-sungguh..saya...? tersenyum sambil membalas lambaian...

lepas isya' duk gayut ngan ummi.. cerita kat ummi.. ummi cakap "dia tak gila dik, mungkin sedikit mereng.." saya mengambil kesimpulan... mungkin makcik berkenaan terlalu tertekan dengan ujian yang dihadapinya sepanjang hidupnya di dunia ini..

makanya, apa yang perlu kita lakukan tatkala diri menerima ujian yang dirasakan berada diluar kemampuan...??
banyakkan dzikrullah.. berwudhuk, solat...baca al-quran& tafsirnya juga salah satu terapi yang baik..
then,carilah teman@sahabat@orang yang dipercayai@disayangi untuk kita luahkan ape yang terbuku... minta pendapat... minta nasihat..
ataupun, boleh juga, meluah melalui penulisan, lukisan.. ikut mana yang kita senang n mampu lakukan...
tapi... kadang2, saya juga meluahkan pada teman yang tak hidup "Mr Beary namanya.. sian jugak dia, ari2 kene dengar cerita saya walaupun tatkala saya meluahkan dengan hanya sebuah pandangan.... uhuk...

~~kembara mencari CINTA (T_T)~~

Jumaat, 3 Julai 2009

~Minta Maaf,Terima Kasih~

Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarokatuh
Selawat dan salam atas junjungan mulia nabi Muhammad Sallahu'alaihiwassalam, kaum keluarga, para sahabat, para tabi' dan tabi'in..

hm..kali ni nak ngomel ttg ucapan 'TERIMA KASIH'...
kadangkala saya terfikir, kenapa ye selalu makhluk yang bernama manusia sangat berat untuk menuturkan ucapan terima kasih dan melafazkan kata maaf kepada orang lain.. nape eh...?? :ikon berfikir: saya juga ada ketikanya tidak ketinggalan termasuk dalam lingkungan makhluk itu, kerana saya juga seorang manusia..
http://media.photobucket.com/image/sorry/Klola39/MeantToSay.gif?o=10

begitu juga dengan ungkapan kata "MAAF"!..
walaupun sekadar 4 huruf, tapi ianya cukup untuk membuatkan orang menjadi kelu untuk melafazkannya..hm, pelik betol.. kalau betul bersalah, atau terasa bersalah, tak salah untuk mengaku bersalah dan meminta maaf..bukankah lagi elok begitu dari terus terusan menyimpan perasaan bersalah... alhamdulillah, untuk yang ini, saya masih mampu mengamalkannya walaupun adakalanya tak mahu melafazkan,kerana tidak merasa salah pada kelakuan.. uhuk..

tapi, bukankah dengan ucapan "TERIMAKASIH" dan "MAAFKAN SAYA", dapat menjernihkan keadaan dan membaiki suasana..bukan kah dengan terima kasih dan maaf itu menunjukkan kita bersyukur dan sentiasa merendah diri kerana kita tidak lain dan tidak bukan hanyalah seorang hamba yang terlalu banyak menerima limpah kurnia dan rahmat dari Tuhannya..?jadi, apalah sangat sedikit kebaikan yang kita lakukan berbanding pemberian Pencipta kepada makhluknya.. Ada juga terbit rasa geram dan sedikit menyampah pada insan yang tidak pandai berterima kasih dan meminta maaf ni. bukan mengharap sangat pun, tapi paling tidak, sejuk juga hati bila mendengar...bak kata atikah " hutan terbako pun boleh terpadam" uhuk...

dipendekkan cerita luahan hati yang dah mula merapu ni, nak buat sesuatu yag baik itu memang susah untuk istiqamah, tapi kalau perkara-perkara yang boleh menjerumus ke arah 'kemaksiatan' mahupun pelbagai jenis penzinaan, kalau dah mula cuba melakukan, rasa seronok aje nak buat lagik.. na'uzubillahi minzalik.. semoga kita tidak tersasar dari tali-tali islam... ameenn...

"Maka sesiapa yang berbuat kebajikan seberat zarah,nescaya akan dilihatnya(dalam surat amalnya). Dan sesiapa yang berbuat kejahatan seberat zarah nescaya akan dilihatnya(dalam surat amalnya) [99: 7-8]

fikir-fikirkan,renung-renungkan dan selamat beramal (>_<)
~~kembara mencari CINTA (T_T)~~

~Latihan Sukan TCU~

Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarokatuh..
Selawat dan salam untuk junjungan mulia nabi Muhammad S.A.W, ke atas kaum keluarga, para sahabat, para tabi' dan tabi'in...
Semuga kita semua masih terus dan tetap berada dalam keadaan iman dan islam...


Hmm...okies mula bercerita...
minggu sukan di Sekolah Rendah Islam Cahaya Ummi telah berakhir.. namun begitu,'si adik'(nama aje adik, tapi pengalaman mereka menggunung tinggi) Tadika Cahaya Ummi masih dalam perjalanan untuk ke temasya... last station la lebih kurang..
kami dari CUIS turun membantu apa yang boleh..hmm... mcam sistem barter.. men tuko suka sama suka..

berada di kalangan anak-anak yang cecumil belaka, menambah rasa tenang di hati.. terhibur dan seronok melayan keletah anak-anak yang selalu meminta perhatian dan memaparkan wajah yang masih suci..

kami berlima asalnya-saya, kak mar, kak zura, kak niza dan kak fiza yang akan turun membantu TCU.. namun, atas kekangan yang tak dapat dielakkan,kmar dan kfiza tak dapat nak join.. makanya kami yang bujang2 ni lah turun menabur bakti.. uhuk.. terperasan lebih la plak...

Sepanjang 4 hari latihan sukan, acara kami mulai dengan senaman ringan...

Ayuh.. gelek.. jangan tak gelek..

Kemudian disusuli bacaan ikrar oleh adik Abil@Nabil, pelajar 6 tahun..
Rodhitubillahi Robba..Wabilislamidina...WabiMuhammadi Nabiyya WaRosula..

Dan seterusnya latihan acara2 yang akan dipertandingkan sewaktu temasya berlangsung..
Memakai baju-4&5 tahun
Pasang kaki kerusi-berkumpulan
Isi Guli ke dalam botol -4&5 tahun
Baling Pundi-berkumpulan

Gambo-gambo ketika bersantai melayani lelah.. uhukkk...
Sukanya dia..

Pelajar paling kecik fizikalnya..Adik@Akmal, 4 tahun
Jangan amik telefon cikgu,naqib.. iskk.. iskk...


Itulah antara gambar2 yang sempat diadakan sepanjang turun padang bersama 'si adik'..muga, temasya yang akan berlangsung pada 4 Julai nanti berjalan dengan lancar, dipermudahkan dan menjadi kenangan yang manis..ameenn....

p/s: Pendidikan awal kanak-kanak sangat penting.. bagaimana ia dibentuk, mempengaruhi pembesarannya...
orang kata, bagaimana acuan, begitulah bentuk kuihnya..jadi, adalah penting untuk kita selaku orang yang telah dewasa, ibu bapa dan masyarakat sekitar khususnya memilih acuan yang betul untuk anak-anak..acuan yang menuruti suruhan Pencipta pemilih itu sendiri...
uhuk... serammnya apabila memikirkan keadaan anak-anak saya pada masa hadapan... hmmm....(membayangkan lagi...)

~~kembara mencari CINTA (T_T)~~

Isnin, 22 Jun 2009

~Gemuruh~

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarokatuh...
Semoga kita semua akan terus tetap merasai nikmat iman dan islam...

hmm.. kali ni, bukan nak bercerita kisah saya memang mempunyai masalah darah gemuruh...
tapinya, tentang lagu Faizal Tahir - Gemuruh..

ntah mengapa, lagu ini mampu memberi semangat kepada saya..liriknya yang sangat tidak terlalu berat (kebanyakkan lagu faizal tahir begitu), dengan alunan vokal yang manthopp (",).. sangat membuatkan diri ini berkobar-kobar... uhuk...

lantas, lagu ini di proposed untuk dijadikan lagu tema untuk rumah sukan Hang Tuah (merah) sempena Temasya Sukan Tahunan CUIS 28 Jun ni..proposal was approved by senate..alhamdulillah...yeaahh.. mari anak-anak cikgu.. good luck untuk perbarisan nanti ye.. all the best...

Gemuruh - Faizal Tahir

Bila Bertalu Rentak Dikalbu
Hasrat yang tersirat semakin ku buru
Bila bergema laungan gempita
harapan bernyala nadi ku berganda

Gemuruh jiwa semangat membara
dari puncak ingin ke angkasa
berkalungkan bintang berkelipan
menyerlah jauh dari yang biasa

Bila Bertalu Rentak Dikalbu
Hasrat yang tersirat semakin ku buru
Bila bergema laungan gempita
harapan bernyala nadi ku berganda

Gemuruh jiwa semangat membara
dari puncak ingin ke angkasa
berkalungkan bintang berkelipan
menyerlah jauh dari yang biasa

ungkapan ini bukan sekadar bermimpi
segalanya kan pasti terbukti nanti

Gemuruh jiwa semangat membara
dari puncak ingin ke angkasa
berkalungkan bintang berkelipan
menyerlah jauh dari yang biasa

Gemuruh jiwa semangat membara
dari puncak ingin ke angkasa
berkalungkan bintang berkelipan
menyerlah jauh dari yang biasa
menyerlah jauh dari yang biasa

Tuah....Apa yang penting ...??? Kerjasama.... Apa yang penting...??? Kerjasama...

~~kembara mencari CINTA (T_T)~~

Ahad, 21 Jun 2009

~Selamat Hari Bapa~

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarokatuh...
Semoga kita semua akan terus tetap merasai nikmat iman dan islam.. ameennn...

Buat ayah yang dicintai, dikasihi dan disayangi...
Ayahandaku yang dikasihi (',')

"Selamat Hari Bapa Yang ke 26 tahun, Ayah"

Tersenyum melihat telatah anak-anaknya (>_<)
(kakak dan adik bongsu saya)

Segala jasa yang ayahanda berikan, tidaklah mampu anak-anakmu membalasnya, hatta dengan gantian nyawa sekalipun... Semua pengorbanan dan titik peluk ayahanda yang menitis untuk membesarkan kami, hanya mampu kami balas dengan doa dan kasih sayang yang tidak kunjung putus.. muga, kami mampu menjadi anak-anak yang membekalkan pahala kepada kedua ibu bapanya...

lagu ini, ditujukan khas buat bapa-bapa seluruh dunia amnya, dan buat Encik Abdul Ghani Saad..terima kasih atas segalanya... (hmm.. ummi jangan jeles eh.. gilir-gilir lah plak eh...(*_*))

Sentuhanmu
by in-team

Terpanar aku pada sentuhan keramatmu
Mengheret aku mentafsir memori silammu
Dulu ku ragu apa terbungkam dibenakmu
Kini ku tahu apa yang terbuku di hatimu

Surut dedarku pada usapan manteramu
Tunduk ungkalku pada ketegasan dirimu
Terpasak semangat pada keyakinan tekadmu
Keakuranku pada tunjuk dan titah arahanmu

C/O
Oh ayah,
Tak pernah ku tanya
Kemana tumpahnya keringatmu

Oh ayah,
Tak pernah ku hitung
Berapa banyak kerutan di dahimu
Yang ku pinta hanyalah kemahuan hatiku
Yang sedaya ayah laksanakan

Kau pendorong bukanlah pendesak
apalagi memaksa diriku
Aku terlorong bukan terdesak
apalagi rasa terdera

Tak terkuis dugaan menduga
Apalagi takdir yang menerpa
Aku mengharap bukan menolak
Apalagi cuba melupa


Lestari kasihmu tanpa batasan
Sempadan waktu yang memisahkan
Abadi hingga ke hujung usia akhiran masa
Sentuhanmu amat bermakna..

boleh dengar kat sini eh...
sentuhanmu - In-Team


-------------------------------------------------------------------------
hwaa.. sedihnya cerita omputih kat TV2 Sabtu malam kelmarin.. tak tau tajuk, tapi sangat menyentuh hati.. ceritanya tak berat, tapi mempunyai mesej yang padat...

mengisahkan keluarga nigger yang mempunyai seorang anak lelaki..mereka tinggal di US (tak ingt nama kawasannya).. mereka sekeluarga mempunyai masalah kewangan yang agak teruk lantaran si suami yang tidak mempunyai pekerjaan dan si isteri yang beru 2 bulan mula bekerja.. diperjalanan cerita, si anak didapati menghidap masalah jantung yang kronik, di mana pembesaran jantungnya adalah 3x dari ganda dari biasa..betapa walangnya hati mereka.. mereka diberi dua pilihan, either biarkan perkara itu berlalu,menanti saat2 kematian anaknya disamping menjalani kehidupan sepertii biasa ataupun melakukan transplan jantung di mana risikonya sangat tinggi dan kejayaannya hanya 2%... at the end, they choosed transplant which cost them about US$250K.. huhuhu...banyak tu... si ayah yang penyayang dan gentle sanggup mengambil tindakan drastik membuat penculikan bagi memaksa pihak hospital untuk menyenaraikan nama anaknya selaku menerima organ... dan sanggup membunuh diri untuk menderma jantung kepada anaknya... adess..adesss.... time ni dah banjir dah saya... uhuk uhuk...
tapi, happy endingla citernya... (D_D)


:: Dad im Happy because i have you::


~~kembara mencari CINTA (T_T)~~

Sabtu, 20 Jun 2009

~Hari Terbuka Sekolah~

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarokatuh...
Semoga kita akan terus tetap di bawah nikmat iman dan islam...

Alhamdulillah, syukur kepada Allah.Terima kasih pada-Mu ya Allah kerana mengurniakan kekuatan dan ilham kepada kami untuk menghadapi hari ini. Subhanallah, alhamdulillah Allahuakbar..
Terus terangnya,ini bukanlah pengalaman pertama berdepan dengan orang ramai mahupun berada di tengah-tengah khalayak yang tidak berapa dikenali. Namun, hari ini adalah kali pertama saya berdepan dan berjumpa dengan orang yang tak berapa dikenali dan kena bersiap sedia untuk di'smash' dengan cantiknya. kali pertama perlu menyiapkan dialog-dialog untuk menjawab soalan-soalan bernas dari orang yang diakui lebih dewasa dan berpengalaman dalam bidang pendidikan mahupun kehidupan. Dan juga kali pertama berdepan dengan ibubapa pelajar sebagai seorang guru. Kalau before this, berdepan dengan ibubapa sebagai fasilitator ataupun kakak angkat kepada pelajar, jadi, boleh wat aksi2 manja skek, boleh la duk memain skek.. tapi hari ini, atikah kena jadik seorang serius.. uhuk... tapi tak berapa nak jadik jugak..huhuhu....ape pun, saya ske bila tengok parents ketawa, bukan ketawakan org lain..no..no..no... tapi ketawa ketika kami bersembang sesambil menyelitkan 3-4 info mengenai anak2 mereka. Mereka juga orang terpelajar, makanya, tidak susah untuk berkomunikasi... Alhamdulillah,pengalaman pertama selalunya membuka minda.. insyaAllah...

Ketemu lagi untuk open day tuk Penggal kedua..


~~kembara mencari CINTA (T_T)~~

Selasa, 9 Jun 2009

Walimah Azmi ~JJ~

Assalamu'alaikum warahmatullah...
Semoga kita semua tetap berada dalam nikmat iman dan islam.. ameenn...

Alhamdulillah... selamat jua saya pergi dan pulang dari walimah azemi, wpun ada pengalaman yang tak pernah terfikir akan ditempuhi...

seawal jam 8 pagi ayah dah mula risau... "kul bape nak perginya dik.. pergila bersiap cepat, kang orang tunggu"... ummi pulak "cepat dik, jangan buat orang tunggu kita..tak elok.." uhuk...
sudahnya, jam 9 pagi bergerak dari rumah, ke stesen komuter bangi... UK amik dari komuter, then amik husna n yana kat umahnya yang hanya sekangkang semut aje dari komuter...then bergerak ke petronas seksyen 15, tunggu plak yang lain2 sampai... masa sampai tu dah ada haslan dengan sape ntah ikhwah yg lagik satu tu...

pusing-pusing.. ngomel seadanya... jam 11 pagi bergerak dari bangi... sekitar jam 1.30pm sampau ke rumah perantin.. tak perasan pun itu rumah perantin.. sebok tuk cakap "eh kat sini ada perantin jugak" sepanjang perjalan, rerupanya perantin yang last tu, sahabat kitorang- azemi n setanggisyurga nick nya...
Ni lah rombongan Umar ke walimah pilah...

kat umah perantin, lauknye bes2 belaka... ada daging salai masak lomak cili api,ada gulai lomak daging, ayam masak meghah, limau sunkist.. (kono nulih loghat kampung plak.. maklumla, balik kampung an..).. tapi eh,nak dijadikan cerita, berkebetolan aritu mmg dah tak lalu nak makan ayam.. kem kek Raudhah 3 hari+kem kek sejid 2 hari = 5 hari berturut makan ayam.. smpkan takleh dah nak bau ayam.. uhuk....(bersyukur atikah.. bersyukur)
ismi_atikah wa setanggisyurga83 (perantin)
(kami tak pernah ketemu, tapi inilah indahnya ukhwah...)

ukhwahnians : ismi_atikah, ummusafiah,srikandi_khaulah

salam wida'..kami ansur dolu eh perantin..

sekitar jam 2 kami bergerak ke umah umar@farid.ada ke patut si umar tu cakap dari Pilah nak ke Palong makan masa 45 menet.. temberang kuek si umar ni.. memang nak kene bekhen lelaju budak ni... uhuk... dalam 1jam lebih nak ke 2 jam jugak la, sampailah kami ke teratak Umar@Farid di Palong berkenaan..kire kami ni datang sekaligus merangkap rombongan membawa bakal menantu utk rumah berkenaan..bagus eh rancangan ni..sekali harung aje...hohoho..
Di hadapan rumah Umar: ismi_atikah and Shye

Di hadapan rumah Umar jugak ni.. tapi ramai skek pengikutnya.. muahaha...

sekitar jam 4.30 ansur bergerak dari teratak Umar pulang ke pangkal jalan.. ikut highway Seremban.. majlis syura menetapkan,berdasarkan GPS Sirat,highway kl-seremban adalah lebih dekat dari jalan lama..tpnye,jem agak dasat jugak... alahai... macamana la boleh terlupa ayah selalu cakap, hari ahad ikut jalan lama je, tak perlu ikut highway.. jem..itulah, selalu sgt lope nasihat orang tua...
ape pun. itulah adanya.. selamat sampau ke rumah sekitar jam 10.. alhamdulillah.. tapinye, sedikit pengalaman dan kejadian sepanjang perjalanan pulang, benar2 mengajar saya erti ketuhanan dan persahabatan..

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

bersempena dengan hari perantin..
nak ucap juga untuk rakan seperjuangan sewaktu di kuantan dolu, Sibah dan Awla.. maaf xdapat hadir walaupun pada dasarnya memang dah rancang elok2 untuk ke walimah antum... hanya doa yang mampu dikirimkan...

buat antum dan semua perantin
" Barakallahulak wa Baraka 'alaik wa Jama'abainakuma fi khair"

Perantin 1: Nasibah TY dan Azimullah

Perantin 2 : Awla dan suami(Akh Zubair kalu tak silap)

banyak sudah teman akhwat UIAk mendirikan masjid..

~~kembara mencari CINTA (T_T)~~

Sabtu, 6 Jun 2009

Subject: [sim] ARTIKEL : Menggapai Kesabaran Dalam Keluarga.... .


Menggapai Kesabaran Dalam Keluarga

Pada zaman Khalifah Al-Manshur, salah seorang menterinya, Al-Ashma'i, melakukan perburuan. Kerana terlalu asyik mengejar haiwan buruan, dia terpisah dari kelompoknya dan tersesat di tengah padang sahara.

Ketika rasa haus mulai mencekiknya, di kejauhan dia melihat sebuah khemah. Terasing dan sendirian. Dia memacu kudanya ke arah sana dan menemukan penghuni yang memukau; wanita muda dan jelita. Dia meminta air. Wanita itu berkata, "Ada air sedikit, tetapi aku persiapkan hanya untuk suamiku. Ada sisa minumanku. Kalau engkau ingin, ambillah".

Tiba-tiba wajah wanita itu tampak berwaspada. Dia memandang kepulan debu dari kejauhan. "Suamiku datang," katanya. Wanita itu kemudian menyiapkan air minuman dan kain pembersih. Lelaki yang datang itu lebih mudah disebut "manusia kasar". Seorang tua yang jelek dan menakutkan. Mulutnya tidak henti-hentinya mengherdik isterinya. Tidak satu pun perkataan keluar dari mulut perempuan itu. Dia membersihkan kaki suaminya, menyerahkan minuman dengan khidmat, dan memimpinnya dengan mesra masuk ke khemah.

Sebelum pergi, Al-Ashma'i bertanya, "Engkau muda, cantik, dan setia. Kombinasi yang jarang sekali terjadi. Mengapa engkau korbankan dirimu untuk melayani lelaki tua yang berakhlak buruk".

Jawapan wanita itu mengejutkan Al-Ashma'i, "Rasulullah bersabda, agama itu terdiri dari dua bahagian: syukur dan sabar. Aku bersyukur kerana Allah telah menganugerahkan kepadaku kemudaan, kecantikan, dan perlindungan. Ia membimbingku untuk berakhlak baik. Aku telah melaksanakan separuh agamaku. Kerana itu, aku ingin melengkapi agamaku dengan separuhnya lagi, yakni bersabar."


Empat Bidang Kesabaran

Kesabaran dapat melahirkan keajaiban. Salah satunya tergambar dalam kisah di atas. Dengan kesabaran, wanita cantik tadi mampu berbakti kepada suaminya yang berakhlak buruk. Sesuatu yang terkadang sukar dicerna oleh rasional.

Tidak diragukan lagi, kesabaran adalah satu tiang penting dalam pernikahan setelah lurusnya niat. Kekal tidaknya sebuah pernikahan sangat ditentukan oleh seberapa jauh tingkat kesabaran yang dimiliki suami isteri. Makin banyak bekal kesabaran yang dimiliki, maka akan makin kukuh pula bangunan pernikahan yang dijalani. Tapi makin sedikit kesabaran yang dimiliki, maka makin besar pula kemungkinan hancurnya sebuah pernikahan.

Demikian pentingnya sabar dalam pernikahan, ada orang mengatakan; "Bila sebelum nikah kesabaran kita hanya satu, maka setelah nikah kesabaran kita harus seratus." Persoalannya, kesabaran bagaimanakah yang harus kita miliki dalam menjalani pernikahan?


Ada Empat Macam Bidang Kesabaran

Pertama :
Sabar menghadapi kekurangan pasangan. Pernikahan adalah kesimpulan terakhir setelah seseorang mempertimbangkan semua kekurangan dan kelebihan pasangan. Tidak pada tempatnya bila setelah menikah seorang suami mengeluhkan kekurangan yang ada pada isterinya. Demikian pula sebaliknya. Masing-masing harus menerima kekurangan atau kelebihan pasangannya dengan penuh kesabaran. Pernikahan adalah perantaraan untuk saling melengkapi, bukan untuk saling mengalahkan.

" Wahai sekalian manusia! Bertakwalah kepada Tuhan kamu yang telah menjadikan kamu (bermula) dari diri yang satu (Adam) dan yang menjadikan daripada (Adam) itu pasangannya (isterinya iaitu Hawa) dan juga yang membiakkan dari keduanya zuriat keturunan, lelaki dan perempuan yang ramai dan bertakwalah kepada Allah yang kamu selalu meminta dengan menyebut-nyebut namaNya, serta peliharalah hubungan (silaturahim) kaum kerabat; kerana sesungguhnya Allah sentiasa memerhati (mengawas) kamu. "
QS An-Nisaa' : 1

Salah satu hakikat sabar dalam pernikahan adalah menghilangkan keluh kesah pada saat tidak enaknya menghadapi segala kekurangan. Tidak ada keluh kesah selain pada Allah SWT. Kerana itu, Rasulullah SAW mengingatkan bahawa sesiapa sahaja yang menikah kerana ketampanan atau kecantikan, maka satu saat rupa tersebut akan menghinakannya. Kecantikan dan ketampanan itu sementara sifatnya, tidak kekal. Ketika belum menikah, pasangan kita begitu cantik, tapi setelah mempunyai anak maka kecantikan itu akan semakin menurun untuk kemudian hilang sama sekali setelah tua. Tanpa adanya kesabaran, sebuah rumahtangga tidak akan bertahan lama.


Kedua :
Sabar menghadapi godaan. Rumahtangga itu laksana perahu. Untuk mencapai pula kebahagiaan di syurga, perahu itu harus belayar mengharungi luasnya samudera masalah. Indahnya pernikahan analog dengan indahnya pantai. Namun jangan lupa, sesiapa sahaja siapa yang bertolak dari pantai untuk menyeberangi lautan, maka ia akan menemukan ganasnya ombak. Sesiapa saja yang tidak membawa bekal dan persiapan yang matang, tidak mustahil bahtera rumahtangganya akan karam ditelan gelombang.

Nikah adalah ikatan yang teramat suci lagi kuat, mitsaqan ghalidza, sehingga jangan dinodai dengan saling menyakiti. Dalam Al-Quran, kata mitsaqan ghalidza dipakai untuk menyebutkan ikatan antara Allah dengan RasulNya. Tidak akan pernah sukses seorang suami yang sering menyakiti isterinya. Walau awalnya bergelimang harta, sukses dalam kerjaya, tetapi pada suatu saat ia akan menemui kehancuran. Begitu pula seorang isteri yang tidak taat dan selalu menyakiti suaminya, hidupnya tidak akan berkah dan bahagia.

Kerana itu, suami isteri harus mempunyai komitmen untuk saling setia. Inilah hakikat mitsaqan ghalidza. Sehingga, menjaga tali pernikahan agar tetap kukuh adalah jihad akbar. Arasy' tidak akan bergoncang saat seseorang meninggalkan shaum wajib, tidak akan bergoncang saat seseorang lalai dalam sholat, namun ia akan bergoncang tatkala sepasangan suami isteri memutuskan untuk bercerai.

Pernikahan itu menandai bersatunya darah daging suami dan isteri. Kerana sudah bersatu, maka tidak mungkin lagi ada rahsia. Syurga boleh terbuka kerana pernikahan, dan neraka pun boleh terbuka lebar kerana pernikahan. Orang yang menyayangi isteri atau suaminya, mereka akan disayangi Yang Maha Penyayang. Rasulullah SAW bersabda;
" Orang-orang yang kasih sayang (al-rahimun) akan dikasih sayangi oleh yang Maha Kasih Sayang (Al-Rahman). Kerana itu kasih sayangilah manusia dibumi maka Dia yang di langit akan kasih-sayang kepadamu".


Ketiga :
Sabar menghadapi kekurangan dan keterbatasan rezeki . Berapa pun rezeki yang kita dapat , kita harus mampu mensyukurinya . Dengan syukur itulah Allah akan menolong rumahtangga kita dan melipat gandakan rezeki yang kita dapatkan . Allah SWT berfirman ;
" Sesungguhnya jika kamu bersyukur , pasti Kami akan menambah ( nikmat) kepadamu , dan jika kamu mengingkari ( nikmatKu), maka sesungguhnya azabKu sangat pedih "
QS Ibrahim : 7


Keempat :
Sabar menghadapi keluarga dari pihak suami atau isteri. Dalam sebuah hadith, Rasulullah SAW mengungkapkan bahawa pernikahan itu mengawali bertemunya dua keluarga besar . Kerana pertemuan dua keluarga, maka yang nikah bukan aku , tetapi kami . Berkaitan dengan hal ini , Imam Syafi 'i menganjurkan agar orang tua memilihkan jodoh untuk anaknya , dengan catatan anaknya harus saling mencintai .

Sesiapa pun yang akan menikah, maka ia harus sedia mempunyai dua ayah dan dua ibu . Ia pun harus bersedia menghurmati mertua sebagaimana menghurmati kedua orangtuanya.

"Wahai sekalian manusia! Bertakwalah kepada Tuhan kamu yang telah menjadikan kamu (bermula) dari diri yang satu (Adam) dan yang menjadikan daripada (Adam) itu pasangannya (isterinya iaitu Hawa) dan juga yang membiakkan dari keduanya zuriat keturunan, lelaki dan perempuan yang ramai dan bertakwalah kepada Allah yang kamu selalu meminta dengan menyebut-nyebut namaNya, serta peliharalah hubungan (silaturahim) kaum kerabat; kerana sesungguhnya Allah sentiasa memerhati (mengawas) kamu."
QS Az-Zumar : 10

Sabar adalah sebuah kenescayaan. Kerana itu, dalam QS Az-Zumar Ayat 10, Allah SWT menjanjikan pahala luar biasa bagi orang yang sabar. Sesungguhnya hanya orang-orang yang bersabarlah yang dicukupkan pahala mereka tanpa batas.

Wallahua'lam.

dicopy-paste dari -
http://aiman- aleya.blogspot. com/


~~kembara mencari CINTA (T_T)~~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

~Siapa Saya~

Foto saya
semenyih, selangor darul ehsan, Malaysia
Servant of Allah,Full Timer Da'ei(insyaAllah),unexpected person,happy go lucky,outgoing,outspoken

~Meh masuk ehh...~