Assalamu'alaikum warahmatullah dan salam sejahtera..
Selawat dan salam ke atas junjungan mulia Muhammad sallallahu'alaihissalam, kepada kaum keluarga baginda, para sahabat, tabi', tabi'in..
Setelah sekian lama laman sesawang ini menebalkan sawang2nya dan hampir kepada sawan, tergerak plak ati nak menulis..
Minggu lepas adalah minggu yang penuh dengan agenda, dari Khamis 6/9/12 hinggalah 17/9/12.. bermula dengan penerbangan ke Sabah (nnt cerita lain kali) hinggalah kepada penerbangan ummi ayah ke Mekah..
1.baru mula keje dengan bersungguh di tempat baru, banyak kene belajar benda baru..makanya, perlu amik lebih masa untuk membuat latihan dan dalam masa yg sama untuk siapkan keje.. oleh itu, keraplah saya pulang sekitar jam 8 gitu, pendek kata, smp xde org kat opis tu..
2. Tarikh ummi, ayah atuk n wan berangkat untuk menunaikan haji telah diawalkan daripada 19.9 kepada 17.9 dan berkebetulan, 16.9 tu adalah jamuan makan2 berjumpa sanak saudara n kawan2.. makanya, double keje perlu diselesaikan, barangan ke tanah suci n majlis itu sendiri. +plus keadaan rumah yang masih tak siap2 dikemas lagi.. huhuhu..
Andak mengemas kain baju ke tanah suci
Paksu selaku orang kuat untuk membasuh dan mengemas di bahagian porch..
Jiran tetanggaku tersayang.. mcik midah, mcik sapiah, mcik hajar (kot).. terima kasih sudi menziarah..
Ayah(berbaju ijo) khusyuk mendengar kata2 tunjuk ajar n nasihat dari paklong..
uda n kakteh, induk ana n maklong leha dah lapo.. selamat menjamu selera....
orang kuat-paksu n pakcik alan yang datang dari jauh...
kakteh, ambe n induk Ana redi untuk menjamu selera merasa makanan yang ada.
Sahabat bertahun lamanya kami bersama (4 orang) + anak buah umar (berpakaian kelabu)
majlis bacaan doa ringkas sebelum berangkat ke Kelana Jaya
Sewaktu azan dilaungkan.. semakin dekat waktu untuk berpisah (T_T)
Geng dari Jalor (Kg Ummi) datang membantu melancarkan majlis..
Kami bergerak ke Kelana Jaya sekitar jam 1 am, dan sampai sekitar jam 1.30am gitu.. kereta tak banyak, jadi takdela jammed/slow.. kami konvoi 7 kereta..menanti kaunter dibuka untuk mengambil kelengkapan jemaah ke Mekah, dan menanti untuk check in sekitar jam 5.30am.. sekitar jam 6am mcm tu, kami bergerak pulang..dan keretaku yang terakhir meninggalkan tapak Kompleks Tabung Haji berkenaan, menunggu sehingga adik2ku selesaikan kewajipan kepadaNya..
3. Alhamdulillah,aturan Allah itu memang yang terbaik tanpa kita mengetahui akannya..isnin public holiday, but then kami di atos bekerja mengikut negara kendalian masing2.. aku, handle untuk Singapore.. dan ditakdirkan Allah, petang Rabu, my TL said "Atikah, nest Monday U tak payah masuk keje ye, QA lain akan watkan tuk Singapore.." aku terkesima dan ligat berfikir.. memula ingtkan " taknak bg aku claim OT la tu, mementanglah baru" (claim OT rm 30/jam + mileage hokeh!!)..
Khamis dapat fwded text msd dari ummi ".... penerbangan KT10 telah diawalkan kepada 17 September 2012 jam 5.30pagi............" aku jadi termenung.. masyaAllah, hebatnya aturanMu ya Allah..
Senin pagi, balik dari Kelana Jaya, lelap jap memandangkan hampir 24 jam aku tidak tidur.. aku n Muhaimin berpecah dua menghantar Andak n anak2 serta adik-adikku balik ke kampung n U masing2..dan aku balik semula ke Semenyih dari kampung di N9 sekitar jam 10.45pm dan smp kira jam 12.45am..
Alhamdulillah, semua urusan berkenaannya telah selesai dan syukur padaMU ya Allah atas pertolongan dan kemudahan yang kau berikan.. syukur ya Allah..
p/s: Bersangka baiklah dengan Allah.. Allah tak jadikan sesuatu itu hanya untuk sia-sia.. yakinlah dengan janji tuhanmu...
~~kembara mencari CINTA (T_T)~~