Assalamu'alaikum Warahmatullah
Selamat Tahun Baru Hijrah dan Masehi
Alhamdulillah, syukur padamu ya Allah atas limpah dan rahmatMu, hambaMu ini masih mampu bernafas dan berjalan di atas muka bumi-Mu ini..
Menginjak ke tahun seterusnya,2012..apakah perasaan dan perkhabaran yang akan dibawa..?
Ntah mengapa, semenjak peralihan tahun Hijrah membawa kepada 1433 H pada 26 November 2011 yang lalu, aku menjadi nervous.. tak pasti kenapa nak kene berdebar2 macam ni, dan rasa itu terbawakan sehingga kepada peralihan tahun Masehi ni..huhh~~ apekah…?
Ada banyak kebarangkalian yang memungkinkan wujudnya perasaan itu, dan mungkin jugak korang merasakannya..jom kita p cek sesatu, kot2 blh resolve..
1. Bakti dan Sumbangan Sebagai Khalifah Di Bumi Tuhan.. [2:30]
Sepanjang usia menginjak dewasa ni,dan lebih spesifik berlalunya hari2 sepanjang 2011, apekah yang aku lakukan…? Adakah tanggungjawabku sebagai khalifah telah aku jalankan sepanjang titian hari2 sudah..? Adakah aku banyak merosakkan atau membaiki atau membela agamaku..? adakah dan adakah…? Bagaimana urusan dakwahku..? Bagaimanakah tanggungjawabku sebagai da’ie..? Tidak banyak yang telah aku lakukan untuk pengislahan untuk diri sendiri mahupun untuk saudaraku yang lain. Tidak ada yang perbuat untuk membangunkan jiwa yang kelesuan ini.. ya Allah…ampunilah hambaMu ini..
Dan akhirnya aku hanya berteleku mengenangkan sedikitnya usaha yang aku lakukan untuk semua ini.
2. Ekonomi
Tahun 2011 juga merupakan tahun di mana aku Berjaya menjadi ‘PETANI’ yang sangat Berjaya. Setelah meletakkan jawatan sebagai guru di CUIS,dengan harapan untuk kerjaya yang lebih mantap dan diimpikan selama ini, akhirnya aku masih juga menjadi pemburu kerjaya. Sehingga detik 23:59, 31 Disember 2011 status ‘unemployed’ itu masih tidak Berjaya aku tukarkan lagi.
Jadinya, berinjaknya 2011 kepada 2012 membuatkan aku bertambah gusar.. graduan yang keluar semakin melambak di pasaran+ ktorg2 yang masih menjadi ‘job hunter’.. Semenjak menceburkan diri sebagai ‘PETANI’,pelbagai usaha dan langkah yang telah diambil untuk memastikan diri ini mendapat kerja yang seswai (memilihkah…?)..namun, percaturan itu masih tidak menampakkan hasilnya..
Orang kata, wang bukan segala-galannya, tapi segalanya2 yang membabitkan manusia memerlukan wang..even nak melakukan program pun memerlukan dana yang bukan sedikit. Takkanlah setiap kali nak berprogram asik nak memohon ihsan orang lain. Aku juga ingin menjadi salah seorang penyumbang ekonomi pada dunia islam, jika tidak secara nasional pun, memadailah bagiku bermula di dalam komuniti ku sahaja dulu.
Oleh itu, aku yakin dengan rezki yang Allah telah tetapkan untukku..aku yakin dan pasti, teramat pasti akan ada bahagaian rezkiku di dalam kerja dan pasti ianya adalah yang terbaik untukku..insyaAllah mungkin seawal tahun 2012 ini barangkali..ameen…
Dan ayat Allah ini menjadi menguat semangatku :
Maksud firman Allah “……… dan Engkau berikan rezeki kepada sesiapa yang Engkau kehendaki tanpa perhitungan. [3:27]
3. Keluarga
Bertambahnya bilangan angka pada calendar, juga menunjukkan betapa Allah menyayangi aku dengan rahmat usia. Alhamdulillah… 2012 berjaya menaikkan angka usiaku juga (macam korang jugak la kan).. insyaAllah, andai diizinkanNya, genaplah 28thn usiaku mejelang 12 Jun nnt..dan, belum pun memasuki 2012, opismetku dah membayangkan usiaku yg menginjak ke angka 28.. huhuhu~~ soalnya “tahun depan dah 2012, akak dah 28, macamana kak..?” aku tersenyum dan bertanya kembali “macamana ape,kawen?”
Opismetku ketawa lantas menyambung soalnya “akak dah 28, tapi lom kawen lagi, cane kak..?” Tanya opismetku dengan tawa yang masih bersisa tatkala melihat reaksiku..
“hmm… klu awak Tanya akak 100x pun, akak tetap jugak takde jawapan.. akak takdelah runsing mane pun, insyaAllah ada jodoh akak di dunia, nnt akak jemputlah ye”..jawabku dengan intonasi yang kunun2 matang… ahakss…
Berbicara soal jodoh atau membina keluarga, ianya satu topic yang sangat luas dan sangat disukai oleh adik2 yang sedang meningkat dewasa..pastinya..(zaman ‘gelenya’ lah lebih kurang)..tapi, untuk aku yang insyaAllah telah mencapai usia matang ini, soal jodoh bukan takat di bibir saja.. Jujurnya, aku tidak runsing kerana tidak berpakwe @berboipren @berspesel2 ni… Alhamdulillah, semoga hati ini terus kuat menahan diri dan aku aku berdoa agar dilindungi dari zina hati ini.. (kerana aku tahu, aku tidak kuat untuk menahan perasaan dari terus hanyut dengan perkara begini..)
walaupun kadangkala semacam sedih sket timbul di hati diketika melihat dan menatap gambar2 bahagia kosmet2 dr zaman sekolah sehingga ke ‘U’ bersama keluarga (suami@suami dan anak2), tapi aku tahu, masa yang sesuai untukku akan tiba juga.. insyaAllah, aku yakin dengan janji Allah, Perempuan baik untuk lelaki yang baik seperti firmannya ……………………………………………………………………………………………………
Masa yang Allah izinkan ketika aku bujang ini, adalah untuk aku terus memperbaiki diri menjadi lebih solehah. InsyaAllah, mudah2an yang datang nanti adalah calon yang soleh.. amen..
4. Pengurusan Masa
Klu omputih sebut “time management”.. Ya , aku akui… bab2 time management ni mmg aku kene masuk skolah tingkatan enam atas balik..(dedolu smpt msuk lower 6 aje).. aku susah btol nak istiqamah dengan penggunaan masa yang aku sindrik telah jadualkan.. kekadang aku rasa bukan hangat2 taik ayam dah aku ni, taik ayam pun ade gak gunenye wat baja bunga.. tapi, aku rasa sometimes it like hangat2 pizza dalam ekon aje..huahua.. inialh cabaran terbesar aku untuk 1433H@2012M ini.. Pertingkatkan Disiplin dan optimumkan penggunaan masa.. insyaAllah, masih mencuba untuk memperelokkan penggunaannya.. if Berjaya, teringin jugak nak kongsi dalam ilhamkembara ni.. insyaAllah… aja2 fighting..
5. Dan akhir sekali, pergantungan kepada Allah.. Cukuplah Allah bagi, tiada tuhan selain Allah.. aku yakin dengan setiap yang terjadi ini, pastinya ada hikmah yang tersembunyi, yang masih belum aku temui jawapannya.. insyaAllah, sooner or later, aku pasti akan ketemuinnya…
“Dan milik Allah-lah apa yg ada di langit dan di bumi dan (pengetahuan) Allah meliputu segala sesuatu” [4:126]
Hmm.. hanya ada 5 tajuk besar aje yang mampu aku senaraikan untuk penambahbaikkan bagi tahun 1433@2012 ini..
Namun, hakikatnye, 5000 persoalan yang perlu aku lunaskan selagi Allah masih pinjamkan nyawa, jasad dan seluruh nikmatnya untuk aku menyelesaikannya.. semoga segala urusan dan pencapaian yang ingin digapai, dipermudahkan olehNya dengan kata kunci yang aku pegang erat “hablumminnallah dan hablumminnnas… insyaallah…
(entry gabungan 2 tahun baru,sessi usia baru… insyaAllah, cuba untuk menulis dengan aktif menjelang tahun baru ini..)
~~kembara mencari CINTA (T_T)~~